Lagi dua minggu ni dah nak cuti panjang sempena tahun baru cina. Siapa yang ambil cuti hari Isnin, dapat cuti lima hari bermula dari hari Sabtu sampai hari Rabu.
Tapi jangan excited sangat nak bercuti tau. Sebelum anda keluar rumah untuk bercuti panjang, pastikan anda buat lima perkara ini dulu.
?? Pastikan semua plug elektrik dah dicabut dari socket (kecuali peti ais)
?? Pastikan kepala gas dicabut dari tong gas
?? Periksa dan tutup semua kepala paip air (Tutup maincock)
?? Hantar haiwan peliharaan anda ke pet hotel atau tumpangkan di rumah jiran/kawan/keluarga
?? Pasang lampu di kawasan rumah yang gelap
Lima perkara ini tak wajib anda ikut tapi sebagai peringatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini seperti masalah litar pintas, rumah banjir, haiwan mati atau kediaman anda dikotori najis atau dimasuki perompak. Paling takut, berlaku kebocoran gas dalam rumah, kan?
Jadi, malang tak berbau. Sebelum terkena, sediakan payung sebelum hujan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rujukan Untuk Anda Yang First Time Nak Travel Dan Tak Ada Pengalaman Langsung
Sebut sahaja pasal percutian, pasti anda terbayang tempat yang indah-indah kan? Tapi sebab kekangan masa dan kerja, membataskan anda untuk melancong ke serata negeri.
Kepada yang masih bujang, dah tak kira musim cuti sekolah atau tak. Bila-bila masa boleh melancong. Berbeza kepada yang dah berkeluarga dan ada anak. Masa cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama.
Tapi kepada yang pertama kali nak cuba travel sendiri, pasti anda bingung apa yang perlu disediakan sebelum melancong kerana anda tidak pernah melancong sebelum ni.
Libur ingin kongsikan apa yang perlu anda lakukan sekiranya ini kali pertama anda bergelar seorang pelancong dan tips ini menjadikan percutian anda sebuah percutian yang indah.
1. Tentukan Tempat Percutian
Buat anda yang first time travel perkara pertama yang perlu anda lakukan ada tentukan lokasi percutian yang sesuai dengan bajet anda.
Walaupun destinasi percutian anda hanya dalam Malaysia, anda harus cari info mengenai kawasan tersebut terutamanya maklum balas daripada pelancong lain mengenai tempat percutian anda.
Pencarian info yang banyak akan membantu anda dalam membuat keputusan yang betul untuk anda melancong dengan baik dan tenang.
2. Ongkos Bajet
Bila sudah cari semua maklumat penting mengenai tempat percutian dan penginapan. Anda harus melihat pula dari segi harga yang ditawarkan.
Jika mahu jimat belanja anda haruslah bijak rebut peluang promosi yang ditawarkan. Senang cerita rebut peluang melancong ketika promosi kaw-kaw dijalankan.
Itu sebabnya penting pencarian maklumat dalam talian untuk anda lihat keseluruhan pakej yang ditawarkan.
Pastikan anda mencari pakej bajet yang betul dan cuba untuk buat perbandingan dengan beberapa web lain mengenai kemudahan yang ditawarkan.
3. Pakaian
Ini yang sering terjadi kepada first time traveller. Mana tidaknya apabila mood holiday menguasai diri mulalah semua pakaian nak dibawa dan rasa tidak cukup.
Tapi sebaliknya anda perlu membuat list terlebih dahulu mengenai pakaian mana yang perlu dibawa dan bersesuaian dengan tempat percutian anda. Barulah gambar OOTD anda ada ngam!
Tips ini juga penting untuk mengurangkan kos bagasi anda. Jika anda memilih tempat melancong seperti di sebuah pulau. Tips ini membantu mengelakkan anda dikenakan bayaran bagasi yang berlebihan.
4. Selesaikan Kerja Anda Dahulu
Menjadi seorang first time traveller ini pastinya perasaan mahu bercuti itu membuak-buak dalam diri anda bukan?
Jika anda tidak mahu percutian anda nanti menjadi sebuah percutian yang tidak menarik, apa kata anda selesaikan terlebih dahulu kerja-kerja anda yang tertangguh.
Yalah jika anda tidak lakukan tips ini, risau nanti sedang asyik bercuti terpaksa balik untuk selesaikan kerja pula.
5. Ada Data Internet Setiap Masa
Nama pun kali pertama bercuti, pasti anda mahu kongsikan percutian anda dengan rakan-rakan kan? Jadi pastikan telefon bimbit anda sentiasa mempunyai data internet.
Bila data anda dalam keadaan baik barulah syok upload gambar percutian di media sosial.
Bukan itu sahaja tau, tips ini juga memudahkan anda untuk mencari maklumat menerusi pencarian dalam talian. Barulah tidak sesat apabila bercuti nanti.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Menyelamatkan Diri Jika Lemas Di Sungai Atau Air Terjun
Di negara kita terdapat pelbagai aktiviti atau sukan air yang menyeronokkan untuk dilakukan seperti berenang, mandi sungai, water rafting, jet ski, atau luncur air.
Apa jua aktiviti air yang anda lakukan, jangan lupa untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan samada anda pandai berenang atau pun tidak. Sentiasa pakai jaket keselamatan. Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh menimbulkan masalah dan bukan sahaja membahayakan keselamatan diri sendiri malah orang lain.
Menurut sumber portal Kementerian Kesihatan Malaysia, jika berada dalam kes kecemasan ketika melakukan aktiviti air pastikan anda:
- Jangan panik. Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air dan anda tidak mahir berenang, dapatkan bantuan.
- Jangan cuba menyelamatkan rakan. Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu. Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut kepada anda sehingga menyukarkan anda berenang.
- Jika ingin menyelematkan mangsa yang tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali kepada mangsa dan tariknya ke daratan. Selain itu, campakkan objek yang boleh berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa berpaut hingga bantuan tiba.
- Jika terperangkap dalam arus yang deras, berenang mengikut arus sehingga ke tepi pantai.
Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang, apungkan badan sehingga arus kembali tenang.
Ini pula sumber perkongsian daripada saudara Anwar Uitemate Swrsr via Family Camping Malaysia cara menyelamatkan diri sendiri ketika hampir lemas di sungai atau air terjun.
Sekadar perkongsian secebis ilmu berkenaan SELF RESCUE WATER SURVIVAL. Amat penting dek kerana kebanyakan situasi survival berlaku di hutan. Andai anda tergelincir ke dalam aliran sungai.
Pun begitu,ianya nampak mudah difahami dengan hanya melihat. Namun,hanya yang telah mempelajari n merasai latihan teori n amalinya sahaja yang benar-benar faham akan risiko, kemahiran, kefahaman, ilmu n nikmat mempelajarinya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Student IPTA & IPTS Tidak Dibenarkan Pulang Ke Kampung Ya!
Kuala Lumpur dan Selangor mencatat kes covid-19 tertinggi dalam Malaysia. Ramai yang pulang ke kampung terutamanya pelajar dan majoriti daripada mereka adalah dari Lembah Klang.
Keadaan ini dikhuatiri akan memberi kesan yang lebih buruk lagi untuk 3 minggu dari sekarang memandangkan risiko untuk penyebaran wabak ini lebih tinggi apabila masyarakat dari kedua-dua negeri ini bergerak ke tempat lain. Manakala hospital yang dilengkapi dengan kemudahan menangani wabak ini hanya terdapat di bandar-bandar utama sahaja seperti di Lembah Klang. Hospital di daerah lain khususnya di kawasan luar bandar tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk berdepan dengan wabak ini.
Tindakan anda pulang ke kampung merupakan langkah yang salah dan sangat bahaya terutama kepada ibu bapa yang sudah tua dan tidak mempunyai sistem pertahanan yang baik..
Disebabkan itu pelajar universiti awam dan institut pengajian tinggi swasta, termasuk pelajar antarabangsa yang masih berada di kampus (kolej kediaman, rumah sewa atau kediaman peribadi yang lain) perlu kekal berada di premis tersebut.
- Kementerian Pengajian Tinggi menegaskan para pelajar tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman atau negara asal masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan walaupun mereka telah membeli tiket untuk ke kampung halaman.
- Pelajar hendaklah melaporkan kepada pihak pengurusan IPTA & IPTS masing-masing dan tertakluk kepada perintah yang berkuatkuasa.
- Setiap IPTA & IPTS perlu bertanggungjawab ke atas keperluan asas, keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang keberadaan mereka di kampus.
Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai Perintah Kawalan Pergerakan bagi Kementerian Pengajian Tinggi:
1. Adakah operasi perkhidmatan diteruskan di kampus?
Semua operasi di UA dan IPTS adalah ditutup sepenuhnya kecuali perkhidmatan penting (atau essential services) seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, keselamatan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. Perkhidmatan penyediaan makanan di UA dan IPTS boleh beroperasi dengan hanya melalui pelaksanaan penghantaran makanan atau pembelian makanan secara bungkus sahaja.
2.Apakah Pengajaran dan Pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian sepanjang tempoh arahan kawalan pergerakan?
Pihak KPT mengambil maklum akan tahap kesediaan beberapa UA dan IPTS dari segi infrastruktur dan pensyarah dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian sepenuhnya. KPT juga mengambil maklum terdapat IPTS yang didaftarkan sebagai institusi yang menawarkan PdP atas talian sepenuhnya.
UA dan IPTS yang menggunakan pembelajaran dalam talian sepenuhnya dalam pelaksanaan PdP UA dan IPTS adalah dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran dalam talian dengan syarat bahawa semua pelajar mendapat akses, kesediaan pensyarah dan infrastruktur dapat dipenuhi sepenuhnya.
Bagi UA dan IPTS yang tidak menggunakan pembelajaran atas talian secara sepenuhnya dalam pelaksanaan PdP adalah tidak dibenarkan untuk meneruskan aktiviti pembelajaran secara atas talian dengan mengambil kira kepentingan pelajar supaya mereka tidak ketinggalan sekiranya mereka tidak mendapatkan akses kepada internet.
3. Bagaimanakah kami boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung Arahan Kawalan Pergerakan?
UA dan IPTS adalah disarankan agar sentiasa peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa. UA dan IPTS boleh mendapatkan maklumat terkini dengan melayari saluran telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rasmi https://t.me/MKNRasmi.
Politeknik dan Kolej Komuniti
1. Adakah penutupan institusi di Politeknik dan Kolej Komuniti adalah selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri?
Ya, penutupan kampus Politeknik dan Kolej Komuniti adalah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Untuk itu, setiap institusi wajib mengikuti arahan ini untuk membendung Covid-19 dari terus menular.
2. Bolehkah para pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti tidak pulang ke kampung mereka dan terus tinggal di Kamsis?
Para pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti yang masih berada di kampus (Kamsis) perlu kekal berada di premis tersebut. Mereka tidak untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan termasuk pelajar yang telah membeli tiket pengangkutan bagi pulang ke kampung halaman.
Mereka hendaklah melaporkan kepada pihak pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti dan tertakluk kepada perintah yang berkuatkuasa. Pihak pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti perlu bertanggungjawab ke atas keperluan asas, keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang keberadaan mereka di kampus.
3. Bagaimanakah status pelajar yang menjalani latihan industri? Adakah mereka akan terus berada di syarikat mereka menjalani latihan atau dikuarantin juga?
Pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri (LI) atau latihan Work Based Learning (WBL) di industri ditangguhkan latihan mulai 18 Mac 2020 hingga 31Mac 2020 kecuali bagi industri pemberi Perkhidmatan Penting Negara (rujuk kenyataan Majlis Keselamatan Negara pada 18 Mac 2020). Namun demikian, pihak institusi boleh mempertimbangkan kelulusan cuti kepada pelajar atas persetujuan pihak industri.
4. Adakah aktivti PnP dan program yang telah tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan ini perlu diganti atau terus dibatalkan?
Tidak perlu diganti.
5. Bagaimana pula dengan peperiksaan hujung semester, adakah ia akan ditangguh ke tarikh yang lain?
Ya. Penilaian Akhir dan Peperiksaan Akhir Politeknik Sesi Disember 2019 dipinda dari tarikh 6 April 2020 hingga 23 April 2020 kepada 13 April 2020 hingga 3 Mei 2020. Penilaian Akhir dan Peperiksaan Akhir Kolej Komuniti Sesi Disember 2019 dipinda dari tarikh 23 Mac 2020 hingga 11 April 2020 kepada 6 April 2020 hingga 17 April 2020.
6. Umum telah pun mengetahui tempoh penutupan institusi dan kampus adalah bermula 18 hingga31 Mac 2020. Untuk itu, adakah para pelajar perlu terus melapor diri ke kampus masing-masing pada 1 April 2020, atau tidak?
Mohon sentiasa mengikuti sebarang pengumuman dan makluman terkini oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
7. Bolehkah sebarang tuntutan dibuat untuk lojing & logistik dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Tidak boleh. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini mewajibkan warga untuk tidak ke mana-mana dan tinggal di kediaman masing-masing.
8. Adakah mana-mana premis Politeknik dan Kolej Komuniti digunakan sebagai pusat kuarantin?
Tidak.
9.Perlukah pensyarah dan staf hadir ke pejabat untuk thumbprint dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Tidak perlu. Patuhi arahan perintah Perintah Kawalan Pergerakan dan sentiasa boleh dihubungi atau bekerja dari rumah. Rujuk Surat Arahan Bekerja dari Rumah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bertarikh 17 Mac 2020.
10.Adakah PSH layak dibayar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
PSH yang skop kerjanya boleh dilaksanakan di rumah, adalah layak dibayar upah berdasarkan hari bekerja sepanjang tempoh tersebut.
Sumber: FB Jumpa Kat Mahkamah | Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI