Karya seni jalanan atau Street Art ini bukan sahaja menarik dan cantik, malah pengunjung dapat mengisi kenangan untuk bergambar dengan lukisan-lukisan luar biasa seperti lukisan 3D, campuran lukisan dengan perabot, lukisan dengan tema yang berlainan dan lain-lain lagi.
Seni jalanan ini memberi peluang kepada para pelukis yang berbakat untuk mempamerkan idea-idea lukisan di dinding-dinding bangunan kepada pengunjung yang hadir dan menjadikan ia satu kawasan tarikan pelancong.
Antara lokasi seni jalanan kreatif yang menarik boleh anda singgah seperti di:
Kawasan ini adalah hasil daripada inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah lorong belakang kawasan komersial dan perindustrian menjadi selamat, bersih dan tenang. Pelbagai hasil seni yang dilukis seperti Lukisan 3D, Pemasangan 3D, Perabot Jalan dan lain lain lagi. Laman Seni 7 ini berkonsepkan ciri-ciri ‘Komuniti Shah Alam’, ‘Tarikan Pelancong’ dan juga ‘Konsep Hijau’.
Laman Seni Seksyen 2 ini merupakan titik permulaan terjadinya kawasan mural di Shah Alam yang kemudiannya ditukarkan ke Laman Seni 7.
Tema untuk karya seni di tempat ini adalah ‘kembali ke sekolah’. Bersedia untuk mengimbau suasana nostalgia di mana anda akan melihat bilik gantung, bas sekolah, lukisan haiwan dan lain-lain lagi. Bukan hanya itu, terdapat juga medan selera di mana anda boleh berehat setelah bergambar di lokasi lukisan mural.
Kawasan mural ini telah dirasmikan oleh Datuk Zainal Abidin Abu Hassan pada 5 Jun 2020 dimana anda akan terpesona dengan hasil lukisan bertemakan haiwan ibarat berada dalam safari sebenar.
Sejak tahun 2008, Organisasi Sasaran Art telah menganjurkan festival seni berskala besar setiap 3 tahun bagi memberi pendedahan tentang lukisan jalanan. Selain itu, dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor, pembinaan bangunan 2 tingkat telah dijadikan sebagai sebuah pusat galeri seni yang dinamakan ‘Balai Seni Sasaran Kuala Selangor’.
Ia berfungsi sebagai pusat seni, festival ataupun pameran tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan aktiviti kesenian dan kebudayaan.
Kawasan mural ini terletak di Jalan Kenari 5, Puchong ini dihiasi dengan pelbagai lukisan mural di sepanjang jalan keluar. Karya seni lukisan mural ini telah dilukis hasil oleh 103 orang pelajar tahun akhir dari The One Academy, Subang Jaya dan juga dari Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik yang mengambil masa selama 6 hari.
Hasil lukisan mereka menggambarkan kecantikan dan elemen budaya Malaysia berdasarkan tema Negeri Selangor dan keunikan Negara.
Tetapi bukan itu sahaja, terdapat juga kawasan seni jalanan di mana karya seni dilukis di dinding bangunan lama kawasan KKB. 8 lukisan mural di KKB ini juga telah dilukis oleh 40 orang pelajar dan staf dari ALFA College pada tahun 2014 yang menggambarkan kehidupan bandar di KKB.
Jom pusing-pusing Selangor. Jangan lupa menjaga penjarakan fizikal dan sosial sepanjang masa serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi mengelakkan sebarang jangkitan virus COVID-19 yang melanda dunia kini.
Sumber & Foto: Tourism Selangor