Mesti ‘best’ kalau dapat jalan-jalan makan angin di kawasan tanah tinggi, lagi-lagi di Kundasang Sabah.
Kundasang, destinasi percutiaan yang ‘bersih’ dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong.
Desa Cattle Dairy Farm merupakan dstinasi wajib apabila berkunjung ke Kundasang, Sabah. Desa Cattle ini juga mendapat jolokan nama New Zealand Malaysia dek kerana cuacanya yang sejuk dan mempunyai pemandangan indah ladang lembu luas beratar belakang gunung. Mirip New Zealand bukan?
Ini ada perkongsian menarik daripada saudara M Redzuan A Rahman, aktiviti dan panduan yang boleh anda lakukan jika singgah di Desa Cattle Diary Farm
Salah satu tempat yang wajib pergi apabila berada di Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm. Pemandangan puncak gunung Kinabalu dari sini sangat cantik. Kepada mereka yang pandai mengambil gambar, hasil gambar yang diambil di sini seolah-olah bergambar di luar negara.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini:
1. Bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan lembu-lembu di ladang ini. Ini merupakan aktiviti wajib
2. Memberi makan (atau susu) pada anak lembu dan anak kambing. Anak-anak kecil akan sukakan aktiviti ini. 8.30 pagi – 12 tengahari dan 1.30 petang – 4.30 petang
3. Melihat bangsal (tempat tinggal lembu). 9 pagi – 2 petang
4. Melihat aktiviti penyusuan lembu (2 petang – 4 petang). Kami tidak berkesempatan melihat aktiviti ini kerana kami tiba pagi di ladang ini.
5. Melihat pemprosesan dan pembungkusan susu. Aktiviti ini pada hari tertentu sahaja (Selasa, Khamis dan Ahad : 8 pagi – 12 tengahari)
6. Acara wajib supaya tidak menyesal setelah pulang adalah merasai kesedapan aiskrim di sini. Hanya RM5.30 satu.
Sedikit info berguna kepada mereka yang nak ke Desa Cattle Dairy Farm ini :
Semoga perkongsian saya bermanfaat.