florest

Memilih percutian ke Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia juga sangat menarik untuk menyaksikan pelbagai keindahan dan keajaiban ciptaan Tuhan di dunia ini.

Sebenarnya Kepulauan Florest ini kurang mendapat tumpuan dan tempat di hati pelancong walaupun banyak destinasi best untuk singgah. Mungkin ramai yang masih tidak tahu daerah ini, jadi Libur akan bantu perkenalkannya agar ada yang ingin jejak ke sini.

Ads

Kebanyakan destinasi yang ditawarkan masih berada dalam keadaan terpelihara. Kejernihan air lautnya mampu mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Manakala keindahan pulau-pulau yang berada dalam wilayah Flores juga mampu memukau pengunjung yang datang ke sini.

Ads
Ads

Antara lokasi menarik yang boleh dilawati adalah ke Danau Kelimutu, Perkampungan Wae Rebo, pelayaran dari Labuan Bajo ke Taman Negara Komodo (Komodo National Park), Pulau Padar, Gili Lawa, Pink Beach, Pulau Kelor, Pulau Rinca, dan Pulau Kanawa.

  • Danau Kelimutu antara tempat paling menarik mesti jejak kerana di situ terdapat kawah yang terbentuk daripada letusan gunung berapi pada suatu ketika dahulu. Terdapat tiga kawah di situ mengandungi air yang warnanya mampu berubah-ubah.
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Danau Kelimutu
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Danau Kelimutu 2
  • Perkampungan Adat Wae Rebo pula ialah sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah pergunungan dan pengunjung perlu mendaki lebih kurang empat jam untuk sampai ke destinasi berkenaan. Kampung ini kaya dengan adat dan masih menjalani kehidupan mengikut tradisi nenek moyang mereka di samping ia bebas daripada segala bentuk pencemaran serta mampu memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung.
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Perkampungan Adat Wae Rebo
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Perkampungan Adat Wae Rebo 2
  • Pulau Rinca pula ialah salah satu pulau yang berada dalam Taman Negara Komodo. Pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman bertemu dengan Biawak Komodo yang semakin pupus populasinya di dunia ini.
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Pulau Rinca
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Pulau Rinca 2
  • Pulau Padar merupakan sebuah pulau yang menjanjikan pemandangan yang sangat mengujakan. Pendakian hampir 40 minit langsung tidak terasa kepenatannya kerana keterujaan penulis terhadap keindahan landskap pulaunya sepanjang pendakian itu.
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Pulau Padar 2
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Pulau Padar
  • Pantai Pink menjadi salah satu lokasi snorkelling terbaik di wilayah Flores dengan pasir di pesisiran pantai yang berwarna merah jambu.
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Pantai Pink
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Pantai Pink 2
  • Pengunjung dapat melihat pemandangan di sekeliling Pulau Kelor dengan mendaki lebih kurang 30 minit ke tempat yang lebih tinggi di situ.
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Pulau Kelor
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Pulau Kelor 2
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI