Cuti hujung minggu sangat bagus dimanfaatkan dengan bersantai bersama keluarga. Percutian yang dirancang dengan baik, dapat memberikan pengalaman indah buat anda dan insan tersayang.
Hotels.com memberikan lima destinasi terbaik untuk anda bercuti kerana di lokasi tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri.
Pulau Langkawi
Terdapat empat hotel di sini yang mendapat anugerah pantai terbaik iaitu The Datai, The Danna, Casa Del Mar dan Ambong Ambong. Bercuti di sini membolehkan anda menikmati nikmat percutian sebenar. Anda boleh mencuba aktiviti pantai lasak atau sekadar duduk berehat sambil menikmati panorama pantai. Bacalah buku kegemaran anda sambil mendengar bunyi deburan ombak. Apatah lagi di sini terdapat lokasi beli-belah tanpa cukai.
Sabah
Sabah terkenal dengan pasar minggu Gaya Street yang menjual pelbagai barangan antik dan cenderamata. Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa di Tuaran mempunyai bilik di Ocean Wing yang menampilkan tab mandi di luar dan katil serta sofa yang menghadap ke pantai. Anda boleh menikmati panorama Gunung Kinabalu yang indah dari rumah kelab di hotel anda.
Cameron Highlands
Destinasi ini adalah pilihan terbaik untuk keluar dari hiruk-pikuk kota. Di sini udaranya bersih, buah-buahannya segar dan panorama begitu indah. Jika anda menginap di The Lakehouse, anda boleh merasai pengalaman seperti kerabat diraja British. Sarapan dihidangkan dalam suasana restoran yang elegan dengan hidangan Inggeris dan minum teh panas. Skone yang enak dimakan panas-panas dengan jem strawberi. Rumah kolonial ini terletak berhampiran ladang Cameron Bharat Tea.
Pulau Pinang
Pulau Pinang adalah destinasi terbaik percutian yang memberi fokus kepada makanan. Di sini boleh dikatakan sebagai syurga makanan dengan nasi kandar, asam laksa dan masakan peranakan. Hotel Seven Terraces adalah hotel butik mewah yang diubah suai daripada deretan teres Anglo-Cina. Mempunyai 18 suite budaya peranakan yang membuatkan anda berasa seperti dibawa kembali ke era berbeza.
Kuala Lumpur
Untuk menjimatkan petrol dan masa, tidak perlu keluar dari Kuala Lumpur untuk bercuti. Hotel Traders Kuala Lumpur memberikan pengalaman percutian mewah dengan melawat Skybar. Berkumpul dengan rakan-rakan anda di aras 33 hotel, anda boleh menikmati panorama menakjubkan Kuala Lumpur dari tingkat ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI