Selain kemajuan yang sangat memberangsangkan, negeri Selangor mempunyai banyak tarikan percutian yang menarik untuk dikunjungi!
Selangor juga menampilkan seni bina moden memaparkan pemandangan bandar yang indah, tanpa melupakan keunikan bangunan tradisional di beberapa tempat bersejarah di Negeri ini. Bukan itu sahaja, Negeri ini juga menghidangkan variasi makanan tradisional yang lazat! Berikut adalah 6 sebab utama untuk anda melawat Negeri Selangor di tahun 2022 ini!
KEKAYAAN BUDAYA
Sekiranya anda mengembara ke Negeri Selangor, anda pasti terpegun dengan keunikan kepelbagaian budaya dan tradisi, yang sememangnya menjadi tunjang kepada industri pelancongan Negara. Gabungan etnik yang berbeza menjadikan Negeri ini lebih terserlah dengan warna-warni perayaan dan majlis kebudayaan. Anda juga boleh mengenali budaya Mah Meri dengan melawati Mah Meri Cultural Village di Daerah Kuala Langat. Walaupun dengan perbezaan budaya, agama dan bangsa, Negeri ini tetap menitik-beratkan faktor keharmonian dan kesepaduan.
VARIASI MAKANAN
Negeri Selangor yang terkenal dengan kepelbagaian etnik menawarkan aneka juadah moden dan tradisional yang sedap hingga menjilat jari! Setiap masakan penuh dengan rasa dan rempah ratus seperti Nasi Lemak, Sate, Dim Sum, Nasi Ambeng dan banyak lagi!
Ads
Sekiranya anda ingin rasai Nasi Ambeng, anda boleh singgah ke Restoran Nasi Ambeng D’Rebung, Sepang. Percayalah, Negeri Selangor merupakan salah satu tempat yang terbaik untuk anda menjamu selera!
TARIKAN PELANCONGAN MENARIK
Negeri Selangor menawarkan seni bina moden yang akan membuat anda terpegun, malah juga elemen kehijauan yang saujana mata memandang! Selain itu, pengembaraan anda di Negeri ini tidak terhad kepada bersiar-siar sahaja, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang terdiri daripada aktiviti lasak seperti di Pekan Kuala Kubu Bharu, melawat ke galeri-galeri seperti ke Galeri Sultan Abdul Aziz Shah, serta membeli-belah di Pusat Beli-belah ternama seperti 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid dan Mitsui Outlet Park!
KESELAMATAN TERJAMIN
Rasa selamat semasa bercuti merupakan salah satu elemen penting bagi setiap pelancong. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan keselamatan para pelancong lebih terjamin.
Ads
Para pelancong yang mempunyai status vaksinasi yang lengkap sahaja dibenarkan untuk melancong ke Negeri ini. Penggiat indsutri pelancongan juga turut mengamalkan pematuhan SOP dalam mengendalikan operasi mereka, termasuk pengurangan kapasiti maksima premis sehingga 50% dari kapasiti biasa bagi memastikan penjarakan fizikal.
TEKNOLOGI TERKINI & CANGGIH
Negeri Selangor juga menuju ke arah transformasi pelancongan digital, khususnya disebabkan oleh impak daripada pandemik Covid-19 yang telah melanda satu dunia. Tranformasi ini turut memberi kesan kepada para pelancong untuk merealisasikan pelancongan digital di Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor juga telah menzahirkan sokongan terhadapan pembangunan aplikasi mudah alih “Go Selangor” yang akan dilancarkan pada suku-tahun pertama 2022 bagi memberikan pengalaman pelancongan digital serba komprehensif kepada para pelancong.
Ads
JARINGAN PENGANGKITAN CEKAP
Negeri Selangor turut menjadi negeri tumpuan para pelancong ekoran daripada pembangunan perkhidmatan pengangkutan dan jaringan perhubungan yang begitu pesat. Adalah tidak sukar untuk “Pusing Selangor Dulu” kerana para pelancong dapat bergerak ke satu-satu tempat pelancongan dengan adanya pengangkutan awam seperti Light Rail Transit (LRT), Bus Rapid Transit (BRT), serta Bas Smart Selangor yang ditawarkan secara percuma!
Selain daripada perkara yang telah disenaraikan di atas, sebenarnya banyak lagi sebab mengapa Negeri ini merupakan destinasi pelancongan yang harus anda kunjungi, khususnya di tahun 2022. Melancong ke Negeri Selangor akan memberikan anda pengalaman yang baharu kerana ianya berlainan dari kehidupan rutin harian anda. Kaya dengan keunikan seni, budaya dan sejarah serta merupakan sebuah bandar terancang dan moden, Negeri Selangor kekal menjadi sebuah destinasi pelancongan premier di Malaysia.
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada para pelancong untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.
Kredit: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau berpeluang menyaksikan pertunjukkan sarkas, selalunya persembahan akan diselang-selikan dengan kemunculan pelbagai jenis haiwan untuk menghiburkan hati penonton. Dahulu kemunculan tapak sarkas sentiasa dinantikan oleh penduduk kerana itu salah satu sumber hiburan yang ada ketika itu.
Disebalik keseronokkan melihat haiwan-haiwan tersebut menghiburkan penonton dengan keletah yang comel dan bijak, sebenarnya mereka terseksa. Namun, seiring dengan peredaran masa, penonton sudah menolak untuk menonton persembahan sarkas kerana ramai telah membuka mata dan peka dengan kekejaman yang berlaku terhadap haiwan dalam industri itu. Di United Kingdom, undang-undang telah menetapkan untuk mengharamkan penggunaan haiwan sebenar menjelang tahun 2020.
Terbaharu, Sarkas Roncalli di Jerman menghapuskan tradisi penggunaan haiwan dalam persembahan mereka. Lebih menarik, mereka menggunakan teknologi hologram bagi menjana imej haiwan untuk dipertontonkan kepada orang ramai.
Sarkas Roncalli mula beroperasi sejak 1976 namun mereka kini komited dalam melaksanakan perubahan. Malah, mereka juga mahu membanteras kekejaman haiwan dalam industri itu. Tindakan berani Roncalli turut menerima maklum balas positif dan mendapat sokongan daripada ramai selebriti terkenal yang datang menyaksikan persembahan.
Pertunjukan Sarkas Roncalli masih melibatkan haiwan sebenar tetapi tidak banyak, hanya beberapa persembahan ringkas.
Lompatan gelung berapi dan akrobat masih dikekalkan seperti kebiasaannya dan buat julung kalinya di dunia sarkis persembahan imej haiwan dipersembahkan dalam imej holografik 3D dari projektor.
#CyberpunkisNow Holographic Circus – Circus Roncalli is a German circus founded in 1976.
Optima created a system for the circus that fills the 32m wide x 5m deep circus arena with a holographic show with 360° visibility.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Bandar Hualien, Timur Taiwan sekitar 1.01 petang waktu tempatan.Taiwan terletak berhampiran persimpangan plat tektonik dan terdedah kepada gempa bumi.
Jabatan Meteorologi Taiwan bagaimanapun melaporkan tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini. Gempa itu merekodkan kedalaman sehingga 18 kilometer. Mereka memaklumkan pusat gempa itu terletak kira-kira 79 kilometer Timur dari bandar Taichung,Taiwan.
Salah seorang penduduk menceritakan, kejadian gempa berkenaan menyebabkan beberapa bangunan di Taipei mengalami gegaran. Dalam pada itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat menganggarkan gempa bumi berkenaan mencecah 6.4 magnitud dengan kedalaman 15 kilometer.
OK that was the biggest earthquake I've ever felt in Taiwan. #Earthquake
Kali terakhir kejadian gempa buruk melanda Selatan Taiwan ialah pada 2016, menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi Selatan negara itu.Pada 1999, gempa bumi dengan kekuatan 7.6 skala richter melanda negara itu dan meragut lebih 2,000 nyawa.
Menurut Jabatan Meteorologi negara pula dalam satu kenyataan hari ini, gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Pusat peranginan terkenal, pulau Boracay Filipina baru sahaja dibuka semula kepada pelancong pada Oktober tahun lepas dengan peraturan baru yang lebih ketat.
Pulau yang sering menggamit pelancong dari seluruh dunia itu ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal. Antara peraturan ketat yang diperkenalkan untuk makluman pengunjung dan penggiat industri pelancongan adalah:
Mengikut peraturan baru, hanya 19,200 pelancong akan dibenarkan di pulau itu pada satu-satu masa. Kerajaan Filipina cuba mencapai sasaran itu dengan mengawal bilangan bilik hotel yang sedia ada.
Dikatakan hampir 400 hotel dan restoran yang dianggap melanggar undang-undang alam sekitar tempatan sudah diarah tutup dan syarikat penerbangan serta feri diberitahu untuk mengehadkan perkhidmatan ke kawasan itu.
Pelancong turut dilarang minum minuman keras dan merokok di pantai selain menganjurkan pesta-pesta yang digelar ‘LaBoracay’ yang pernah menarik puluhan ribu pelancong.
Pada April tahun lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’. Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun. Filipina berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’.
Pulau Boracay Pulau Idaman Kaki Selam
Pulau Boracay yang terletak di di wilayah Aklan, Filipina kira-kira 315 kilometer ke selatan Manila tidak asing lagi kepada pencinta laut. Keindahan dan keunikan pulau ini menjadikannya sangat terkenal sebagai destinasi tumpuan mereka yang gemar menyelam dan mencintai alam sekitar. Kejernihan laut biru tanpa perlu menyelam terlalu dalam untuk menikmati keindahan di bawah laut tiada tandingan.
Percutian ke Boracay boleh disifatkan sebagai percutian yang menyenangkan dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk menyelam. Sekiranya ke sana, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan dasar lautnya dengan aktiviti menyelam menggunakan helmet khas.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!