Negeri Selangor mempunyai banyak destinasi pelancongan agro yang menarik untuk dikunjungi. Bukan setakat untuk lawatan, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini 5 destinasi pelancongan agro terbaik yang boleh dilawati di Negeri Selangor:
MAEPS AGRO TOURISM PARK, SERDANG
MAEPS Agro Tourism Park merupakan taman agro yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang menampilkan keindahan alam semula jadi. MAEPS, Serdang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman di kawasan perladangan dan pertanian. Antaranya ialah “House of Kambing” yang menempatkan haiwan seperti kambing dan menawarkan menu makanan nasi kukus kambing bakar. Selain itu, terdapat juga pelbagai taman pertanian yang membolehkan pengunjung menimba ilmu seperti laman herba, laman padi, laman nenas, laman perikanan, G2G Animal Garden di mana mereka boleh memberi makanan kepada haiwan dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap di Nafas Cube di sini yang berkonsepkan binaan kabin dan tiub. Bayaran masuk: RM65 tanpa MyKad, RM45 dengan Mykad, RM35 pelajar Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM
Ads
Taman Botani Negara merupakan taman pelancongan agro yang dibangunkan untuk tujuan riadah serta penyelidikan. Taman Botani Negara menampilkan pemandangan alam semula jadi yang hijau, nyaman dan menyegarkan. Taman ini mempunyai tarikan yang menarik khas buat pengunjung, iaitu Rumah Iklim Empat Musim yang terkenal di mana pengunjung akan merasai cuaca musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Namun rumah empat musim hanya akan dibuka semula kepada umum pada suku pertama tahun 2021. Selain itu, terdapat juga taman kaktus, orkid, rempah-ratus, buah-buahan, taman haiwan dan banyak lagi. Bayaran: RM3 (12-54 tahun) RM1 (kanak-kanak 6-11 tahun), RM1 (55 tahun keatas), OKU percuma Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 4.30 petang)
SELANGOR FRUIT VALLEY, KUALA SELANGOR
Jika anda merancang untuk bercuti di taman buah-buahan, Selangor Fruit Valley merupakan destinasi yang tepat untuk anda kerana taman ini mempunyai pelbagai jenis ladang buah-buahan tempatan serta anda juga menikmati buah-buahan dengan percuma. Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti yang disediakan seperti petting zoo mini, aktiviti berkayak, ladang rusa, rumah tradisional, ternakan madu kelulut dan banyak lagi. Malah, terdapat juga tanaman buah belimbing, jambu, betik, rambutan dan sebagainya. Selain itu, terdapat kemudahan trem yang boleh dinaiki dan anda akan dibawa ke sekitar kawasan taman ini sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh singgah ke gerai menjual air kelapa untuk beristirahat dan menghilangkan dahaga dengan menikmati air kelapa yang segar. Bayaran: RM8 (dewasa), RM4 (60 tahun keatas), Rm4 (Oku) dan kanak-kanak (5-12 tahun), percuma (5 tahun ke bawah) Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang)
Ads
FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA, KEPONG (FRIM)
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. Terdapat juga tanaman seperti Rubiaceae (famili kopi), Fabaceace (famili kacang), Euphorbiaceae (famil getah), pokok Keladan yang berumur 116 tahun, pokok Melaka dan banyak lagi. Tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar.
Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Bayaran masuk: Tanpa Mykad (RM5, dewasa), (RM1, kanak-kanak tanpa seragam), (Percuma, OKU dan kanak-kanak berseragam)Mykad (RM1, dewasa), (RM1, 13 tahun keatas), (Percuma, OKU dan kanak kanak pakaian berseragam) Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Ads
KUAN WELLNESS ECO PARK, KUALA LANGAT
Taman Eko Kuan Wellness merupakan salah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati di Negeri Selangor. Pengunjung akan menikmati persekitaran taman yang segar dengan tema pelancongan ekologi semula jadi disertakan dengan aktiviti yang ada di taman ini. Jika melawat ke sini, aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberi makanan kepada haiwan di mini zoo seperti arnab, itik dan burung. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke ladang buah tropika, menyaksikan aktiviti pemprosesan sarang burung untuk dijadikan produk kesihatan dan landskap yang cantik untuk bergambar. Bayaran masuk: RM3 untuk ruang pameran sarang burung, RM5 untuk mini zoo Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Sabtu & Ahad)
Sebut sahaja bercuti di Vietnam, ia tidak asing bagi rakyat negara kita. Bagi kaum Hawa, ini la syurga membeli-belah kain pasang dan telekung dengan harga yang murah. Begitu juga buat kaum Adam, barang seperti kasut dan beg menjadi koleksi yang harus diborong jika berada di sini.
Namun, siapa sangka melihat pada foto percutiaan suami isteri ini ke Vietnam kelihatan tidak seperti mereka berada di negara tersebut. Tidak keterlaluan jika dikatakan foto-foto yang dirakam kelihatan seperti mereka berada di negara-negara Eropah.
Dalat Milk Farm, DalatHo Tuyen Lam Lake, DalatLavender Farm, Dalat
Ingin tahu destinasi mana mereka jejak? Baca perkongsian ini.
KL- NHA TRANG – DALAT – HO CHI MINH – CAN THO – KL
Day 1 (1 May 19) Arrived Nha Thrang
Sampai Airport, no arrival card needed. Pergi cop kat pejabat immigration then keluar.
Airport kecik je, keluar terus beli SIM card. Harga simcard semua sama. 160k untuk 7 hari unlimited internet, 40min free call.
Keluar gate, cari tiang yang ada tulis ‘bus to city’, tunggu kat situ nanti ada agent datang, beli ticket dengan die. Shuttle bus every 15-30minute. Nak ke city ambik masa dalam 45min-1h. Dieorang boleh drop dekat hotel area Nha Trang.
Bus kami ke Dalat jam 3pm, so kami turun dekat city bus terminal. Then ambik taxi ke Central Bus Station dalam 7km.
Kami dah book ticket bus awal by online sebab taknak lari itinerary since ticket bus kat sini cepat sold out.
Sampai Dalat jam 7pm. Kalau naik FUTA bus akan ada servis van transfer ke hotel FOC. Turun nanti terus berhadapan dengan terminal van FUTA, bagitau je dekat orang orang yang pakai jacket hijau nak ke mana. Nanti die akan suruh naik van mana satu.
Kami ke tempat motor rental. Sewa motor untuk esok. Sebelum sampai Dalat, kami dah contact
Mr Phuc +84 88 8287288 by WhatsApp dan pilih motor siap siap. Sebab esok nak gerak awal pagi. Nanti rugi masa nak gi ambik motor lagi.
Kedai sewa motor area Dalat city bukak jam 7am-9pm.
Selesai ambik motor kami ke Dalat night market, tempat sewa motor sebelah night market saja. Bungkus dinner then gerak ke hotel. Kat night market ada tempat jual makanan seafood. Sweater pon murah gila. Jacket windbreaker less then RM20.
Kami book hotel The Seen area Tuyem Lake, kat situ 4-5km dari main city, jauh sebab nak layan view lake gituw.
-SIM card 160k
-Shuttle Bus 50k
-Sleeper Bus Futa to Dalat 180k
-Dinner 30k
-Taxi 90k (45k x 2)
-500k motor (Honda bullet 150cc, 250k x 2)
-Minyak motor 100k (50k x 2)
-The Seen Hotel 1.5m (750k x 2) Total 1,515,000
Day 2 (2 May 19) Dalat
Selesai breakfast di hotel, checkout and tumpang bag dekat hotel
Lavender Farm 50k
Garnet Cellar Garden 85k
Pine Tree Forest
Dalat Milk
Cau Dat Tea Hill
Cau Dat Farm 90k
Light Valley 20k
Location agak tersorok jadi kene pandai cari. Each place agak jauh 20-60km.
Kami cari jalan by maps.me and google map.
Sampai hotel around 7pm, balik hotel tukar baju and ambik beg, then hantar motor jam 7.30pm.
Gerak ke station ticket Thanh Buoi untuk redeem ticket online, 500m dari Dalat night market. Bus VIP 450k, memang berbaloi dengan harga. Ada tv, usb charger, bantal peluk, blanket, ada tirai.
Lepas ambik ticket, gerak ke Dalat night market cari makan sementara tunggu bus jam 12am ke Ho Chi Minh. Jam 11pm gerak balik ke station ticket, nanti akan ada transport datang ambik untuk ke main station bus.
Sampai main station bus, pergi ke kaunter, nanti die akan bagitau location bus. Kalau naik VIP bus, ke kaunter jugak lepas tu turun Ground floor by lift. Tempat naik VIP bus asing dari bus lain.
Cau Dat Farm, DalatCau Dat Farm, Dalat 2
-Lavender farm 50k
-Garnet Cellar Garden 85k
-Cau Dat Farm 90k
-Light valley 20k
-Dinner 100k
-VIP Bus Thanh Buoi 450k Total 795,000
Day 3 (3 May 19) HCM
Sampai HCM jam 5.30am, lepak minum kopi vietnam depan stesen bus sementara tunggu kedai sewa motor bukak.
6.30am kami jalan kaki gerak cari tempat sewa motor by maps.me so jumpe Flamingo Motorcyle Rent dalam 1km dari stesen Thành Buoi
Sewa motor then gerak, backpack boleh tinggal kat kedai sewa motor tu.
Kami pergi breakfast kat Malaysian Street tepi Benh Thanh Market.
Time breakfast, kami mark siap siap kat maps nak gi mana. Siap breakfast kami gerak.
Nak ke Chua Buu Long tu agak jauh dalam 35km. Masuk FOC.
Pukul 3pm hantar motor, ambik grab ke West Stesen Bus, bas kami ke Can Tho jam 4pm.
Sleeper bus FUTA ke Can Tho beli online juga, 180k. Bus ke Can Tho available every hour.* Makan maggie kat terminal je sementara tunggu Bus.
8pm arrived Can Tho bus terminal, ambik FUTA van transfer ke hotel FOC.
Check in Di KQ Hotel, the only hotel that can serve halal food. Nampak luar macam 2 bintang. Masuk macam 10 bintang. Staff very helpful and friendly. Kita minta deco bilik je. Tapi dieorang siap buat birthday surprise dengan cake lagi kat husband. Bilik penuh belon dengan bunga FOC pulak tu.
Dinner malam ni makan maggie sebab letih nak keluar.
-Maggie 20k
-Breakfast + lunch 100k
-Motor scooter 200k (100k x 2)
-Fuel 60k (30k x 2)
-Terminal grab 140k (70k x 2)
-KQ hotel 1.3m (650k x 2) Total 970,000
Day 4 (4 May 19) Can Tho
Breakfast di hotel and before breakfast minta dieorang sediakan motor nak sewa jalan jalan
-Mekong view
-My Khánh Village 70k
-Lung Tram 30k
-Bao Gia Trang Vien 45k
-Gua Hin
Bao Gia Trang Vien ni ada banyak aktiviti lasak boleh buat. Kami sempat la join rock climbing, sky track and flying fox.
Gua Hin also antara tempat must go, die punya pokok memang very unique.
Balik hotel dinner then jalan kat night market. Barang kat sini memang murah kalau nak compare dengan HCM. Sini tak perlu nak bargain, sebab memang dah murah.
-My Khan Village 70k
-Theme park, rock climbing 45k
-Dinner 100k
-Motor scooter 150k (75k x 2)
-Minyak 70k (35k x 2)
-Lung Tram, sampan 30k (15k x 2) Total 340,000
Day 5 (5 May 19) Can Tho – KL
Checkout, breakfast pack by KQ hotel. Sweet kan their service.
KQ call kan taxi, then ke Can Tho Airport
-Taxi 130k (65k x 2) Total 65,000
Light Valley, DalatBao Gia Trang Vien, Can Tho 2Bao Gia Trang Vien, Can ThoLung Tram, Can ThoChua Buu Long, HCMMy Khánh Village
Ticket bus all book by bookaway.com
The Seen Dalat book by FB The Seen
KQ hotel book by Booking.com
iPhone XR and iPhone 8 Plus
Edit by iPhone and Snapseed
Pants Mini skirt and dress by The Sayang
Actually, nak jimat lagi. Korang boleh checkin hostel or hotel yang lagi murah, naik bus class biasa, sewa motor scooter je.
Sebelum ‘terbang’ ke destinasi pilihan, sudah tentunya anda perlu melakukan persiapan terlebih dahulu agar semuanya berjalan lancar. Sekiranya ingin melancong ke Korea, terdapat beberapa tips pergi Korea boleh dijadikan panduan untuk anda.
Tips yang dikongsikan oleh Elisa Zamri di bawah ini menitikberatkan 5 perkara penting yang anda perlu ikut. Barulah imigresen bagi masuk!
Tip Pergi Korea, Patut Anda Tahu
Kebelakangan ini nampak macam ramai yang tak lepas. Jadi, saya nak kongsi pengalaman sendiri ketika berada di imigresen Korea. Ini adalah pertama kali saya ke Korea.
1. Imigresen titik beratkan pendapatan sesiapa sahaja yang masuk. Dekat K-ETA kita ada letak pendapatan berapa, mungkin atau tidak ini menjadi satu point untuk pihak berkuasa tengok.
Tapi kalau nak tipu, nanti dia tanya tunjuk bukti tapi tak boleh kemukakan pun jadi masalah. Jadi jujur sahajalah.
2. Sampai malam di Korea menjadi peranan imigresen akan lepas banyak sebab pegawai paham tetapi pegawai boleh jadi grumpy juga sebab mengantuk.
Suami saya dapat yang garang tetapi semuanya ok.
3. Tak kisah pesawat apa, pastikan jaga penampilan. Tak perlu pakai baju mahal-mahal cukup sekadar kemas sahaja. Jangan bawa banyak hand carry. Plastik-plastik tak berkenaan semua tak perlu.
Yang perempuan cukup bawa beg tangan dan lelaki 1 begpack sahaja.
4. Itinerary and details. Please bincang dengan group dulu sebelum pergi. Cash tak perlu banyak. Jika ditanya, jawab sahaja menggunakan kad.
Saya print semua and letak macam ini. Kalau dia perlukan sebarang dokumen, dia boleh ambil.
5. Kalau boleh cakap Korea, cakap la Korea. Orang Korea sangat baik dan saling hormat menghormati.
Haa… jangan sesekali pergi serbu ya! Pastikan anda buat kajian dan membaca dulu sebelum datang dan kalau ada niat nak jadi PATI di sana, batalkan niat itu.
Semoga bermanfaat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi yang suka akan alam semula jadi dan menginginkan kelainan dalam jadual percutian wajarlah memilih percutian Glamping.
Glamping antara trend percutian pilihan terkini di negara kita dengan pengalaman menginap atau bermalam dalam khemah disekitar kawasan hutan yang mempunyai kemudahan yang selesa. Konsep percutian sebegini di Malaysua mula popular dan mendapat tempat dalam kalangan rakyat tempatan mahupun pelancong luar negara.
Percutian sebuah keluarga dengan konsep glamping di The Hid3out, Ulu Yam mendapat perhatian ramai. Perkongsian yang dimuat naik di status page Facebook We Go Travel menarik minat netizen untuk mencuba percutian dengan konsep sedemikian.
Ini perkongsian menarik daripada kaluarga bahagia ini.
Satu lagi lokasi glamping yang mungkin anda semua tidak tahu yang sangat berdekatan dengan ibu kota iaitu hanya mengambil masa selama 20-30 minit sahaja. Kami telah menikmati pengalaman yang menyeronokan di The Hid3out yang terletak di Ulu yam sahaja.
Keselasaan manjadi daya tarikan
Bagi anda yang selalu pergi camping atau berkhemah, keselesaan ni tiada tolok gandingnya dengan adanya tilam, kipas dan juga tandas di setiap khemah. Di sini juga kita boleh mendapatkan pengalaman yang cukup memuaskan bagi si pencinta alam sekitar.
Persekitaran yang menyamankan dengan bunyi deruan sungai serta kicauan burung menjadikan percutian kamiindah dan menyeronokkan selain berpeluang untuk merakamkan foto yang indah.
Aktiviti
Lokasi ini sangat bersesuaian untuk small gathering bersama family atau rakan-rakan, dimana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama disini oleh kerana di kawasan ini agak sukar untuk mendapatkan signal telefon, jadi banyak masa boleh diluangkan bersama yang tersayang. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah mandi sungai, menangkap ikan menggunakan jaring (sesuai untuk anak kacil), BBQ dan banyak lagi.
Pada malam hari pula, aktiviti ber BBQ yang disediakan oleh staff hid3out dengan makanan yang amat sedap sekali. Selepas ber BBQ kami dihidangkan dengan aktiviti ‘rainbow campfire’ dimana staff disini akan menghidupkan unggun api yang berwarna warni seperti pelangi dan diberikan juga set mashmallow untuk dibakar bersama unggun api yang telah dihidupkan tadi. Aktiviti ini adalah salah satu pengalaman yang menarik bagi kami kerana waktu ini memang waktu yang sangat bonding antara kami sekeluarga sehingga lewat malam.
Pada sebelah pagi, staff disitu menghantar sebakul breakfast yang berisi telur, roti gardenia, butter, nescafe tarik, sosej, sos cili, minyak dan lain-lain lagi peralatan. Kesemua ini bahan mentah, jadi anda perlu menyediakan sarapan anda sendiri. Bagi kami ini adalah suatu pengalaman yang sangat mengujakan seperti throwback ketika zaman camping waktu sekolah dahulu.
Kemudahan
Khemah kami disediakan 1 tilam Queen + 1 tilam bujang sesuai untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak untuk setiap khemah. Selain itu, sejadah juga disediakan untuk pelanggan muslim, kipas, lampu meja dan juga tandas di setiap khemah.
Di luar khemah ada meja makan disediakan dan juga ruang mini kitchen lengkap dengan peralatan asas memasak. Jadi, tiada masalah untuk kami memasak di sini jika ingin masak nasi sila bawa rice cooker, plug point pun ada disediakan.
Jangan risau pada waktu malam suasana dalam khemah ini sangat dingin dan tidak panas langsung kami sekeluarga membuka tingkap khemah (ada jaring, so nyamuk-less) semasa tidur sangat best! Tidur dengan view bintang dilangit serta ditemani bunyian cengkerik sungguh mengamit halwa telinga.
Harga Pakej Yang Kami Pilih:
RM299 untuk 2 pax (tapi kami dapat price ni sebab 2 anak kami tidak dikira, Alhamdulilah rezeki)
RM399 untuk 4 pax
Harga di atas termasuk BBQ dinner, Marshmallow for Campfire dan juga breakfast untuk keesokan harinya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...