6 Guideline Mudah Untuk Anda Pilih Hotel Yang Selesa Dan Berbaloi Dengan Harga Yang Anda Bayar

Share

Antara elemen yang paling penting dalam sesuatu trip percutian adalah tempat bermalam. Benda mudah, tak ada tempat tidur, anda nak tidur dekat mana? Dekat masjid?

Pemilihan tempat tidur ni perlu dilakukan dengan baik. Pemilihan yang paling bijak dalam mencari tempat penginapan adalah yang memberikan anda keselesaan dan dalam masa yang sama menjimatkan kos perbelanjaan dalam percutian.

Tidak kira, sama ada hotel yang dimahukan itu berada dalam skala mewah ataupun murah, perincian perlu dilakukan sebelum tempahan dibuat. Ini beberapa tip mudah atau simple guideline

untuk anda memilih tempat penginapan.

Nilai

Boleh ditafsirkan sebagai faedah yang diperoleh hasil daripada menetap di hotel yang dipilih. Ia melibatkan banyak faktor seperti servis yang efisien, kemudahan ekstra tanpa bayaran tambahan dan jaminan keselamatan.

Kemudahan

Cari hotel yang menawarkan kemudahan yang menguntungkan seisi keluarga ketika bercuti seperti Wifi, sarapan pagi, perkhidmatan teksi, ruang parkir, dobi, perubatan, kolam renang dan gimnasium.

Dapatkan hotel mengikut keselesaan dan keperluan bajet anda menggunakan OYO RoomsOYO Rooms merupakan platform yang membantu mencari penginapan yang bersih dan berpatutan. Klik sini

untuk muat turun sekarang.

Kedudukan

Hotel yang dipilih mestilah berada dekat dengan produk-produk pelancongan seperti pantai, air terjun, taman tema, restoran atau pusat membeli-belah. Ia bukan sahaja menjimatkan masa tetapi membantu mengurangkan kos pengangkutan.

Mesra keluarga

Pilih hotel yang mesra keluarga seperti adanya kemudahan kolam renang dan tempat permainan kanak-kanak. Cara ini membantu memanjangkan lagi keseronokan anak-anak ketika berada di hotel.

Aktiviti

Penyediaan aktiviti yang ditawarkan pihak hotel turut memainkan peranan dalam proses pemilihan hotel. Banyak hotel kini menyediakan pelbagi jenis aktiviti dengan bayaran yang ditetapkan. Seperti hotel yang berdekatan dengan pulau, aktiviti seperti island hopping 

dan snorkeling ada ditawarkan kepada pelanggan.

Komen dan review

Pandangan dan komen pelanggan yang menginap di sesebuah hotel itu amat penting. Ia membantu anda membuat penilaian dari pelbagai sudut terutamanya melibatkan harga, kedudukan, keselamatan dan kemudahan. Semua pandangan dan komen boleh dilihat menerusi laman web hotel atau sistem tempahan atas talian seperti Agoda, Expedia dan Booking.com

Oleh
Epul