Tempoh cuti sekolah pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak. Dan antara aktiviti boleh menceriakan mereka ialah rombongan lawatan sambil belajar. Ia merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan ianya paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar, tidak kira di peringkat Sekolah Rendah mahupun Sekolah Menengah.

Program lawatan seperti ini akan membantu para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan yang berbeza daripada pembelajaran di dalam kelas. 6 lokasi menarik di bawah yang sesuai untuk lawatan sambil belajar!

1) Muzium Coklat, Kota Damansara

6 Lokasi Menarik Nak Bawa Anak Bila Cuti Sekolah, Sambil Berjalan Boleh Belajar Banyak Perkara, Semua Fun!
Credit: Chocolate Museum by @ Chocolate Museum

Muzium Coklat terletak di Kota Damansara dan telah beroperasi sejak tahun 2013. Muzium Coklat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini mengalu-alukan kedatangan para pelajar untuk membuat lawatan dan pada masa yang sama 3 elemen asas iaitu, pendidikan mengenai koko dan coklat, proses pembuatan coklat dan pembelian coklat keluaran tempatan. Paling menyeronokkan, pihak Muzium akan membuat demonstrasi pembuatan coklat secara langsung dan para pelajar dapat merasai coklat yang dihasilkan!

2) Zoo Negara

6 Lokasi Menarik Nak Bawa Anak Bila Cuti Sekolah, Sambil Berjalan Boleh Belajar Banyak Perkara, Semua Fun!
Credit: Zoo Negara by Puspanita KPDNHEP Putrajaya @
Facebook

Pastinya semua orang tahu mengenai Zoo Negara dan pernah melawatinya. Zoo Negara menyediakan sesi seminar dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti pemuliharaan dan pengurusan hidupan liar.

Lawatan ini dapat memberi pengetahuan tentang tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dan keselamatan awam. Ini adalah selaras dengan matlamat utama Zoo Negara iaitu pemuliharaan hidupan liar. Selain itu, pihak Zoo turut menyediakan satu program yang dinamakan Zoo Camp Programme yang merangkumi aktiviti Night Walk, Wildlife Enrichment Programme dan Campfire.

Ads

3) Selangor Fruit Valley

6 Lokasi Menarik Nak Bawa Anak Bila Cuti Sekolah, Sambil Berjalan Boleh Belajar Banyak Perkara, Semua Fun!
Credit: Selangor Fruit Valley by @

Selangor Fruit Valley terletak di Bestari Jaya. Kawasan yang terbentang luas dengan pelbagai daya tarikan membolehkan para pelajar untuk mengalami sendiri pengalaman aktiviti pertanian dan merasai pelbagai jenis buah tempatan dan sayur-sayuran yang segar. Pelbagai aktiviti menarik yang terkandung dalam program lawatan tersebut termasuk aktiviti memetik sayur dan menoreh getah, lawatan ke taman haiwan dan rumah kampung, serta pelbagai lagi.

4) Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, dan Kampung Haji Dorani, Sungai Besar

6 Lokasi Menarik Nak Bawa Anak Bila Cuti Sekolah, Sambil Berjalan Boleh Belajar Banyak Perkara, Semua Fun!
Credit: Mandi Palong @Homestay sungai sireh, Tanjong
Karang (palong soaking) by @ Youtube

Lawatan ke Kampung Sungai Sireh dan Kampung Haji Dorani akan memberi pengalaman yang sangat memuaskan dan menggembirakan kepada para pelajar!

Ads

Di sini, mereka dapat merasai suasana kampung dan mempelajari sendiri cara kehidupan orang kampung. Aktiviti seperti menggagau ikan dan menganyam daun kelapa, serta lawatan ke sawah padi dan rumah tradisional turut ditawarkan di sini!

5) Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

6 Lokasi Menarik Nak Bawa Anak Bila Cuti Sekolah, Sambil Berjalan Boleh Belajar Banyak Perkara, Semua Fun!

Credit: Forest Research Institute Malaysia (FRIM) by Sekolah
Kebangsaan Damansara Jaya 1 @ Facebook

Antara tempat menarik untuk program lawatan sambil belajar adalah di Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong. Mempunyai keluasan 600 hektar dan dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong, ia menawarkan pelbagai aktiviti alam semulajadi kepada para pelajar.

Ads

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berjoging di Rover Track, berkelah, berbasikal serta dapat mempelajari mengenai keunikan alam semula jadi. Para pelajar juga tentu terpegun melihat keindahan sekililing di sini!

6) Taman Botani Negara Shah Alam

6 Lokasi Menarik Nak Bawa Anak Bila Cuti Sekolah, Sambil Berjalan Boleh Belajar Banyak Perkara, Semua Fun!
Credit: Shah Alam National Botanical Park by
Taman Botani Negara Shah Alam @ Facebook

Taman Botani Negara Shah Alam merupakan salah satu tarikan yang tidak asing lagi di Negeri Selangor. Mula dibangunkan pada 24 April 1986, Taman Botani Negara telah menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pemuliharaan bagi pembangunan botani dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Ianya sebuah lokasi yang sesuai untuk membawa para pelajar untuk mempelajari proses penanaman bunga, lawatan ke taman haiwan, nature walk dan penjagaan alam sekitar. Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti tram akan membuat lawatan ini lebih menyeronokkan!

Tidak dinafikan lagi, program lawatan sambil belajar adalah sangat menyeronokkan bagi para pelajar, malah banyak perkara boleh dipelajari mereka. Negeri Selangor memang terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati, dan lawatan sambil belajar ke lokasi-lokasi di sekitar Negeri ini tentunya akan memberikan sebuah pengalaman pembelajaran yang tidak akan dilupakan!

Kredit: Selangor Tourism

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI