Minggu depan dah mula cuti sekolah seminggu dan mesti ada anak-anak yang akan tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu, bila mak ayah nak bawa mereka keluar bercuti. Okay senang je. Tak payah keluar bajet besar, bawa saja mereka mandi laut di pantai-pantai ni:
Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk terletak berhampiran dengan Kuala Terengganu. Dah alang-alang sampai ke Kuala Terengganu tu, jom singgah sebentar ke sini. Kalau ada perancangan nak ke sini, pastikan anda bawa sekali kelengkapan untuk berkelah. Pantai ni memang menarik dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga tersayang. Bawa la layang-layang, boleh anda bermain bersama anak-anak.
Pantai Kelulut
Pantai ini terletak di Marang dan istimewa mengenai tempat ini adalah restoran-restoran yang menyajikan makanan laut sepanjang pesisir pantai. Makanan yang special di sini adalah ikan bakar.
Ads
Pantai Teluk Lipat
Kalau anda bercadang nak ke Pantai Teluk Lipat ni, singgah juga ke Pantai Teluk Gadong kerana kedua pantai ini bersambungan antara satu sama lain dek kerana pantainya yang panjang. Pemandangan di pantai ini cantik dan sesuai untuk anda beraktiviti bersama keluarga. Kalau petang-petang, anda akan dapat lihat ramai pelajar dari UiTM Dungun menghabiskan masa petang mereka di sini.
Ads
Pantai Teluk Bidara
Pantai ini juga terletak di Dungun. Pantai ini agak panjang, jadi memang puas anda nak bermain kejar-kejar dengan anak-anak. Main layang-layang pun sangat menyeronokkan kerana pesisir pantainya yang cantik dan bersih. Pasirnya juga halus, memang membuatkan rasa seronok berjalan di sekitar pantai ini tanpa memakai kasut atau selipar. Air pantai di sini sangat biru, mampu membuatkan anda asyik ketika berada di sini.
Ads
Pantai Penarik
Pantai Penarik ni selalu di singgahi oleh mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kelantan. walaupun menjadi tempat persinggahan atau R&R kepada si musafir, tak dinafikan tempat ini sangat cantik untuk dilawati bersama keluarga. Di sini mempunyai beberapa kedai makanan laut yang menyediakan makanan yang cukup enak untuk santapan anda. Pantai di sini jauh lebih putih dan halus berbanding pantai-pantai yang lain, malah air lautnya juga lebih biru dan cantik.
Itu 5 pantai yang menarik untuk Libur cadangkan kepada anda. Jangna tunggu lama lagi, cuti sekolah dah nak dekat. Rancang percutian anda sekarang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hati meronta-ronta untuk menjejakkan kaki di taman tema hiburan antarabangsa? Kenapa tidak memilih untuk cuti-cuti Malaysia sahaja?
Mungkin ada yang sudah membuat perancangan melancong sambil berhibur di taman tema terkenal dunia sejak sekian lama terpaksa dibatalkan memandangkan situasi membahayakan kesihatan di majoriti negara seluruh dunia yang mengambil langkah menyekat pintu masuk masing-masing.
Penularan pandemik COVID-19 telah memberi kesan besar dalam setiap langkah kehidupan manusia tahun ini. Kesimpulannya, tahun ini bukanlah tempoh yang sesuai untuk anda merancang pergi melancong ke luar negara. Tetapi itu bukan alasan menyekat keinginan anda untuk berseronok di taman tema.
Jika tidak tahu destinasi mana yang hendak dituju, apa kata singgah ke Taman Tema Skytropolis Funland, Genting Highlands, Pahang yang sudah dibuka kepada orang awam baru-baru ini selepas hampir beberapa bulan dihentikan sementara operasinya ketika PKP.
Dengan keluasan lebih 3.72 hektar, taman tema itu pastinya akan menceriakan orang ramai apabila lebih daripada 20 permainan mencabar yang sangat mesra dengan pengguna tersedia. Untuk memastikan kelancaran dan mengelak sentuhan sesama pengunjung, orang ramai digalakkan membeli tiket online. Pengunjung juga akan menjalani pemeriksaan suhu sebelum memasuki taman tema, suhu melebihi 37.5 darjah Celsius ke atas tak akan dibenarkan masuk, sebaliknya akan dibawa ke ruang menunggu untuk mendapatkan bantuan perubatan. Selain itu, peraturan yang ditetapkan kerajaan sentiasa dipatuhi seperti penjarakkan sosial, memakai cecair pembasmi kuman dan pelitup sepanjang berada di sini.
Antara permainan menghiburkan yang menarik seperti The Void, Imaginatrix dan BigTop Games Park. Jangan lepaskan peluang mencuba teknologi realiti maya (VR) yang sangat canggih iaitu di Teater XD, VirtuGlobe, RoboCoaster, VORTEX dan SkyGlider VR.
Spurs: Menara lompat ini khusus untuk kanak-kanak yang berketinggian 92 hingga 122 sentimeter. Kanak-kanak digalakkan menaikinya bersama penjaga.
Spin Crazy: Permainan ini mengajak pemainnya berpusing 360 darjah di udara. Jika cukup keberanian berbuat demikian, tidak salah untuk mencuba.
Disco!: Ia berupa satu cakera berpusing ke hadapan dan ke belakang. Memang ramai yang akan menjerit keriangan.
Music Express: Untuk kanak-kanak, permainan ini sesuai untuk mereka. Dengan muzik ceria, si kecil akan berputar secara 360 darjah pada kadar yang tidak berapa laju.
Sky Towers: Permainan yang menguji kekuatan fizikal dan mental seseorang. Bersedialah untuk ‘dijatuhkan‘ dan ‘dinaikkan‘ dengan kelajuan yang sangat menguji adrenalin.
Bumper Boss: Permainan ini sangat sesuai untuk melepaskan tekanan. Pandu kereta mini dan langgarlah kereta yang dipandu oleh orang lain. Memang seronok!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sarawak kaya dengan kepelbagaian bentuk muka bumi sememangnya menjadi destinasi tumpuan penggiat rekreasi luar dari seluruh dunia.
Bagi anda yang berminat dengan aktiviti mendaki, mandi sungai atau menginap di kawasan hijau sekitar negeri Sarawak, anda dicadangkan ke Permai Rainforest Resort. Merupakan resort yang eko-mesra di kaki Gunung Santubong, dengan 5 minit berjalan kaki dari Desa Budaya Sarawak. Resort ini menawarkan percutian alam yang mendamaikan.
Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta kawasan mandi-manda di kawasan air tsungai yang jernih dan menyejukkan. Paling istimewa di sini mempunyai sebuah kawasan kolam biru yang sangat cantik.
Blue Pool / Kolam Biru Perkongsian: Ismail Bin Roslan
Blue Pool Santubong salah satu tarikan di Permai Rainforest Resort, sebuah kem resort yang terletak di kawasan pantai kaki gunung Santubong (sebelah Kg. Budaya Sarawak). Untuk ke BluePool memerlukan 60 hingga 90 minit treking dari kaunter pendaftaran.
Disebabkan trail berbentuk loop, terdapat 2 pilihan untuk memulakan trail. Sama ada melalui jalan pantai 2 yang agak landai atau melalui trail ke puncak 4.5 yang memerlukan sedikit pendakian dan menurusi air-air terjun yang kecil. Keduanya diukur dengan jarak 2km.
Info :
Bayaran masuk kem Permai : RM10.00 (dewasa warganegara)
Dikhabarkan warna kebiruan lebih kelihatan pada waktu tertentu sahaja atas faktor pencahayaan.
Dalam tempoh masa ini, bilangan pengunjung diterhadkan bagi setiap aktiviti di Permai Rainforest Resort.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pasar Terapung Pulau Suri, Tumpat bukan pasar terapung tunggal yang ada di negeri Kelantan. Malah ada satu lagi pasar terapung yang tidak kurang hebatnya yang mula dibuka kepada orang ramai pada September 2017 itu turut memiliki tarikan tersendiri.
Selain terletak lebih dekat dengan bandar Kota Bharu, pasar terapung itu turut dikenali sebagai ‘Pasar Tani Pelancongan’. Ia terletak kira-kira tujuh kilometer (km) dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan hanya 10km dari Kota Bharu.
Seperti pasar terapung di Pantai Suri, pasar terapung Pengkalan Datu juga hanya beroperasi pada hari Sabtu iaitu bermula jam 8 pagi hingga 2 petang. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja untuk menikmati pelbagai juadah dan barangan tradisional tempatan malah tangkapan hidupan laut segar daripada nelayan setempat.
Di pasar ini, pengunjung masih boleh mendapatkan sajian makananan yang masih mengekalkan keaslian tradisi hasil yang menyelerakan dan paling penting harganya cukup berbaloi dan murah. Antara menu kegemaran ramai di pasar ini seperti nasi kerabu, kuih jala mas, kuih tahi itik, dan kuih Asam Gumpal iaitu kuih tradisional yang lemak manis diperbuat dengan biji sagu dan berinti, serta dimasak dengan kuah santan.
Apa yang menariknya, sambil membeli-belah dan menikmati juadah, pengunjung juga turut dihiburkan dengan beberapa persembahan kebudayaan dan aktiviti yang menarik. Nah! tidak perlu bersusah payah untuk ke luar negara semata-mata ingin merasai pengalaman membeli-belah di pasar terapung, di negara kita semuanya ada!