Malaysia adalah sebuah negara yang sangat unik. Ini adalah kerana Malaysia dianugerahkan dengan keindahan alam yang amat menawan serta dikurniakan kekayaan sumber alam yang melimpah.
Di samping itu kita juga memiliki kelebihan dengan kepelbagaian yang amat besar daripada pelbagai sudut seperti keturunan/etnik, agama, kepercayaan, budaya, bahasa, makanan dan macam-macam lagi.
Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Sri Anuar Ibrahim mengumumkan hari Isnin 28hb adalah cuti umum, Memandangkan cuti hanya sehari dan kita baru sahaja selesai hari mengundi mesti ramai yang tak balik kampung sama ada sebab tak mahu tersangkut dalam jem atau ada urusan yang tak dapat dielak. Daripada duduk terperuk di rumah jom la keluar ambil angin! Boleh pusing-pusing lokasi ini di Lembah Klang.
- Pantai Redang, Sekinchan
Pantai Redang, di Sekinchan, Selangor menjadi tumpuan warga setempat beriadah dan bersantai setiap hujung minggu. Jika anda penduduk lembah klang dan mengidam untuk bersantai di tepi pantai selama beberapa jam, ini adalah lokasi dicadangkan.
Pantai tersorok ini sangat sesuai dikunjungi jika anda sudah jemu melihat hamparan padi yang banyak terdapat di daerah Sekinchan ini. Untuk sampai ke Pantai Redang dari Kuala Lumpur cuma mengambil masa kira-kira sejam setengah melalui lebuhraya. Atas faktor jarak yang dekat itu mengapa tidak membawa keluarga anda berkunjung ke Pantai Redang, Sekinchan untuk berehat.
Pengunjung juga boleh memancing dan menikmati pelbagai makanan laut di gerai-gerai berhampiran. Pantai ini menyediakan kemudahan rekreasi yang pelbagai dan dapat memenuhi keperluan masyarakat pelbagai peringkat umur, ia sesuai dijadikan pusat rekreasi untuk keluarga.
- Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Bentong
Jika impikan destinasi percutian ala-ala di sebuah perkampungan berkonsepkan Perancis, apa kata ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu jam perjalanan sahaja menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Suasana dingin pasti menyapa anda tatkala tiba di puncak dan memasuki kawasan Berjaya Hills Resort yang terletak pada ketinggian 823 meter atas paras laut.
- Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
umum sejak tahun 1992 lagi. Taman ini memperlihatkan serba-serbi mengenai rama-rama daripada beluncas pelbagai bentuk, saiz dan warna, kemudian bertukar menjadi kepompong seterusnya bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, waktu pagi adalah masa terbaik untuk datang dan melihat sendiri rama-rama kerana pada waktu pagi rama-rama ini keluar mencari makanan.
Taman ini mempunyai landskap menarik dengan pelbagai jenis tumbuhan eksotik dan tumbuhan yang menjadi rumah serta makanan kepada si rama-rama. Antara spesies rama-rama di sini yang menarik perhatian seperti Rajah Brooke, Common Mormon, Papalio Iswara, Blue Bottle, Malay Lacewing dan Indian Leaf yang diklasifikasikan sebagai rama-rama tercantik.
- Merchant’s Lane Kuala Lumpur
Jika anda berada berhampiran Lembah Klang, tidak perlu pergi jauh untuk lepak santai bersama teman dan keluarga. Pusing-pusing sahaja sekitar Kuala Lumpur, anda pasti jumpa ‘port’ menarik untuk singgah. Paling istimewa lokasi yang dicadangkan ini sangat photo-worthy!
Mungkin agak asing bagi rakyat Malaysia, tetapi kafe Merchant’s Lane yang ini sebenarnya popular dalam kalangan pelancong luar. Kafe cantik yang terletak di Jalan Petaling ini menjadi lokasi wajib singgah jika ‘makan angin’ di sini.
Ia dipenuhi dengan hiasan berunsurkan flora dan fauna dan dihiasi dengan pelbagai perabut kayu dan rotan artisan yang menarik. Setiap sudut dan ruang kafe ini cukup berbaloi untuk instagram anda.
- Saloma Link KL
Sekarang ini menjadi tarikan baru di ibu negara, jambatan pejalan kaki Saloma Link yang menghubungkan Kampung Baru dan kawasan berdekatan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Saloma Link dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), menghubungkannya dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh dari KLCC.
Tip menarik, di sini ada kawasan ‘hotspot’ pengguna juga berpeluang mengambil gambar berlatarkan KLCC di dua kawasan bergambar yang disediakan di jambatan itu. Penggunaan jambatan itu juga dapat memendekkan masa perjalanan di samping menjamin keselamatan pejalan kaki.
Biasanya perjalanan berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC mengambil masa lebih 30 minit dan perlu melalui jalan raya dengan trafik yang sibuk. Jika guna jambatan ini, pengguna hanya akan mengambil masa kira-kira tujuh minit dari Jalan Saloma ke Jalan Raja Muda Musa 3.
- Ladang Buah Naga HL, Bagan Lalang
Penggemar buah naga pasti suka dengan lokasi kebun yang menjual buah naga segar dari ladang ni. Terletak di tepi jalan dari arah Sepang menuju ke Bagan Lalang, ada beberapa kebun buah naga yang boleh anda singgah seperti kebun buah naga HL. Di kebun buah naga ini, anda boleh menikmati beberapa produk buah naga yang disediakan oleh pekebun seperti jus buah naga dan kentang lenyek bersoskan jem buah naga.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa lokasi lain penanaman buah naga di Malaysia tapi diperkatakan bahawa buah naga yang terletak di Sepang ini antara yang paling terbaik kerana tanah di sini yang kaya dengan nutrisi untuk pertumbuhan buah naga.
Anda juga boleh membeli buah naga anda untuk dibawa pulang dengan harga yang cukup kompetetif. Tip untuk anda, pilih buah naga yang telah seminggu dipetik, kerana isninya lebih manis berbanding yang baharu dipetik dari pokok.
Selamat bercuti semua!
- LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
- Share video ni di wall korang (PUBLIC)
- Tag 2 orang kawan &…
- Jawab 2 soalan mudah ni di ruangan komen
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI