Bila bercakap tentang percutian ke pulau, pastinya kita akan terus terbayang pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti menyelam seperti snorkeling, jet ski dan pelbagai sukan air yang lain.
Semua aktiviti sukan air itu adalah antara aktiviti wajib untuk dilakukan apabila kita bercuti ke pulau. Tak sah kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti membabitkan air. Paling tidak atau paling koman sekalipun adalah aktiviti mandi-manda di pantai berhampiran tempat penginapan.
Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan kepada kita, pastinya pelbagai kelengkapan seperti baju renang dan barang keperluan lain yang kalis air akan kita bawa.
Jadi apakah barang kalis air yang perlu kita bawa itu? Mari kita baca perkongsian mengenai barang-barang tersebut.
Casing waterproof
Masa sekarang, dah banyak syarikat pengeluar jenama telefon bimbit memperkenalkan produk mereka yang mempunyai ketahanan kalis air. Sebagai contoh Apple dan juga Samsung yang kini memperkenalkan telefon pintar ada ketahanan air.
Ads
Walau bagaimanapun, anda tidak seharusnya meninggalkan casing waterproof sewaktu bermain aktiviti air di kawasan pulau kerana air laut terdiri daripada air masin yang mempunyai kepekatan garam yang tinggi. Oleh demikian, pastikan anda bawa bersama casing waterproof untuk memastikan simpanan telefon anda selamat daripada terkena air masin laut.
Jam GPS
Jam GPS ini juga merupakan antara alat yang berbaloi untuk anda bawa bersama sewaktu bercuti ke kawasan pulau, lebih-lebih lagi kepada anda yang aktif dengan aktiviti sepanjang masa. Dah banyak jam yang canggih dan murah kini berada di pasaran.
Kelebihan yang ada pada jam sebegini adalah anda boleh gunakan jam tersebut pada bila-bila masa sahaja tak kira apa jua keadaan, malah jam ini juga mempunyai ketahanan kalis air tidak kira air tawar mahupun air masin. Jadi sewaktu anda bermain aktiviti air di pulau, anda tidak perlu risau jam anda akan rosak atau sebagainya.
Ads
Beg kalis air
Beg ini adalah antara kelengkapan yang paling penting sekali. Pastikan anda cari beg yang betul-betul kalis air untuk anda menyimpan barang-barang berharga anda di dalamnya untuk dielakkan daripada terkena air sepanjang masa berada di air.
Contohnya ketika anda sedang melakukan aktiviti seperti island hopping atau snorkeling, anda boleh simpan barang berharga seperti wallet, telefon, pakaian kering, makanan dan sebagainya di dalam dan tidak risau bawang-barang tersebut akan basah.
Kasut air
kasut air atau water shoe adalah barang keperluan yang bersifat pilihan atau optional. Jika anda mahu kaki anda sentiasa selamat daripada sebarang bentuk elemen luaran yang boleh merosakkan kaki, ana boleh bawa kasut ini bersama-sama sewaktu melakukan aktiviti air di pulau.
Ads
Ada banyak jenis kasut air di pasaran dan kalau boleh pakai la bersama ketika ke pulau kerana permukaan kasut air ini lebih melekat ketika anda sedang memanjat tebing batu dan sebagainya.
Speaker mudah alih
Ini adalah benda wajib yang akan saya bawa sekiranya saya ke pulau. Sambil mandi, anda boleh bergembira melayani lagu-lagu kegemaran menerusi alat pembesar suara ini! Antara produk terbaru yang kini berada di pasaran adalah Ultimate Ears Waterboom yang mempunyai sambungan Bluetooh dan Wi-Fi.
Jadi itu adalah antara barang yang saya cadangkan untuk anda bawa bersama ketika bercuti ke kawasan pulau. Ada banyak lagi cadangan lain tapi itu antara yang utama untuk saya ketengahkan. Insha-Allah ada masa lain lagi akan saya cadangkan barang-barang yang lain pula.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride beroperasi hari ini di Lembah Klang setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet. Akan datang Dego Ride akan meluaskan kawasan perkhidmatan ke negeri-negeri lain secara berperingkat.
Dego Ride yang buat masa kini terhad perkhidmatannya di Lembah Klang, boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan, penghantaran makanan dan dokumen.
Sehingga kini terdapat hampir 4,000 orang yang telah berdaftar sebagai ‘rider’ dan sebagai permulaan hanya 700 permohonan yang diluluskan. Untuk mendaftar atau menggunakan khidmat teksi motorsikal ini layari dego.my
Syarat-syarat untuk menjadi rider Dego Ride:
Berumur 18 tahun ke atas
Mempunyai lesen penuh B2
Mempunyai perlindungan insurans
Semua jenis motosikal berkapasiti 150cc dibenarkan kecuali motosikal yang telah diubah suai bagi memastikan keselamatan penumpang.
Sebelum ini pekhidmatan teksi motosikal itu memulakan perkhidmatan pada November 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50 dan terhad kepada perjalanan sejauh tiga kilometer di sekitar Lembah Klang. Bagaimanapun pada Januari 2017, perkhidmatan itu mendapat bantahan daripada kerajaan terdahulu dan diharamkan atas alasan keselamatan selain dilaporkan bersalahan dengan lesen kenderaan persendirian, serta melanggar Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Menurut Bernama, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perkhidmatan itu dijangka mampu menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia yang memiliki motosikal, khususnya kalangan berpendapatan rendah (B40) dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500 hingga RM3,500.
"Walaupun ini bukan pekerjaan jangka masa panjang, segelintir mungkin, tetapi setidak-tidaknya ia dapat dijadikan sebagai batu loncatan (untuk mencari rezeki) jika hendak dibandingkan sebelum ini kerana kerajaan ingin pastikan nasib anak muda sentiasa terbela,” katanya selepas merasmikan pejabat urusan Dego Ride.
Aduhai sakitnya kaki hingga nak berjalan-jalan pun tidak selesa. Bukan kita saja malah orang lain yang dalam kumpulan sama pun turut terjejas kerana tidak dapat bergerak sama-sama dengan lancar.
Itulah dia bahana kaki melecet semasa melancong akibat memakai kasut yang tidak sesuai! Percaya atau tidak ramai orang mengambil remeh akan hal seperti kasut ini. Apatah lagi jika pergi melancong ke negara yang cuacanya lebih sejuk. Kena pula gabungan stoking yang tidak sesuai.
Lagilah luka melecet itu bertambah teruk. Kali ini LIBUR ingin kongsi beberapa jenis yang harus anda elak ketika berjalan-jelan dan melancong.
Selipar
Jangan pakai selipar especially selipar jepun ketika anda sedang travel. Biasakan berkasut bertutup untuk memberikan keselesaan kepada kaki. Bukan Libur kata tak boleh langsung pakai selipar, tapi biarkan trip yang agak jauh, jangan berjalan dengan memakai selipar. Selipar ini boleh bawa tapi had kan kepada jarak-jarak yang dekat sahaja seperti nak pergi mandi pantai, makan di restoran hotel atau ambil angin sekitar tempat penginapan sahaja. Walaupun selipar ini ringkas, mudah, ringan dan senang tapi kadar keselesaan dia sangat diragui, kurang kusyen, tidak memberi sokongan kepada kaki dan tidak menyerap hentakkan.
Kasut ballet
Orang kata kasut ballet boleh menggantikan kasut tumit tinggi. Anda silap keselesaan kasut ballet hanya sementara. Pemakaian jangka lama boleh beri ketidakselesaan pada tumit terutamanya.
Kasut kulit
Kasut kulit maksud kami di sini ialah jenis Oxfoiord atau kasut pejabat yang lain. Ia tidak direka untuk digunakan untuk pelbagai jenis permukaan. Malah, ia bukanlah kasut selesa dipakai untuk waktu yang lama.
Boot
Anda larat ke nak berjalan jauh dengan kasut boot? Kalau tak larat, jangan pakai semasa travel. Kasut boot ni berat, tak selesa kerana kekurangan kusyen. Disamping, ruang pengudaraannya juga menyukarkan kaki anda bernafas. Selain itu, kasut boot tinggi, jadi ia akan membuatkan buku lali anda kurang bergerak dan memberikan ketidakselesaan yang amat teruk jika anda duduk statik seperti dalam kepal terbang.
Kasut jalan yang bagus Libur boleh cadangkan adalah seperti Skechers. Selesa dan tapaknya menyerap hentakkan. Sangat bagus. Pilih kasut yang diasaskan untuk travel dan berjalan lama sebagai contoh kusyen kasut yang menyokong dan menyerap tekanan. Pasti ia memberikan keselesaan kepada anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau anda rakyat Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun, anda boleh berubah angin bercuti sambil bekerja di New Zealand. New Zealand mempelawa golongan belia Malaysia untuk bekerja atau belajar di sana selama 6 bulan sambil bercuti.
Banyak peluang pekerjaan yang disediakan di sana, antaranya dalam sektor pertanian. Gaji yang ditawarkan di sana pastinya lebih tinggi kira-kira tiga kali ganda daripada negara kita dek matawang mereka yang besar. Sambil-sambil bercuti, anda juga dibenarkan bekerja mencari wang. Menarik kan?
Anda boleh memohon 'Working Holiday Visa pada 23 Januari 2020 nanti Dilaman sesawang rasmi Imigresen New Zealand Ingat tau, permohonan ini dibuka pada 23 Januari 2020 bermula jam 10 pagi waktu New Zealand.
Namun, mereka yang ingin memohon mestilah mempunyai wang sekitar $NZ2,250 (RM6,120) terlebih dahulu bagi menampung perbelanjaan ketika berada di negara ini.
Antara kriteria-kriteria yang anda perlu penuhi untuk layak membuat permohonan termasuklah:
Mestilah berusia di antara 18 dan 30 tahun
Tidak boleh memegang jawatan atau bekerja tetap di New Zealand
Kerja tersebut mestilah sah (tidak melanggar undang-undang)
Anda tak dibenarkan memberikan perkhidmatan seks komesial
Anda tidak boleh membawa anak-anak anda (jika ada) bersama ketika working holiday
Visa berasingan diperlukan bagi pasangan anda
Permohonan boleh dilakukan secara online dan bayaran sebanyak NZ $208 (RM586) dikenakan. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit.
Tempoh 21 hari diperlukan untuk memproses permohonan dan segalanya akan dihubungi melalu e-mel.
Anda dinasihatkan supaya menyediakan dan menyiapkan segala dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan kerana anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat dokumen sebagai bukti.
Terdapat kuota bagi visa kelas ini untuk rakyat Malaysia dan setiap tahun, hanya 1,150 rakyat Malaysia yang akan terpilih dan diberikan visa working holiday.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...