Sebut sahaja Kuala Lumpur, kota metropolitan ini menjanjikan seribu keseronokan berganda yang menanti pengunjung.
Tidak kira dari dalam atau luar negara. Segala yang diimpikan ada di sekitar bandaraya Kuala Lumpur termasuk pusat beli belah terkemuka.
Biapun terkesan dengan pandemik dua tahun lalu, namun bukan alasan untuk pengguna kembali membeli belah.
Selain KLCC, Avenue K dan Pavilion, terdapat beberapa lagi pusat beli belah baru yang sudan dibuka kepada orang ramai termasuk dua lagi dijangka dibuka akhir tahun nanti.
1. Mitsui Shopping Park Lalaport KL
Bakal beroperasi pada 20 Januari 2022 ini, Mitsui Shopping Park Lalaport, Bukit Bintang City Centre (Lalaport BBCC) – menempatkan hampir 400 kedai yang kebanyakannya jenama dari Jepun. Lalaport merupakan fasiliti luar negara pertama di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd, dengan keluasan 861,000 kaki persegi yang membezakannya dengan pusat beli belah lain.
Kehadiran jenama Coo&RIKU antara salah satu kelainan di sini selain Nitori (rumah dan kediaman), Nojima (elektronik), kedai roti Kobe DONQ/Mini one, dan restoran Yakiniku Sizzle oleh Yakiniquest antara kedai yang wajib dikunjungi.
Sisa-sisa Penjara Pudu yang dirobohkan di mana Lalaport telah didirikan itu, menggunakan simbolik warna putih di pintu masuk utama pastinya akan memenuhi ruangan Instagram pada hari pembukaannya nanti.
2. Pavilion Bukit Jalil
Pavilion Bukit Jalil mempunyai banyak keunikan yang wajib diterokai di bangunan lima tingkat dengan keluasan 1.8 juta kaki persegi dan pusat beli belah itu kini mula menerima kunjungan orang ramai.
Ads
Barangan berjenama seperti Goodnite, HOHM (kedai keperluan rumah terbesar), Shiseido Ginza Tokyo, The Coffee Academics, Christine Bakery’s dan pelbagai jenama mewah semestinya menarik minat pengunjung.
Keluasan ruang acara 28,000 kaki persegi meliputi piazza sebagai pusat hiburan luar untuk menganjurkan acara perayaan dan pelancaran cukup mengagumkan. Tidak hanya itu, terdapat juga akses jejantas baharu sebagai sebahagian daripada pelan induk untuk meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan pelanggan ke pusat beli belah itu.
Ia termasuk jalan sepanjang 100 kaki, pelebaran jalan kepada enam lorong, pusingan U baharu, laluan bawah tanah dan akses terowong ke tempat letak kereta bawah tanah pusat beli belah yang akan datang.
3. Sungei Wang Plaza
Ads
Pusat beli belah legenda Malaysia Sungei Wang Plaza, antara yang paling lama beroperasi di Malaysia sehingga melepasi beberapa dekad kini kembali hidup dengan pandangan serba baharu selepas menjalani projek baik pulih besar-besaran keempat yang bermula 2017 lalu.
Seiring dengan perkembangan, Sungei Wang Plaza menunjukkan rupa ‘glistening gold’ yang mewakili bangunan itu sebagai ‘Beauty & Experiential Mall’ – menawarkan kedai yang berbeza di samping aktiviti yang menarik seperti indoor rock-climbing gym, indoor adventure park, indoor drift kart, muzium miniatur warisan dan pelbagai lagi.
4. 118 Mall
Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa iaitu Merdeka 118 bakal mempunyai sebuah pusat beli belah iaitu 118 Mall yang pastinya memberi pengalaman membeli belah berbeza.
Pusat beli belah ini berbeza dengan kompleks lain apabila ia dikelilingi empat ekar kehijauan taman linear sesuai untuk mereka yang penat seharian menjelajah bandar. Lebih menakjubkan lagi, 118 Mall dihiasi dengan ciri air dan kubah kaca yang sangat besar menerusi bangunan dengan satu juta kaki persegi itu.
Ads
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang khabar berita mengenai pembukaan pusat beli-belah ini tetapi ia pasti akan menjadi tempat yang wajib dikunjungi orang ramai apabila ia dibuka kelak.
5. The Exchange
Bangunan bercirikan moden ini dilihat sebagai pemangkin dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) untuk memacu bandar ke arus perkembangan dunia maju. TRX memiliki empat tingkat yang berkeluasan kira-kira 1.3 juta kaki persegi – mengintegrasikan taman awam seluas 10 ekar.
Malah konsep dewan makanan Depachika dan Dairy Farm memperkenalkan dalam pusat beli-belah mewah seluas 23,000 kaki persegi ini. Seperti yang didengari daripada khabar angin, pusat beli-belah itu akan dipenuhi dengan pelbagai jenama mewah yang beroperasi di luar sebagai tarikan tetamu untuk datang.
Kalau mencari homestay ada pandai buatan yang selesa boleh muat ramai orang, anda boleh pergi ke TTS Beach Village, Broga yang bertempat di Semenyih.
Apa yang menarik dengan homestay ini adalah mempunyai pantai mini buatan berkeluasan 1200 kaki persegi dan boleh memuatkan 26 orang dengan 5 bilik tidur.
Homestay Ada Pantai Buatan, Muat 26 Orang Dengan 5 Bilik Tidur
Kemudian kalau rasa nak main masak-masak, di sini sudah ada menyediakan perkakas memasak khusus untuk barangan halal. Jadi anda tak perlu risau kalau bercampur dengan barangan basah tetamu sebelum ni.
Selain untuk penginapan, anda juga boleh booking villa ini untuk majlis hari jadi, parti, majlis perkahwinan dan juga event-event lain.
Cuma anda kena contact terlebih dahulu untuk tengok tarikh tersebut ada kekosongan. Maklumla tempat cantik, mestilah ramai berebut nak booking villa TTS Beach Village.
Ini Aktiviti di TTS Beach Village
Owh ya, sebenarnya banyak aktiviti boleh dibuat kalau anda bercuti ke sini berama keluarga atau kawan-kawan. Antaranya:
– Broga Hill Hiking
– Sungai Tekala Waterfall
– Rabbit Fun Land
– Sak Dato Temple
– Ostrich Wonderland
Hah, jangan lupa booking awal kalau rasa nak ‘serang’ ke sini. Sesuai sangat lah kalau anda nak buat majlis bersama keluarga besar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Untuk merasai pengalaman percutian berada di negara beriklim dingin seperti di luar negara pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk ke sana. Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, jom ke destinasi peranginan tanah tinggi yang bertempat di Pahang.
Genting Highland, Pahang
Genting Highland cukup dikenali tidak kira buat penduduk tempatan atau pelancong asing. Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda dan keluarga berhibur lebih-lebih lagi dengan kewujudan taman temannya.
Peluang Petik Strawberi
Terletak berhampiran dengan Genting Highland, terdapat sebuah taman strawberi di Gohtong Jaya. Pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan buah strawberi yang segar dari ladang. Dengan suhu yang dingin dan nyaman, percutian ke sini pasti tidak lengkap tanpa menikmati secawan minuman panas dan merasai produk-produk makanan berasaskan strawberi. Selain dapat melihat taman strawberi yang bersaiz sederhana, pengunjung juga boleh memetik sendiri buah yang hendak dibeli.
Cameron Highland, Pahang
Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia. Terletak di Pahang, ia mendapat nama setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menjumpai kawasan ini pada tahun 1885. Cameron Highland berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan suhunya sekitar 18 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius begitu kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highland iaitu Tanah Rata dan Brinchang. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Walau bagaimanapun anda disarankan membuat tempahan lebih awal sekiranya berhajat ke sini pada musim cuti umum atau cuti sekolah. Jangan lupa juga untuk ke Lavendar Garden!
Minum Teh Panas
Tarikan utama Cameron Highland sudah tentulah ladang tehnya. Terdapat dua buah ladang teh yang terkenal untuk dikunjungi, iaitu Ladang Teh Boh dan Ladang Teh Bharat. Bawa keluarga anda memetik sendiri daun teh sambil merakam gambar kenang-kenangan disekitar ladang menghijau itu. Jika ingin menikmati teh panas dan segar singgahlah di Hentian Teh Bharat sambil melihat keindahan panorama ladang teh yang terbentang luas dan cukup menakjubkan.
Bukit Tinggi, Pahang
Jika impikan destinasi percutian ala-ala di sebuah perkampungan berkonsepkan Perancis, apa kata ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu jam perjalanan sahaja menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Suasana dingin pasti menyapa anda tatkala tiba di puncak dan memasuki kawasan Berjaya Hills Resort yang terletak pada ketinggian 823 meter atas paras laut.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran untuk beriadah sekitar bandar mini ini sambil menghirup udara yang nyaman. Bagi yang menginap di sini, bayaran masuk ke sini akan dipulangkan kembali ketika daftar masuk hotel di sini.
Pengalaman Indah
Pengunjung pasti teruja apabila melintasi kolam yang dipenuhi angsa dengan melalui di atas sebuah jambatan yang mempunyai reka bentuk unik sebelum masuk ke kota seakan berada di Negara Perancis. Bangunan dalam kawasan ini terdiri daripada hotel, restoran, kedai cenderamata, spa dan pusat hiburan, sesuai dikunjungi oleh mereka yang berbulan madu mahu pun bekeluarga. Berhampiran ini juga terdapat banyak tarikan seperti taman Jepun, kawasan sukan ekstrem dan taman haiwan.
Jangan lupa rakam gambar kenang-kenangan di sini!
Bukit Fraser, Pahang
Bukit Fraser terletak di atas Banjaran Titiwangsa, dengan suhu sejuknya sekitar 17 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius. Selain bersiar-siar sambil menghirup udara yang dingin dan menghayati pemandangn, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain golf, melihat burung ataupun menunggang kuda.
Menakjubkan di Bukit Fraser ini juga terdapat sebuah tasik yang begitu menarik pemandangannya. Pengunjung boleh menyewa kayak atau sampan untuk mengelilingi tasik ini sambil melihat keindahan sekitarnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bercuti ke Brunei pun salah satu tempat yang boleh dimasukkan dalam senarai percutian anda, tidak hanya lokasi menarik di sana juga mempunyai makanan best untuk anda cuba.