P2

Bercuti ke pulau merupakan antara aktiviti percutian yang paling popular, apatah lagi percutian itu di dalam negara. Kita bertuah kerana mempunyai banyak pulau-pulau yang cantik!

Bila bercakap tentang percutian ke pulau pastinya kita akan terus terbayang dengan pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti selaman snorkeling, main jet ski dan pelbagai water sport lain.

Itulah merupakan antara aktiviti wajib dilakukan bila kita bercuti ke pulau. Tak sah rasanya kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan air. Paling tidak pun bermandi-manda di pantai.

Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan pastinya pelbagai kelengkapan seperti hajet dan barang keperluan yang lain memmpunyai elemen atau sifat kalis air.

Telefon Pintar

5 Peranti, Item & Gajet Kalis Air Wajib Anda Bawa Bila Bercuti Ke Pulau Peranginan

Ads

Pada masa sekarang sudah banyak jenama pengeluar telefon pintar memperkenalkan produk yang kali air. Sebagai contoh iPhone model-model terkini yang terbaru mempunyai tahap water resistant yang baik. Begitu juga dengan beberapa telefon pintar Android yang lain seperti dari Samsung, Google Pixel, Huawei dan sebagainya.

Jam GPS

5 Peranti, Item & Gajet Kalis Air Wajib Anda Bawa Bila Bercuti Ke Pulau Peranginan

Selain telefon pintar, jam GPS juga merupakan antara peranti yang sangat penting untuk kamu bawa. Ini terutamanya bagi penggemar aktiviti larian. Dalam keadaan cuaca tropika di mana bila-bila masa sahaja boleh hujan, kamu memerlukan jam GPS yang mempunyai ketahanan air yang baik. Malah, untuk aktiviti sukan air juga kamu tidak perlu membukanya dari tangan.

Ads

Beg kalis air

5 Peranti, Item & Gajet Kalis Air Wajib Anda Bawa Bila Bercuti Ke Pulau Peranginan

Ini yang paling penting sekali. Beg ini memang betul-betul kalis air. Terdapat pelbagai jenis saiz yang boleh kamu dapatkan di pasaran. Bila melakukan aktiviti snorkeling contohnya kamu pasti mahu beg yang boleh menyimpan pelbagai barang peribadi dengan baik dan mengelaknya terkena air.

Ads

Kasut kalis air

5 Peranti, Item & Gajet Kalis Air Wajib Anda Bawa Bila Bercuti Ke Pulau Peranginan

Ia adalah antara keperluan yang bersifat optional. Jika tidak mahu kaki sentiasa basah, anda bolehlah dapatkan kasut kalis air. Aktiviti dalam air yang kadangkala mengambil masa yang lama boleh membuatkan jari kaki menjadi kecut. Ia juga boleh elakkan kaki cedera bila melakukan aktiviti di kawasan mempunyai terumbu karang.

Speaker mudah alih

5 Peranti, Item & Gajet Kalis Air Wajib Anda Bawa Bila Bercuti Ke Pulau Peranginan

Sambil bergembira mandi-manda boleh layan lagu-lagu favorite menerusi pembesar suara mudah alih ini! Antara produk terbaru yang kini mendapat tempat di hati penggemar aktiviti suka air ialah pembesar suara yang mempunyai connection bluetooth atau Wi-Fi. Percayalah kewujudan muzik mampu menaikkan mood anda dan rakan-rakan yang ingin bergembira bersama-sama.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI