terengganu libur

Lima Taman Eko-Rimba di Terengganu dibuka semula dan sedia menerima kunjungan pengunjung.

Taman Eko-Rimba yang mula dibuka ialah Lata Belatan di Besut, Lata Tembakah di Jertih, Chemerong, Bandar Bukit Bauk di Dungun, dan Sekayu di Hulu Terengganu. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah membenarkan pusat rekreasi Lata Kolam Air Deru Ecopark di Jertih beroperasi semula mulai esok dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Antara aktiviti yang dibenarkan ialah:
5 Taman Eko-Rimba Di Terengganu Sedia Terima Pengunjung Untuk Berkelah. Mandi-Manda Tidak Dibenarkan!

5 Taman Eko-Rimba Di Terengganu Sedia Terima Pengunjung Untuk Berkelah. Mandi-Manda Tidak Dibenarkan!

  • Rekreasi umum seperti berkelah
  • Beriadah
  • Memerhati burung
  • Trek hutan
  • Senaman yang tidak melibatkan sentuhan badan
  • Penggambaran dan perfilemen
  • Serta lawatan berkumpulan tidak melebihi 20 orang

Aktiviti yang tidak dibenarkan pula adalah:
5 Taman Eko-Rimba Di Terengganu Sedia Terima Pengunjung Untuk Berkelah. Mandi-Manda Tidak Dibenarkan!

5 Taman Eko-Rimba Di Terengganu Sedia Terima Pengunjung Untuk Berkelah. Mandi-Manda Tidak Dibenarkan!

Ads
  • Aktiviti air termasuk mandi-manda di kolam awam
  • Kolam takungan dan kolam air terjun
  • Rekreasi sukan lasak seperti motorcross dan paragliding
  • Aktiviti tali seperti ‘high rope’ dan ‘wall climbing’
  • Majlis keramaian seperti hari keluarga
  • Penganjuran kem motivasi, ‘summer camp’ dan perkhemahan bermalam
  • Aktiviti pengurusan acara dan taman permainan kanak-kanak.

Bermula 1 Julai 2020 ini, aktiviti pendakian bukit dan gunung di hutan simpanan kekal di Terengganu dibenarkan secara harian sahaja dengan satu kumpulan pendaki tidak melebihi lima orang dan disyaratkan mengguna perkhidmatan pemandu alam semula jadi dan malim gunung berkelayakan atau yang berdaftar dengan jabatan itu. Permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal bagi tujuan pendakian gunung di Terengganu adalah disyaratkan dua minggu sebelum tarikh pendakian.

Ads

Sementara itu, Muzium Negeri Terengganu juga sudah dibuka semula untuk kunjungan orang awam. Operasi akan bermula pada 10 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan jumlah pengunjung dihadkan bagi mematuhi jarak sosial satu meter yang disarankan kerajaan. Galeri pameran misalnya dihadkan untuk 200 orang sahaja pada satu-satu masa, Muzium Maritim (20 orang), Galeri Pelayaran dan Perdagangan serta perpustakaan (10 orang), Galeri Aquaria (lima orang) dan kedai cenderahati (tiga orang). Hanya pengunjung berusia 13 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan berkunjung ke muzium dan mereka perlu memakai pelitup separuh muka serta memeriksa suhu badan dan menggunakan cecair pencuci tangan pembasmi kuman.
5 Taman Eko-Rimba Di Terengganu Sedia Terima Pengunjung Untuk Berkelah. Mandi-Manda Tidak Dibenarkan!

Ads

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI