Kopitiam yang secara amnya bermaksud “kedai kopi” dalam dialek Hokkien, mula diperkenalkan di Malaysia sejak akhir 1800-an.
Kopitiam berasal dari kaum Hainan migrasi di Malaysia yang kebanyakannya terlibat dalam industri hospitaliti untuk menyara hidup pada masa tersebut. Ini 5 kedai kopitiam di Negeri Selangor yang perlu anda kunjungi untuk menikmati rasa kopi asli dan roti bakar klasik yang lazat!
1) Auntie Kopitiam, Kuala Selangor
Auntie Kopitiam by masz_princesshoneybee @ IG.v1
Auntie Kopitiam adalah kedai kopi terkenal yang terletak di Daerah Kuala Selangor. Auntie Kopitiam telah dibuka pada tahun 1935. Beberapa selebriti Malaysia juga pernah berkunjung ke sini untuk mendapatkan kopi mereka dan banyak program televisyen juga telah dirakamkan di sini.
Selain menghirup kopi Hainan tradisional yang enak, ada juga makanan lain yang disediakan seperti Nasi Lemak, kuih-muih, roti bakar dan banyak lagi. Pelanggan juga dapat menikmati salah satu hidangan terbaik mereka, Mi Kari Laksa iaitu makanan yang sempurna untuk memulakan hari anda!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3289 7289
2) Thong Kee Cafe, Petaling
Thong Kee Cafe by health_eat_fit @ IG.v1
Thong Kee Kopitiam adalah salah satu kedai kopitiam yang terkenal di Daerah Petaling dengan menu kopi unik mereka. Pemilik Kedai Kopitiam Thong Kee yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun telah mencipta menu “1+1 Cham Peng” iaitu satu minuman gabungan dari kopi Hainan dan teh. Menu istimewa ini telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk tempatan.
Ads
Selain menu “1+1 Cham Peng” , kedai ini juga menyajikan pelbagai pilihan menu untuk sarapan. Menu tersebut termasuk roti bakar, telur separuh masak dan juga aneka pastri seperti croissant dan donut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://thongkee.com.my/ atau hubungi 03-7496 6847
3) Chong Kok Kopitam, Klang
Chong Kok Kopitiam by cheejinqshyan_188 @ IG.v1
Dahulu merupakan sebuah hotel namun kini ia merupakan sebuah kedai kopi klasik yang sangat diminati oleh semua bangsa dari penduduk tempatan. Kedai Chong Kok Kopitiam telah mula beroperasi sejak tahun 1940.
Di kedai ini, anda boleh saksikan sekumpulan pelanggan terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa menikmati hidangan kopi dan roti bakar mereka bersama-sama. Uniknya, kedai ini menyediakan menu telur separuh masak dengan menggunakan mesin khas untuk proses penyediaan. Cara ini menjadikan telur separuh masak mereka lebih sedap dan berkrim berbanding menggunakan cara klasik sebelum ini.
Ads
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 3371 0996
4) Nam Wah Kopitiam Bt 18, Hulu Langat
Nam Wah Kopitiam by Nam Wah Kopitiam Bt 18 @ FB.v1
Satu lagi kedai kopitiam klasik di Negeri Selangor terletak di Daerah Hulu Langat. Kedai ini adalah salah satu lokasi persinggahan yang terkenal dalam kalangan penunggang basikal kerana kedai ini terletak berdekatan dengan trek laluan basikal semula jadi yang agak mencabar.
Jadi, tidak hairanlah jika anda bertemu dengan ramai penunggang basikal ketika anda menjamu selera di kedai ini. Istimewanya kedai kopitiam ini adalah kerana ianya menyajikan menu roti bakar bersama kaya atau kuah kari ayam yang dimasak sendiri oleh pemilik kedai ini.
5) Kedai Makan Hailam Sun Sun Nam Cheong, Hulu Selangor
Kedai Makan Hailam Sun Sun Nam Cheong by carrine.yap @ IG.v1
Sun Sun Nam Cheong merupakan antara salah satu kedai kopitiam yang telah lama beroperasi dengan resipi asli mereka yang berusia 100 tahun. Selain kopi, menu yang istimewa di kedai ini adalah Chicken Chop Hailam dan juga Mi Hailam.
Ads
Chicken Chop Hailam merupakan menu yang dicipta oleh kaum Hainan yang telah berhijrah ke Malaysia. Mereka kemudian kebanyakannya berkhidmat di bawah kuasa penjajah British.
Justeru, menu ini dicipta dengan konsep gabungan citarasa Barat dan Cina. Sebagai kedai yang mempunyai sijil halal, menu makanan di kedai ini disediakan dengan bahan masakan yang halal. Jadi anda boleh menjamunya tanpa ragu-ragu!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6064 1168
Wah, menyelerakan sungguh seleksi menu kopi dan roti bakar yang disediakan oleh kedai-kedai Kopitiam yang disenaraikan di atas! Tidak dinafikan, kedai kopitiam digemari oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, bangsa dan agama. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri menu kopitiam asli di sekitar Negeri Selangor!
Namun, ketika musim pandemik Covid-19 ini, anda perlulah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Sentiasa pastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka di tempat umum serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penduduk di sekitar pantai Kuala Pelis semalam gempar seketika apabila melihat rupa seakan ‘puting beliung’ muncul petang semalam.
Fenomena tersebut dikenali sebagai ‘belalai air’ disebabkan peralihan monsun timur laut ke monsun barat daya yang lazimnya berlaku pada Mei.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Perlis, fenomena garis badai (squall line) yang membawa hujan lebat dan angin kencang boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah. Lazimnya, corak cuaca akan sering menunjukkan kejadian ribut petir khususnya pada sebelah lewat petang dan malam.
Ia terhasil daripada awan Kumulonimbus (Cb) yang boleh menyebabkan hujan lebat, langkisau, kejadian kepala air, hujan batu dan kejadian belalai air.
Untuk mereka yang sering turun ke laut dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya berlaku fenomena sebegini di pantai. Ia bahaya kepada bot kecil dan lazimnya kejadian ini berlaku ketika musim peralihan monsun.
Sebelum ini tular beberapa rakaman dan foto yang dimuat naik pengguna di media sosial berikutan fenomena belalai air yang berlaku di persisiran pantai Kuala Perlis kira-kira 7 petang itu
Anda tengah cari port nak lepak hujung minggu ke tu? Libur ada satu cadangan tempat yang menarik untuk anda iaitu Taman Simfoni Suria KLCC.
Sesuai untuk anda yang nak lepak dengan kawan-kawan atau keluarga dan tarikan yang paling menarik adalah formasi air pancut beriringan dengan latar belakang musik pasti akan memukau mata anda.
Taman Simfoni Suria KLCC yang sesuai untuk short-get-away bersama keluarga ini pasti akan membuatkan si kecil dalam keluarga berasa seronok kerana terdapat lebih 150 formasi yang dipertontonkan kepada penunjung antaranya bercorakkan bunga dan geometri.
Lebih menarik dan menyerlahkan kecantikkan taman ini adalah pertunjukkan pada waktu malam kerana disertakan sekali dengan lampu berwarna-warni disamping musik yang mendamaikan.
Anda bayangkan, dengan lampu warna-warni, iringan musik mendamaikan dan bunyian air pancut pasti menberikan ketenangan dan kedamaian untuk anda seisi keluarga dan rakan-rakan untuk lari sebentar dari kesibukkan berkerja seharian.
Pertunjukkan dua air pancut yang mencecah ketinggian hampir 42 meter ini dibuka setiap hari pada pukul 8, 9 dan 10 malam manakala pertunjukkan berlampu adalah pada 7.30, 8.30 dan 9.30 malam setiap hari.
Jom bawa keluarga atau rakan-rakan anda lepak hujung minggu di sini!
Sungai Bangang terletak di Hulu Dungun, Terengganu. Nama sebenar sungai ni ialah Sungai Bangan atau Sungai Balu. Mungkin kerana slanga orang Terengganu dibunyikan ‘G’ dibelakang, ia lebih popular dikenali Sungai Bangang.
Lokasinya tersorok atas ketinggian lebih kurang 800 meter dari paras laut menjadikan ia sukar diakses. Tak ramai orang ke sini menjadikan air di sini sangat jernih.
Ini mungkin sungai paling jernih di MalaysiaFull story sini http://www.libur.com.my/sungai-bangang/#CBL #sungaibangang
Posted by Majalah Libur on Tuesday, October 31, 2017
Sungai Bangang biasa dikunjungi pendaki. Untuk ke sini, trip popular dikalangan pendaki dengan trip gelaran CBL (Puncak Chemerong, Gunung Berembun, dan Air Terjun Langsir) ; tiga spot utama ini wajib dilalui. Permit diperlukan untuk pendakian.
Gunung Berembun setinggi 1038 meter, Air Terjun Chemerong antara yang tertinggi di Malaysia setinggi 370 meter dan Air Terjun Lansir pada ketinggian 801 meter dari paras laut.
Pendakian biasanya bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.Pendakian ke puncak Gunung Berembun mengambil masa enam jam atau lebih bergantung kepada cuaca, stamina, dan jumlah pendaki. Kebiasaannya trip mengambil masa 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam yang juga bergantung kepada faktor-faktor tersebut.
Kolam hijau Sungai Bangang. Nampak macam tak dalam, tapi dalam. Air jernih. Foto: mcHiker
Selepas di puncak, pendaki turun untuk berkhemah. Ada yang berkhemah di Jeram Lesung. Di sini ada kolam besar dan agak dalam, serta dua lubang air seolah-olah lesung. Ada juga bermalam di kawasan khemah Air Terjun Sungai Langsir yang lebih luas. Untuk ke Sungai Bangang perlu menyeberangi Air Terjun Sungai Langsir dan masuk ke dalam hutan melalui trek yg sedia ada. Perjalanan mengambil masa sekitar sejam atau lebih untuk ke kolam hijau jernih ini.
Sungai ini melalui antara tebing batu lalu membentuk kolam memanjang dan tidak lebar namun cukup dalam untuk anda terjun tiruk dari tebing setinggi lebih kurang 1 meter. Dalam kolam mungkin lebih kurang 2-2.5 meter bergantung pada paras air. Bahagian dalam mungkin akibat hakisan air deras. Air di sini memang sangat jernih. Kalau direkod foto atau video, memang jelas nampak anda dalam air. Jika anda berpeluang kesana, nikmati keindahan alam ciptaan Allah dan semoga alam kita terus terpelihara serta jangan buang sampah merata-rata.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...