Destinasi yang bukan sahaja menghiburkan tetapi memberikan elemen pembelajaran untuk anak-anak!
Lawatan ke destinasi yang menawarkan hiburan sambil belajar merupakan aktiviti yang dapat memberikan pengalaman yang menggembirakan dan bermakna untuk kanak-kanak. Berikan mereka peluang untuk terokai dunia luar dan kunjungi destinasi pembelaran di Negeri Selangor.
Anda boleh memilih tempat seperti muzium, zoo atau tempat interaktif yang boleh meningkatkan daya pembelajaran mereka sambil mereka menerokai sesuatu yang baharu. Dalam artikel ini, Tourism Selangor telah menyenaraikan 6 tempat pembelajaran untuk dilawati bersama anak anda di Negeri Selangor setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti! (#ImagineNowExperienceSoon).
1) Lakon Peranan Prospek Kerjaya di KidZania, Mutiara Damansara
KidZania, Mutiara Damansara merupakan sebuah pusat “edutainment” yang menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman permainan lakon peranan prospek kerjaya yang interaktif dalam persekitaran yang menyeronokkan.
Mereka dapat merasai pengalaman bekerja yang realistik dalam replika bangunan yang berfungsi sebagai bandar sebenar. Lebih daripada 70 jenis pekerjaan yang mereka boleh cuba di sini antaranya adalah menjadi seorang jururawat, ahli bomba, polis, juruterbang, peguam dan banyak lagi! Aktiviti seperti ini sememangnya memberi pengalaman pembelajaran yang positif buat kanak-kanak.
2) Terokai Dunia Haiwan di Zoo Negara
Zoo Negara merupakan zoo yang terbesar di Malaysia, terletak di Ampang, Selangor. Zoo Negara sememangnya destinasi yang sesuai untuk membawa kanak-kanak agar mereka dapat mengenali lebih 5,000 jenis haiwan terdiri daripada kira-kira 400 spesis di sini.
Ads
Sudah pasti kanak-kanak akan terhibur melihat gelagat haiwan-haiwan yang terdapat di zoo ini; dan pengalaman menyaksikan aksi zirafah, gajah, buaya, harimau dan singa tentunya mengujakan! Selain itu, kanak-kanak akan dapat melihat gelagat panda yang comel bernama Xing Xing, Liang Liang dan Yi Yi di Zoo Negara ini.
3) Mempelajari budaya asal Negeri Selangor di Mah Meri Cultural Village
Mah Meri merupakan salah satu suku Orang Asli yang terdapat di Malaysia, yang sangat dikenali dengan keunikan kesenian mereka seperti ukiran topeng dan kraftangan lain. Mah Meri Cultural Village adalah sebuah perkampungan orang asli yang terletak di Pulau Carey, Kuala Langat.
Di sini, kanak-kanak boleh didedahkan kepada suasana kampung Orang Asli yang lengkap dengan pakaian, barangan serta tarian kebudayaan. Selain itu, terdapat juga mini galeri yang mempamerkan pelbagai koleksi berkaitan dengan masyarakat Mah Meri. Lawatan ke sini pasti dapat memberikan pendedahan yang luas kepada kanak-kanak dalam menyelami budaya dan kesenian masyarakat Mah Meri yang unik dan tersendiri.
4) Dekati haiwan di Farm in the City
Farm in the City merupakan sebuah “petting zoo” yang terkenal di Malaysia. Terletak di Seri Kembangan, anda boleh membawa anak anda ke Farm in the City untuk lebih mendekati haiwan-haiwan di sini.
Ads
Kanak-kanak bukan sahaja boleh menyaksikan gelagat haiwan, malah juga boleh memegang, bermain dan memberi makan kepada haiwan-haiwan seperti kura-kura, rusa dan arnab sambil dipantau oleh renjer zoo. Selain itu, kanak-kanak dapat menikmati pengalaman “pony ride” dan menonton persembahan burung Kakak Tua di Kampung Mahmood. Pengalaman ini pasti akan memberikan kegembiraan buat si kecil!
5) Aktiviti fizikal di Camp5 Climbing Gym
Sekiranya si kecil anda suka berlari, memanjat dan melakukan aktiviti lasak, Camp5 Climbing Gym merupakan tempat yang sesuai buat mereka melakukan aktiviti fizikal dalam persekitaran yang lebih selamat! Terletak di 1 Utama Shopping Centre, tempat ini merupakan pusat “rock climbing” tertutup dan dikendalikan oleh staf profesional dan menawarkan lokasi yang terkawal dan selamat.
Di sini, anak anda boleh merangsangkan kecerdasan minda mereka sekali gus meningkatkan keyakinan dalam berdepan dengan sebarang cabaran. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah “rock climbing” yang mempunyai pelbagai ketinggian iaitu 8m-14m dan 14m-16m tinggi.
Ads
6) “Petting zoo” di G2G Animal Garden
Terletak di MAEPS Serdang, G2G Animal Garden adalah sebuah taman pameran dan “petting zoo” yang baru dibuka pada tahun 2017. Ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang berkonsepkan pelancongan eko dan agro yang memberikan pengalaman yang menyeronokkan buat kanak-kanak. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi bersama lebih daripada 70 spesis haiwan tempatan mahupun eksotik di sini secara lebih dekat. Aktiviti seperti ini akan memberikan pengalaman yang bernilai buat mereka!
Gabungkan pengembaraan kanak-kanak dengan elemen pendidikan atau “edutainment“ kerana ianya bukan sahaja dapat memberikan mereka keseronokan malah dapat memperluas ilmu pengetahuan mereka dalam mempelajari sesuatu yang tidak dapat dilakukan di rumah mahupun di sekolah.
Pengalaman seperti ini akan menjadi pengalaman yang amat bernilai buat mereka untuk masa akan datang. Bawalah anak-anak anda ke destinasi tersenarai di atas selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti dan rancang mulai sekarang! (#ImagineNowExperienceSoon).
Namun, anda diingatkan untuk sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Nasional dengan memastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka setiap masa, gunakan pembasmi kuman secara kerap serta daftar masuk melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat” ketika memasuki premis pelancongan di Negeri Selangor.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau nak rasa purrfect refreshment, Lost Paradise Resort di Pahang mempunyai pemandangan yang cantik. Dia punya resort suasana ala-ala bali.
Lost Paradise Resort
Setiap entrance dia akan ada pintu yang cantik cantik design pun menarik. Yang best lagi kat sini ada siap bilik untuk pemancing.
Sebab itu diaorang prepare bilik seaview. Buka sahaja pintu boleh terus baling umpan. Tempat untuk memancing pun heaven bukan kaleng kaleng.
Salah satu attraction tempat ini is floating garden which is dorang dah prepare tempat bbq atas laut gaiss. Sambil buat bbq dapat tengok Penang City dengan bunyi ombak laut.
Ini ruang untuk healing juga, baring sambil layan langit biru, syok!
Lokasi:
Lost Paradise Resort Pahang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Singgah di Chalet Pak Teh Raub memang akan membuat jiwa tenang dengan pemandangan yang cantik alam semula jadi.
Ya, tempat ini viral dek kerana air sungainya jernih sampai boleh nampak ‘makhluk’ dalam air. Yang suka main sungai mesti puas hati melayan anak-anak.
Berbaloi Ke Chalet Pak Teh Raub
Sesekali datang dengan keluarga ke tempat ini, boleh lah healing. Kata rindu kampung, kan? Haa… ini masanya untuk luangkan maa bersama orang tersayang.
Nampak tak pilihan chalet yang ada di sini, boleh rujuk gambar di bawah. Simple tetapi cukup untuk anda merasa meletakkan kepala di tempat yang damai dengan alam.
Malahan pokok-pokok di sekeliling tempat ini menjadikan redup untuk berteduh.
Harga chalet cuma rm60/rm70 je sebuah. Berbaloi sangat dengan apa yang ditawarkan. Malam-malam memang sejuk lah dengan rumah kayu macam ini.
Owh ya, musim cuti sekolah, lagi ramai yang plan nak bercuti di tempat ini bersama keluarga. Jadi pilihan di tangan anda. Nak datang waktu cuti sekolah atau cuti hujung minggu.
Lokasi:
Chalet Pak Teh, D’ Sg Kelang, Raub, Pahang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang telah berjaya menarik 170,000 pengunjung untuk menyaksikan pertunjukan belon panas yang menghiasi ruang udara di Padang Polo, Georgetown.
Pesta kali ke-3 ini telah menampilkan pakar belon antarabangsa dari lapan buah negara dan sebanyak 16 belon udara panas berwarna-warni dengan pelbagai bentuk dipamerkan selama dua hari berturut-turut.
Pada pesta tahun kali ini, belon panas bertemakan ayam diterbangkan oleh Tawim Dumkhum dan Tako II manakala sotong merah pula dikendalikan oleh koji Ota dari Jepun.
Menariknya juga, penyertaan kali pertama oleh Lowie Vanluffelen dari Belgium yang menerbangkan belon Simba Singa nyata mempesonakan sehingga pengunjung tidak jemu menyaksikannya.
Ketua Pegawai Eksekutif AKA Balloon Sdn Bhd, Nur Izzati Khairudin berkata, sambutan kali ini amat baik sekali. Dengan cuaca yang mengizinkan ia telah melancarkan program seperti yang dirancang.
“Bukan sahaja menarik kedatangan pengunjung tempatan tetapi dalam masa sama pelancong luar negara tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan.
“Kerjasama dari semua pihak yang menjayakan pesta belon udara panas ini telah berjaya menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi pelancongan baharu untuk acara seperti ini,” katanya.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, orang ramai tidak dikenakan tiket dan masuk adalah percuma. Cuma tiket dijual kepada mereka yang ingin merasai pengalaman melakukan aktiviti Cold Inflation di mana pengunjung boleh berjalan masuk ke dalam belon yang diisi dengan udara sejuk di atas dengan bayaran RM 5 selain aktiviti Tethered Ballon Ride yang dikenakan bayaran RM50 setiap orang.