Pernah dengar lokasi menarik di Majalengka Indonesia? Haa… ini adalah satu daerah di Jawa Barat yang kurang diterokai ramai.
Sebenarnya di daerah Majalengka terdapat banyak destinasi pelancongan yang lebih menarik untuk anda terokai, tenang dengan menjamu mata kehijaun alam semula jadi.
Percutian Best Di Majalengka Indonesia
Jom tengok apa yang menarik!
1. Terasering Panyaweuyan
Terasering Panyaweuyan terletak di Sukasari Kidul, Jawa Barat Indonesia. Destinasi ini sangat cantik buat anda yang mahukan keindahan semulajadi sambil menghirup udara segar. Lokasi ini pernah popular dalam kalangan fotografer untuk mengambil gambar.
Bagi anda yang ingin masuk dan berjalan ke dalam Terasering Panyaweuyan ini dikenakan tiket masuk sebanyak 5ribu Rupiah setiap orang.
2. Situ Cipanten
Air sungai yang jernih dan tenang pasti membuatkan sebahagian kita akan jatuh cinta dengan Situ Cipanten. Destinasi ini memang sesuai untuk anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kaki Instagramable pasti tidak akan ketinggalan untuk melawati Situ Cipanten yang terletak di Gunung Kuning di Sindang ini.
Tiket masuk untuk motosikal hanya 5ribu Rupiah manakala 10ribu Rupiah untuk kereta.
3. Curug Cipeuteuy
Jika anda bawa anak-anak kecil bercuti bersama, Curug Cipeuteuy adalah menjadi destinasi yang sesuai untuk keluarga. Destinasi ini terletak di Dukuh Pasir, Bantaragung dan ada air terjun untuk anda sekeluarga bermandi-manda.
Harga untuk masuk ke taman rekreasi ini adalah sekitar 10 hingga 15 ribu Rupiah.
4. Bukit Mercury Sayang Kaak
Bukit Mercury Sayang Kaak memang sesuai buat remaja yang inginkan penginapan berkhemah, menghirup udara segar dan menyaksikan sunset dan sun rise.
Bukit Mercury Sayang Kaak terletak di Cibuluh, Tejamulya dan waktu operasi 24 jam.
5. Sanghyang Dora
Bukit Sanghyang Dora terletak di Desa Leuwikujang dan menjadi destinasi sesuai buat kaki camping. Menginap di atas bukit sambil menikmati pemandangan Jawa Barat memang cantik terutamanya pada waktu malam.
Tiket masuk hanya 5 ribu Rupiah sahaja termasuk sewa khemah.
6. Curug Muara Jaya
Nikmati keindahan dan kesegaran udara di Curug Muara Jaya. Air terjun disini terdapat tiga aras yang berada di tengah kawasa lembah. Terdapat pelbagai aktiviti di sini termasuk berkhemah dan bermandi-manda.
Tiket masuk hanya 15 ribu Rupiah manakala kalau anda inginkan pakej berkemah hanya 20 ribu Rupiah setiap orang.
Banyak juga best di Majalengka Indonesia, jadi selepas ini anda boleh cuba tempat best di Indonesia selain Bali dan Lombok!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI