5 Pantai Yang Best Di Terengganu Untuk Bawa Anak-Anak Anda Mandi Laut Waktu Cuti!

Share

Minggu depan dah mula cuti sekolah seminggu dan mesti ada anak-anak yang akan tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu, bila mak ayah nak bawa mereka keluar bercuti. Okay senang je. Tak payah keluar bajet besar, bawa saja mereka mandi laut di pantai-pantai ni:

Kredit gambar www.tempatmenarik.my

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk terletak berhampiran dengan Kuala Terengganu. Dah alang-alang sampai ke Kuala Terengganu tu, jom singgah sebentar ke sini. Kalau ada perancangan nak ke sini, pastikan anda bawa sekali kelengkapan untuk berkelah. Pantai ni memang menarik dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga tersayang. Bawa la layang-layang, boleh anda bermain bersama anak-anak.

Kredit gambar ffterengganu.blogspot.com

Pantai Kelulut

Pantai ini terletak di Marang dan istimewa mengenai tempat ini adalah restoran-restoran yang menyajikan makanan laut sepanjang pesisir pantai. Makanan yang special di sini adalah ikan bakar.

Kredit gambar mapio.net

Pantai Teluk Lipat

Kalau anda bercadang nak ke Pantai Teluk Lipat ni, singgah juga ke Pantai Teluk Gadong kerana kedua pantai ini bersambungan antara satu sama lain dek kerana pantainya yang panjang. Pemandangan di pantai ini cantik dan sesuai untuk anda beraktiviti bersama keluarga. Kalau petang-petang, anda akan dapat lihat ramai pelajar dari UiTM Dungun menghabiskan masa petang mereka di sini.

Kredit gambar unikversiti.blogspot.com

Pantai Teluk Bidara

Pantai ini juga terletak di Dungun. Pantai ini agak panjang, jadi memang puas anda nak bermain kejar-kejar dengan anak-anak. Main layang-layang pun sangat menyeronokkan kerana pesisir pantainya yang cantik dan bersih. Pasirnya juga halus, memang membuatkan rasa seronok berjalan di sekitar pantai ini tanpa memakai kasut atau selipar. Air pantai di sini sangat biru, mampu membuatkan anda asyik ketika berada di sini.

Kredit gambar ffterengganu.blogspot.com

Pantai Penarik

Pantai Penarik ni selalu di singgahi oleh mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kelantan. walaupun menjadi tempat persinggahan atau R&R kepada si musafir, tak dinafikan tempat ini sangat cantik untuk dilawati bersama keluarga. Di sini mempunyai beberapa kedai makanan laut yang menyediakan makanan yang cukup enak untuk santapan anda. Pantai di sini jauh lebih putih dan halus berbanding pantai-pantai yang lain, malah air lautnya juga lebih biru dan cantik.

Itu 5 pantai yang menarik untuk Libur cadangkan kepada anda. Jangna tunggu lama lagi, cuti sekolah dah nak dekat. Rancang percutian anda sekarang.

Oleh
Epul