5 Lokasi Glamping Menarik Sekitar Semenanjung Untuk Korang Yang Berjiwa Outdoor Dan Eksklusif

Share

Perkataan glamping ni adalah gabungan dua perkataan iaitu glamour dan camping dan kalau diterjemahkan dari segi bahasa, glamping membawa maksud percutian outdoor berkonsepkan mewah dan eksklusif.

Kebiasaannya, orang akan ingat kalau camping, mesti berkhemah di dalam hutan dalam keadaan yang serba serbi minimalize. Contohnya, tidur beralaskan carry mat atau tidur di atas hammock dan masak menggunakan mess tin. Itu belum masuk situasi faktor cuaca yang mengganas di dalam hutan lagi.

Tapi sejak konsep glamping ni wujud, ramai orang yang jiwa tak berapa nak lasak sangat boleh enjoy dan experiance bermalam dalam khemah di kawasan hutan dalam keadaan selesa, selamat dan mencukupi.

Ada beberapa lokasi percutian glamping di sekitar Malaysia yang anda dan kawan-kawan boleh cuba tapi kali ini kita fokuskan kepada percutian glamping yang ada di semenanjung Malaysia.

Semasa artikel ini ditulis, ada banyak lagi lokasi glamping

lain yang dibuka tetapi belum sempat saya selidik untuk pembaca. Jadi nak tahu di mana lokasi glamping yang saya maksudkan, jom kita teruskan bacaan di bawah.

The Stick Guide

Lokasi ini terletak di Kuala Kubu Baru, lebih kurang satu jam perjalanan menaiki kereta dari Kuala Lumpur. Ada lebih kurang 12 pilihan ‘tendok’ yang ditawarkan kepada anda untuk bermalam di sini? Apa itu ‘tendok’? ‘Tendok’ adalah perkataan tent (khemah) dan pondok yang The Stick Guide gabungkan dalam pemberian nama rumah penginapan mereka.

Selain daripada menggunakan bahan berasaskan kayu dalam pembinaan ‘tendok’, mereka juga menggunakan bahan semulajadi seperti buluh untuk memberikan rasa dan sentuhan alam semulajadi yang asli kepada anda yang menginap di sini.

Sailor’s Rest Resort

Nama saja sailor tapi resort ini terletak di ketinggian 600 meter dari paras laut di Janda Baik dan berdekatan dengan jajaran Banjaran Titiwangsa. Dek kerana terletak berhampiran kawasan tanah tinggi, Sailor’s Rest Resort ini menawarkan satu pengalaman menarik untuk anda bermalam di kawasan bersuhu sejuk dan dikelilingi kawasan yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan menghijau.

Kena dengan namanya sendiri, resort ini juga menyediakan satu tempat menginap berkonsepkan rumah bot untuk anda bermalam. Di samping itu, rumah chalet moden dan tradisional juga ada menjadi pilihan. Lokasi ini menarik untuk percutian keluarga kerana lokasi glamping

nya di kawasan taman yang dikelilingi pokok-pokok bunga dan pokok bebuah. Anda datang pada musim buah kalau nak rasa makan buah-buahan segar yang dipetik terus dari pokok.

Tubotel Langkawi

Tempat glamping ini unik dan lain daripada yang lain kerana anda akan bermalam dalam tiub silinder yang diubahsuai untuk keselesaan pengunjung. Sekalipun kelihatan kecil dari luaran, ruang dalamannya dilengkapi segala keperluan untuk anda yang travel dari jauh ke Langkawi dan selesa untuk beristirehat sambil lawan sunset waktu petang di Pulau Langkawi.

Penginapan tiub silinder ini juga diwarnai dengan aneka warna cat luaran menjadikan pengalaman anda bermalam di sini menarik, lebih-lebih lagi kalau hangout bersama teman-teman. Bukan sahaja tiub silinder itu yang berwarna-warni, hiasan luaran di tempat ini juga berwarna-warni, memberikan mood ceria ketika anda bercuti.

Kanopi Villa

Satu lagi resort percutian berkonsepkan glamping yang terletak di Janda Baik, Pahang. Berkeluasan lebih kurang 8 ekar, Kanopi Villa ini bakal memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kepada anda yang nak tinggal bermalam dalam khemah dan ingin dekat dengan flora dan fauna. Tambah tolak 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, anda boleh alami suasana yang jauh dari hiruk pikuk kota raya dan celik mata dari tidur dengan pemandangan indah gunung-ganang yang terdapat di sekitar tempat ini.

Tambahan pula, ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sekitarnya seperti menaiki all-terrain vehicle

, memancing, berbasikal ataupun trekking ke air terjun. Selain itu, lokasi menarik untuk bersiar-siar di sekitar tempat ini seperti taman Jepun, ladang arnab, taman rusa, ladang strawberi juga menjadi pilihan menarik untuk anda bercuti bersama keluarga.

Chengal Hill Resort

Resort ini terletak di kebun yang berkeluasan 5 ekar dan di kawasan berketinggian 900 meter dari aras laut. Disebabkan ketinggiannya ini, anda dapat menikmati udara yang dingin seperti berada di kawasan berpendingin hawa lebih-lebih lagi pada waktu malam dengan suhu 22 darjah dan ke bawah.

Chengal Hill Resort menyediakan penginapan riverside chalet, dorm style chalet, water chalet, apachi, khemah camping dan glamping. Untuk aktiviti pula, anda boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, ATV, menyewa 4WD untuk meneroka hutan di sekitar, berbasikal dan meredah hutan.

Oleh
Epul