5H4M Travel Solo Ke Edinburg, Scotland, Wanita Ini Kongsi Bajet. Tempatnya Cantik & Tenang, Selamat Untuk Solo Traveler!

Share

Travel solo ni bukan mudah, faktor seperti keselamatan dan juga kesesuaian perlu diambil kira bila nak memulakan sesuatu pengembaraan. Memilih Edinburg sebagai destinasi percutian solo selama lima hari empat malam cukup menarik.

Lokasi percutian yang cantik dan tenang, Wan Zaimah menyifatkan Edinburg sebagai destinasi yang selamat dan sesuai untuk wanita solo. Berkongsi kos yang dibelanjakan sepanjang percutiannya di sana, menurut wanita ini juga mudah untuk mendapatkan makanan halal di sana.

Ikuti perkongsiannya:

Solo trip Edinburgh, Scotland | 22 – 26 Sept 2022

Pertama kali solo trip dan pertama kali jejak kaki ke Edinburgh. Mula – mula sampai berdebar takut sesat. Dah la masa sampai tu hujan lebat terpinga- pinga cari hotel. Google maps confusing sekejap tunjuk kanan sekejap kiri last- last tanya orang je. Penduduk tempatan sangat baik dan peramah. Bila tanya memang dorang guide betul-betul sampai jelas nak ke mana.

Hari pertama saya naik bas pusing bandar. Usha dulu tempat-tempat yang berkenan lepas tu baru berjalan kaki. Boleh dikatakan tourist attractions within walking distance ajer. So lepas dah familiar dengan tempat, saya jalan kaki je.

Edinburgh sangat cantik dan peaceful. Yang penting selamat untuk gadis solo. Takde jumpa scammer macam kat Paris.

Di sini saya kongsikan cost untuk rujukan kawan-kawan, jika perlu ;

TRAIN : Manchester – Edinburgh (return) – £180.40

HOTEL : The Britannia Hotel – £128 per night

Add on breakfast £12 per person, dinner £14.95 per person.

Saya hanya makan dinner satu kali je kat hotel kebetulan menu malam tu semua halal. Hari lain tak pasti. Sebelum makan kena tanya manager.

Kalau breakfast ada campuran menu halal + non halal. Saya tak makan.

Kos hotel dan train agak mahal sebab book last minute. Kalau book awal mungkin lebih murah. Date saya pergi tengah peak sebab ada Edinburgh Fringe Festival. So everything is more expensive than usual.

FOOD – banyak kedai halal. Google je mesti jumpa. Setiap kali makan saya ambil 1 food + 1 teh harga sekitar £10-£15.

BUS – City tour dan Britannia tour, £19 untuk 48 jam.

SIMCARD : Tesco Mobile £0.99, topup £20 untuk beli bundle package, dapat 50GB.

Maaf gambar tak lawa sebab saya semulajadi tiada bakat dalam fotografi. Semua gambar diambil guna iPhone 12.

Kredit: Wan Zaimah

 

 

Oleh
SAHR