Muar yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai produk bersejarah dan makanan enak, kini mempunyai produk baharu dari segi kreatif dan inovatif.
Tak ramai tahu di Muar, Johor juga mempunyai tarikan mural untuk tatapan pelancong, sama hebat macam apa yang terdapat di George Town, Pulau Pinang. Ada pelbagai jenis mural yang ada di sini mewarni beberapa penjuru jalan dan lorong-lorong unik. Mengambil gambar kenang-kenangan di setiap mural yang ada seakan memberi ‘feel’ bagi seseorang mencipta kenangan di setiap lokasi yang dikunjungi.
Cari mural-mural yang terkenal ini apabila anda berada di Muar.
Bangsa Johor
Pelukis Thomas Powell telah melukis gambar dua lelaki dan dua wanita yang mewakili setiap kaum utama di Malaysia.
Lokasi: Taman Sri Tanjung, 84000 Muar
Ferry Pier
Mural 3D yang terletak di lorong antara dua bangunan ini memaparkan pembangunan yang berlaku di situ. Terus berjalan di lorong ini untuk melihat mural lain di sepanjang laluannya.
Lokasi: Jalan Abdullah, 84000 Muar
The Loving Sisters
Lukisan mural ‘The Loving Sisters’ iaitu wajah dua orang adik-beradik perempuan rakyat tempatan pada dinding bangunan empat tingkat di Jalan Bulatan Bakri, pernah diiktiraf sebagai lukisan mural terbesar oleh Malaysia Book of Records. Lukisan memaparkan wajah Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, dan adiknya, Nur Najiyah Armani hasil seni artis Rusia, Julia Volchkova dengan kos RM100,000 pada dinding setinggi 11.8 meter dan selebar 9.45 meter itu dihasilkan dalam masa 12 hari.
Lokasi: 1986, Jalan Arab, Pekan Muar, 84000 Muar
The Roots of World Furniture
Mural yang sangat cantik ini menggambarkan perkembangan industri perabot di Muar. Ia dihasilkan oleh empat orang pelukis.
Lokasi: Jalan Haji Abu, Pekan Muar, 84000 Muar
Opera
Mural ini meraikan budaya opera Kantonis. Ia dilukis oleh seorang pelukis dari Taiwan.
Lokasi: Wisma Kwong Sui Koon, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor
Wanita dengan Harimau
Mural yang memaparkan seorang wanita berbaju kurung menaiki harimau ini dilukis oleh pelukis dari Sepanyol iaitu Alberto Sabek.
Jom cuti-cuti Muar~
image via google