5 Muzium Di Kedah Cari ‘Pengunjung Bertuah’ Tiba Pertama, Ke-100 & Ke-10,000 Bermula 1 Julai. Ada Hadiah Nak Bagi Korang!

Share

Lembaga Muzium Negeri Kedah menawarkan hadiah istimewa kepada pengunjung pertama di lima muzium kelolaannya yang akan beroperasi semula 1 Julai 2020.

Lima muzium yang akan mulakan operasi adalah Muzium Negeri Kedah, Muzium Diraja Kedah, Muzium Padi, Balai Seni Negeri dan Rumah Warisan (Rumah Tok Su dan Rumah Sri Banai) akan mula dibuka pada 9 pagi hingga 5 petang.

Balai Seni Negeri
Muzium Negeri Kedah
Muzium Padi
Muzium Diraja Kedah
Rumah Warisan

Baca: https://www.libur.com.my/nak-tawan-puncak-gunung-keriang-jom-mendaki-59-anak-tangga-di-muzium-padi-kedah/

Pemberian hadiah ini sebagai menghargai pengunjung yang datang menyokong kembali pembukaan muzium di negeri Kedah sekali gus dapat menyemarakkan minat mereka untuk melawat muzium dan merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Kedah.

Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah juga akan memberikan hadiah secara rawak kepada pengunjung bertuah selepas 1 Julai 2020 iaitu kepada pengunjung ke-100 dan ke-10,000.

Semua muzium di negeri Kedah ini telah melalui kerja pembersihan dan sanitasi bagi proses menyahkuman dalam usaha memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung sentiasa terjamin. Beberapa prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi antaranya:

  • Had umur pengunjung ditetapkan dari 13 hingga 60 tahun sahaja.
  • Jumlah pengunjung mestilah hanya seramai antara 15 hingga 20 orang dalam satu masa yang bergantung kepada keluasan muzium.
  • Lawatan berkumpulan tidak dibenarkan buat masa ini.
  • Pelawat juga hanya warga tempatan dan tiada pemandu lawatan disediakan dengan pergerakan pengunjung sentiasa dipantau.
  • Pelawat diwajibkan menjalani imbasan suhu badan dan mereka yang melebihi 37.5 darjah celcius tidak dibenarkan masuk.
  • Bagi mereka yang menghidap penyakit kronik dinasihatkan supaya tidak memasuki galeri pameran.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna