Mesti ‘best’ kalau dapat jalan-jalan makan angin di kawasan tanah tinggi, lagi-lagi di Kundasang Sabah.

Kundasang, destinasi percutiaan yang ‘bersih’ dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong.

Desa Cattle Dairy Farm merupakan dstinasi wajib apabila berkunjung ke Kundasang, Sabah. Desa Cattle ini juga mendapat jolokan nama New Zealand Malaysia dek kerana cuacanya yang sejuk dan mempunyai pemandangan indah ladang lembu luas beratar belakang gunung. Mirip New Zealand bukan?

6 Aktiviti Menarik Pengunjung Boleh Buat Di New Zealand Malaysia ‘Desa Cattle Dairy Farm’ Kundasang6 Aktiviti Menarik Pengunjung Boleh Buat Di New Zealand Malaysia ‘Desa Cattle Dairy Farm’ Kundasang
Ini ada perkongsian menarik daripada saudara M Redzuan A Rahman, aktiviti dan panduan yang boleh anda lakukan jika singgah di Desa Cattle Diary Farm

Ads

6 Aktiviti Menarik Pengunjung Boleh Buat Di New Zealand Malaysia ‘Desa Cattle Dairy Farm’ Kundasang
Salah satu tempat yang wajib pergi apabila berada di Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm. Pemandangan puncak gunung Kinabalu dari sini sangat cantik. Kepada mereka yang pandai mengambil gambar, hasil gambar yang diambil di sini seolah-olah bergambar di luar negara.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini:
1. Bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan lembu-lembu di ladang ini. Ini merupakan aktiviti wajib
2. Memberi makan (atau susu) pada anak lembu dan anak kambing. Anak-anak kecil akan sukakan aktiviti ini. 8.30 pagi – 12 tengahari dan 1.30 petang – 4.30 petang
3. Melihat bangsal (tempat tinggal lembu). 9 pagi – 2 petang

Ads

6 Aktiviti Menarik Pengunjung Boleh Buat Di New Zealand Malaysia ‘Desa Cattle Dairy Farm’ Kundasang

6 Aktiviti Menarik Pengunjung Boleh Buat Di New Zealand Malaysia ‘Desa Cattle Dairy Farm’ Kundasang
4. Melihat aktiviti penyusuan lembu (2 petang – 4 petang). Kami tidak berkesempatan melihat aktiviti ini kerana kami tiba pagi di ladang ini.
5. Melihat pemprosesan dan pembungkusan susu. Aktiviti ini pada hari tertentu sahaja (Selasa, Khamis dan Ahad : 8 pagi – 12 tengahari)
6. Acara wajib supaya tidak menyesal setelah pulang adalah merasai kesedapan aiskrim di sini. Hanya RM5.30 satu.

Ads

6 Aktiviti Menarik Pengunjung Boleh Buat Di New Zealand Malaysia ‘Desa Cattle Dairy Farm’ Kundasang
Sedikit info berguna kepada mereka yang nak ke Desa Cattle Dairy Farm ini :

  • Pastikan beli tiket awal secara online untuk ke sini (klik SINI untuk beli tiket). Ada dua sesi lawatan saja, 8.00 pagi dan 1.00 petang. Jangan terus terjah saja ya.
  • Tempat letak kereta yang berhampiran dengan pintu masuk agak terhad. Jadi datang awal ke sini. Terbaik tiba di sini dalam jam 8 pagi. Jika lewat terpaksa letak kereta di tepi jalan dan terpaksa berjalan agak jauh sedikit, lebih-lebih lagi ketika cuti panjang.
  • Sediakan wang kecil untuk memudahkan urusan bayaran masuk lebih-lebih lagi pada waktu awal pagi.
  • Pilihan makanan di tempat ini agak terhad. Saya cadangkan bersarapan siap-siap sebelum tiba di tempat ini.
  • Untuk pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar ladang ini, pengunjung terpaksa berjalan. Jadi pakailah pakaian dan kasut yang selesa. Jika membawa mereka yang berumur, perlu pimpin mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
  • Apabila berpeluang bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu tanpa kabus, manfaat peluang tersebut sebaik mungkin. Tempoh masa Gunung Kinabalu untuk tidak diliputi kabus sangat singkat. Jadi manfaatkan sebaik mungkin.
  • Aiskrim perisa yogurt asli jauh lebih sedap daripada aiskrim perisa coklat.

6 Aktiviti Menarik Pengunjung Boleh Buat Di New Zealand Malaysia ‘Desa Cattle Dairy Farm’ Kundasang

  • Yogurt jenama Desa ini sangat sedap. Silalah beli saiz paling besar (475 gram) untuk di bawa pulang dari ladang ini. Kami beli 2 bekas dengan cadangan untuk bawa pulang ke Kuala Lumpur tapi malangnya 1 bekas dah habis dimakan pada hari terakhir di Sabah. 1 bekas jer Berjaya sampai ke Kuala Lumpur.
  • Bayaran masuk adalah RM5 untuk dewasa (umur 13 tahun ke atas) dan RM4 untuk kanak-kanak (7 – 12 tahun). Tempat ini dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Kalau sesiapa yang bercuti ke Sabah – jangan lepaskan peluang untuk ke Desa Cattle Dairy Farm ini. Anak-anak pasti akan gembira datang ke tempat ini.

6 Aktiviti Menarik Pengunjung Boleh Buat Di New Zealand Malaysia ‘Desa Cattle Dairy Farm’ Kundasang
Semoga perkongsian saya bermanfaat.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI