Bukan semua dapat apa yang diidamkan dalam soal kerjaya impian. Bahkan ada yang menyerah awal di pertengahan. Namun tahukah anda, berdasarkan kajian, barangsiapa yang sering merantau dan mengembara, merekalah sebenarnya pekerja yang wajar ditabik dan dicontohi.
Selain dapat membuka ‘mata’ dengan budaya negara lain, terdapat beberapa kelebihan jika seseorang itu selalu mengembara. Ikuti kelebihan yang LIBUR kongsikan seperti di bawah.
KOMUNIKASI
Bagi mereka yang selalu mengembara ke negara-negara asing pasti selalu bertemu dengan orang yang baru. Orang asing pastinya memiliki personaliti yang berbeza dan sukar untuk kita fahami.
Namun, ia boleh melatih kita untuk cuba menyesuaikan diri dengan sikap dan personaliti tersebut agar memudahkan dari segi aspek komunikasi, pergaulan, komunikasi korporat dan sebagainya. Percayalah, hal ini juga akan terbawa ke dunia kerjaya dan boleh diaplikasikan nanti.
Ads
MUDAH ADAPTASI
Apabila seseorang selalu merantau jauh, pengalaman yang dikutip pastinya berharga tambahan pula apabila melibatkan suasana yang baru dan unik.
Dengan pengalaman pengembaraan, kamu akan mempelajari dengan yakin untuk beradaptasi dengan apa jua situasi, tidak kira ianya janggal atau sukar untuk kamu fahami. Dan setiap kali timbulnya konflik mahupun perbalahan, pastinya kamu akan dapat mengatasinya dengan mudah.
PENGURUSAN MASA
Dengan bebanan kerja yang tidak tertanggung, di samping waktu yang semakin suntuk, sesiapa saja boleh mengalami tekanan. Namun tidak bagi mereka yang sentiasa mengembara ke negara orang.
Ads
Mereka kebiasaanya akan terbiasa melatih diri untuk mengatur perjalananya agar tidak tersasar dari plan asal. Ya, hal ini amat penting dan cukup bagus untuk diamalkan di tempat kerja nanti. Tidaklah nanti aka nada kerja yang terbabas deadline, mahupun hadir lewat ke mesyuarat.
LEBIH TERSUSUN
Selain dari aspek pengurusan masa, buat mereka yang selalu mengambara pastinya punya habit dalam memastikan semuanya tersusun mengikut kedudukan dan kepentingan.
Ads
Dari pemilihan pakaian untuk mengembara hinggalah keperluan asas ke sana. Semuanya sudah diatur lengkap. Sekiranya anda bijak mengaturnya, pastinya anda tiada masalah mengatur kerja dan tugasan harian nanti.
MENINGKATKAN KREATIVITI
Benarkah pengembara lebih kreatif dari aspek idea dan produktiviti. Ya kami semestinya tidak menolak dakwaan ini. Pastinya perkara baru akan dialami saat anda mengembara dan tentunya ia akan melatih kita untuk berfikir di luar kotak.
Makanya, di saat kita aplikasikan pengalaman anda ini, kita akan lebih selesa, yakin dan terbuka untuk menyampaikan apa saja bentuk idea dan cadangan bagi meningkatkan penguasaan kita dalam bidang yang diceburi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Travel menggunakan beg belakang atau backpack menjadi pilihan ramai dek kerana memudahkan si pemikul untuk bergerak ke hulur dan ke hilir sambil memikul sendiri barang-barang peribadi. Jika menggunakan beg beroda atau beg jinjit, pergerakkan anda pasti sedikit terbatas.
Namun begitu, menggunakan backpack tidak lah semudah yang disangka, kerana anda masih perlu memikul berat yang ditanggung di belakang. Oleh itu, seseorang itu perlu bijak menyusun barang semasa proses ‘packing’ apa yang perlu dibawa untuk bercuti atau untuk tujuan mendaki. Ini penting bagi menghadkan jumlah barang yang perlu dibawa, capaian barang-barang kegunaan dan juga keseimbangan anda.
Oleh itu kalian semua harus pandai membuat padanan yang sesuai juga menyusun barang mengikut beberapa tip ini.
Barang-barang kurang ‘penting’ atau akan digunakan pada tempoh lewat hari dicadangkan untuk diletakkan pada bahagian paling bawah sekali. Antaranya seperti tuala mandi, baju tidur atau toileteries.
Barang-barang yang agak berat dicadangkan untuk diletakkan di bahagaian tengah beg agar memberi keselesaan kepada belakang badan anda juga keseimbangan tubuh ketika memikul beg.
Untuk bahagian paling atas, barang yang kerap digunakan sangat dicadangkan agar mudah untuk diambil. Antaranya seperti pewangi ketiak, ubat, kamera dan sebagainya.
Untuk bahagian luar anda boleh selitkan dengan botol air, selipar, topi atau peta.
Contoh cara susunan:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Apa jua yang anda lakukan hari ini haruslah berwaspada dan selalu semak kebenarannya.
Setiap kali tiba musim perayaan atau cuti panjang, ramai yang mengambil peluang untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman. Ketika itu jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam harga tambang yang dikenakan agak tinggi berbanding kebiasaannya.
Waktu itu akan ada golongan tidak bertangungjawab mengambil kesempatan terhadap individu yang tersesak atau sangat memerlukan tiket tersebut dengan menjual tiket yang tidak sah.
Selalu kita dengar mengenai penjualan tiket haram untuk kemudahan pengangkutan seperti bas persiaran dan keretapi saja bukan? Kali ini penjualan tiket untuk penerbangan juga ada yang menjual kepada orang ramai secara tidak sah.
Malindo Air memberi amaran bahawa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan nama syarikat penerbangan dan Pengarah Strategi Kumpulan itu, Datuk Chandran Rama Muthy, untuk mendapatkan wang dengan menjual tiket penerbangan secara tidak sah.
Malindo telah menerima banyak aduan daripada penumpang bahawa individu berkenaan telah mengutip pembayaran dan melarikan diri. Menurut Malindo Air, tiada individu yang dilantik untuk menjual tiket penerbangan bagi pihak syarikat penerbangan berkenaan.
Syarikat itu menasihatkan semua penumpang supaya membeli tiket penerbangan masing-masing melalui www.malindoair.com atau lapangan terbang dan pejabat tiket bandar yang dikendalikan oleh Malindo Air atau mengunjungi ejen perjalanan yang sah. Penumpang boleh menghubungi 03-7841 5388 untuk maklumat lanjut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sektor pelancongan Terengganu dijangka kembali pulih apabila kerajaan negeri membenarkan semua pusat penginapan dibuka dan aktiviti pelancongan berjalan seperti biasa mulai 12 Jun 2020.
Ada yang tak sabar untuk bercuti ke pantai atau sangat rindu untuk menyelam ke dasar laut? Negeri Terengganu ada banyak lokasi pelancongan menarik..
Di Terengganu ada keseluruhan 13,000 bilik hotel dan resort di seluruh negeri termasuk di pulau-pulau peranginan.
Pada 31 Mei lepas, semua hotel, resort, rumah bot dan inap desa yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mula dibuka dan mencatatkan peningkatan tempahan mendadak iaitu sebanyak 60 peratus.
Kawasan pelancongan utama Terengganu iaitu Santuari Kelah, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) di Tasik Kenyir akan mula dibuka pada 12 Jun 2020
Manakala tempat lawatan umum seperti Taman Tamadun Islam, Zoo Kemaman, muzium negeri, muzium daerah, Rumah Warisan Haji Su dan Menara ‘Drawbridge’ pada 15 Jun 2020.
Selain itu, aktiviti selam skuba, snorkeling, mendaki bukit, aktiviti bot di pulau dan tasik, paragliding, aktiviti Taman Eco Rimba dan lata rekreasi juga dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun 2020
Foto: pixel.com
Kerajaan negeri amat mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Terengganu untuk meningkatkan kembali ekonomi negeri, namun menasihatkan semua pihak mengamalkan langkah pencegahan dan kebersihan mengikut normal baharu untuk keselamatan diri dan keluarga masing-masing.
Terengganu kini sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif pelan pemulihan bagi membantu pemain industri pelancongan yang terjejas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus menjadi tulang belakang ekonomi rakyat negeri ini.