5 Teras Plan Transformasi Jadi Tonggak Utama Kepimpinan Baharu Majlis Pelancongan Malaysia 2019-2021

Share

Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA), Uzaidi Udanis telah dipilih sekali lagi menerajui Majlis Pelancongan Malaysia sebagai Presiden untuk penggal 2019-2021 dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2019.

Lebih 140 ahli yang mewakili 70 persatuan pelancongan telah hadir dalam mesyuarat kali ke 33 yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur pada 27 April 2019.

Berpegang kepada prinsip melestarikan sektor pelancongan negara secara menyeluruh, Uzaidi telah mendapat sokongan padu dalam kalangan ahli-ahli gabungan dalam menggerakkan industri pelancongan ke tahap tertinggi sekali gus memberikan impak positif kepada seluruh penggiat pelancongan.

Bagi memperkasakan lagi sektor pelancongan negara , beliau turut memperkenalkan Plan Transformasi MTC berpaksikan kepada lima tonggak utama. yang merangkumi Pendidikan & Latihan; Pembangunan Pasaran; Perhubungan; Teknologi dan Komuniti & Kelestarian.

Berikut adalah senarai kepimpinan baharu Majlis Pelancongan Malaysia untuk penggal 2019-2021:

Presiden:

Uzaidi Udanis
Malaysia Inbound Tourism Association (MITA)

Timbalan Presiden:

Dato’ Thangavelu Kuppusamy
Malaysian Indian Tour & Travel Association (MITTA)

Naib Presiden I:

Datuk Seri Megat Hadzlie
Persatuan Pelancongan Warisan Malaysia (MYHTA)

Naib Presiden 2:

Datuk Azlie Halim
Travel Writers Association of Malaysia

Setiausaha Agung Kehormat:

Dato’ Hjh Noor Zaleha Hj Baharuddin
Malaysia Tourism Development Association

Bendahari Kehormat:

Dato’ Sri Hj Razali Mohd Sham
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Haji (PAPUH)

EXCO :

1. En Zohaime Muhamad Sori
Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia

2. En Ahmad Idroose Mohad Tambarin
Malaysia Skate Federation (MYSKATE)

3. En Ahmad Nadzri Ismail
Persatuan Pelancongan Agro Malaysia

4. YM Tengku Ahmad Rihandin
Persatuan Keris Semenanjung (KERIS)

5. Emmy Suraya Hussein
(Malaysia Budget Hotel Association)

6. Dato’ Aruldas Arulandu
Kuala Lumpur Tourism Association (KLTA)

7. Pn Azian Mohd Arif
Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak

8. Mr Chong Jing Kong
Persatuan Karavan & Perkhemahan Malaysia

9. En Mohd Shahirul Yunasyrik Mohd Yusof
Persatuan Pelancongan Bagan Datuk

10. En Mazmadi Mohamad
Federation of JPK Accredited Center Malaysia

Oleh
Epul