Bukit Fraser terletak di atas Banjaran Titiwangsa, dengan suhu sejuknya sekitar 17 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius. Selain bersiar-siar sambil menghirup udara yang dingin dan menghayati pemandangn, sebenarnya pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain golf, melihat burung ataupun menunggang kuda.
Ramai yang berkunjung ke Fraser Hill mengatakann, destinasi bukit tinggi ini agak bosan. Tidak sama sekali ya! Di sini juga terdapat sebuah tasik yang begitu menarik pemandangannya. Pengunjung boleh menyewa kayak atau sampan untuk mengelilingi tasik ini sambil melihat keindahan sekitarnya. Air Terjun Jeriau juga antara yang menjadi tarikan di sini.
Ini perkongsian daripada saudari Ayu Hasman yang berkesempatan mencuba banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Fraser Hill.
Selain daripada menikmati udara sejuk dan makan strawberi, ini 5 aktiviti menarik di Fraser’s Hill yang kadang-kadang ramai terlepas pandang:
1. Flying fox di Allan’ Water
Kawasan ni dulu merupakan sebuah kolam tadahan air yang digunakan untuk supply air di kawasan Fraser’s Hill semasa zaman kolonial. Kini, kawasan tasik ini telah ditukar menjadi sebuah tasik rekreasi.
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke Allan’s Water.
Ada beberapa aktiviti menarik yang korang boleh buat kat sini antaranya trekking di sekitar tasik, naik paddle boat, bagi ikan makan(banyak gila ikan kat tasik ni), dan yang paling best adalah menaiki flying fox merentas tasik.
Ads
2. Menunggang kuda di The Paddock
Harga yang dikenakan agak berbaloi. Sepanjang pusingan di trek, anda akan dibantu oleh crew operator. Kalau nak best, pusing la beberapa kali di trek.
3. Memanah di The Paddock
Selepas menunggang kuda, korang juga boleh try memanah. Kat sini, turut disediakan crew yang akan membantu dan mengajar teknik memanah yang sebenar. Nampak macam senang, tapi nak habiskan 10 kali panahan tu memang agak lenguh tangan dibuatnya.
4. Trekking
Di Fraser’s Hill, terdapat kira-kira 8 Trail yang sesuai untuk di explore seisi keluarga. Kalau rajin, boleh juga trekking ke Air Terjun Jeriau.
Ads
5. Minum petang di GlassHouse Fraser’s.
Glasshouse ni merupakan sebuah cafe yang turut menjual succulent / cactus yang comel. Sekiranya berkunjung kesini, wajib cuba burnt cheesecake!
Ads
Walaupun Fraser’s Hill tidaklah semeriah Cameron Highlands, namun keadaan disini sangatlah tenang dan mendamaikan. Part paling best, setiap lokasi menarik tu terletak berhampiran satu sama lain dan trafik disini tak sesak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ini info dan panduan daripada saudara Ahmad Najah yang berkongsi tip dan bajet ketika melakukan Umrah dan Ziarah seorang diri.
UMRAH & ZIARAH DIY 31-12-2019 sampai 10-01-2020
Assalamualaikum, Disini saya ingin berkongsi pengalaman melakukan Umrah DIY seorang diri selama 10 hari, 5 hari di Madinah dan 5 hari di Mekah. Umrah DIY ini disarankan untuk mereka yang pernah melakukan Umrah atau Fardhu haji sebelum ini kerana memudahkan pergerakan ibadah yang perlu dilakukan semasa di tanah suci Madinah dan Mekah. Mempunyai Kesihatan Yang baik dan fizikal yang kuat amat penting dalam umrah DIY. Kalau ada sakit kronik dan usia lanjut tidak digalakan melakukan umrah DIY.
Alhamdullilah sekarang Malaysia telah terpilih untuk memohon Visa pelancung ke Arab Saudi dan ini lebih memudahkan untuk melakukan Ibadah Umrah dan Ziarah di Saudi Arabia. Disini saya sertakan link dalam talian untuk memohon Visa Pelancung secara online. Saya juga ingin memaklumkan Umrah DIY tidak semestinya lebih murah dari pakej Umrah yang disediakan oleh syarikat pelacungan Umrah. Bagi menjimatkan kos disarankan pergi secara berkumpulan 4 orang. Umrah DIY membolehkan kita lebih fleksibel untuk melakukan ibadah semasa di Kota Madinah dan Mekah.
Diatas link untuk memohon visa pelancung dan kita dibenarkan menginap selama 90 hari setiap kali lawatan dan visa berlaku selama satu tahun dari tarikh permohonan dan kita boleh melakukan kunjungan ke Saudi Arabia beberapa kali dalam masa satu tahun(multi entry). Kos memohon sekitar 500-700 Riyal untuk setiap permohonan. Masa pilih tujuan perjalanan pilih leisure jangan umrah Permohonan yang tidak berjaya tidak akan dikembalikan pembayaran. Setelah mendapat visa pelancung bolehlah mencari tiket penerbangan ke Jeddah atau Madinah.
Tiket Penerbangan
Banyak syarikat penerbangan menawarkan tiket ke Jeddah atau Madinah. Tiket boleh dibeli di link dibawah:
Cuba elakan membeli dari Air Asia kerana harga yang ditawarkan lebih mahal. Etihad Airways menawarkan harga yang lebih murah dalam linkungan RM 2400-2500 dengan bagasi 30kg dan termasuk makan dan minuman.
Kebanyakan airlines akan tiba di Jeddah pada pukul 23:40 hingga 03:00. Kalau nak beli internet data ada jual di arrival Riyal 80.00 untuk 5G data Mobily. Kalau nak beli kat Madinah atau Mekah pun ada harga lebih kurang aje.
Sekiranya anda tiba di Jeddah dan hendak ke Madinah boleh ambil teksi dari Terminal Utara atau Terminal Selatan Jeddah
Seorang Riyal 130.00 kongsi 4 orang bukan satu teksi tau. Sekiranya anda terus ke Mekah bolehlah menukar ihram didalam kapal terbang apabila hampir tiba di tempat Miqat Qarnaul Manazil. Teksi dari Jeddah ke Mekah Riyal 150 – 200.00 satu teksi MPV boleh naik 4 orang. Bag jangan bawa yang besar sangat.
Hotel bolehlah booking di booking.com (Tips bila booking buat untuk 2 dewasa) kerana bilik disana rata-rata ada 4 katil
Kalau book untuk 4 dewasa akan lebih mahal untuk harga bilik.
Madinah Arees Al Jeuar Hotel
Harga hotel bergantung selera masing-masing secara purata Riyal 550-650 untuk 4 malam 4 katil dan jarak sekitar 300 meter dari masjid Nabawi di Madinah. Kalau nak hotel dekat lebih mahal lagi.
Makan dan minum atas selera sendiri budget lebih kurang Riyal 25-35 untuk satu hari, Kalau nak budget lebih rendah pun boleh makan sehari sekali..
Ziarah di Madinah masjid Quba,Uhud,Qiblatan boleh beli 1 day unlimited pass RM 11.00 naik Madina Bus warna hijau.
Madinah halas….
Madinah Mekah boleh naik bus VIP Saptco dari Crowne Plaza Hotel Riyal 120.00 dan bus berlepas dari Jam 10:00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam ke Mekah. Bus akan berhenti di Bir Ali selama 20 minit boleh tukar Ihram dan solat sunat ihram serta bermiqat. Bus akan tiba di Ajyad Saptco terminal belakang hotel zam zam tower kalau tinggal di hotel berdekatan Jalan kaki aje ke hotel kalau tinggal jauh sedikit boleh ambik teksi atau uber untuk ke hotel.
Harga hotel bergantung selera masing-masing secara purata Riyal 500-600 untuk 4 malam 4 katil dan jarak sekitar 600-700 meter dari masjidil Haram. Nawazi Al Tawsea. Kalau Hotel dekat dengan Masjidil Haram lebih mahal ye.
Bolehlah lakukan ibadah umrah selamat datang dan kalau nak buat Umrah lagi boleh naik bus saptco ke tanaim Riyal 3.00 satu hala atau naik teksi Riyal 20.00 per-balik
Kalau nak miqat di Jaranah atau Hudaibiyah naik Uber Riyal 40-50 satu jalan.
Kalau nak Ziarah Taif naik uber Riyal 100 satu jalan
Bila nak balik jangan lupa buat tawaf Wada lepas tu ambik teksi ke Jeddah Riyal 150.00 satu teksi, pergi awal 5jam sebelum flight kerana Mekah ke Jeddah jalan agak jem malam hari Khamis malam dan jumaat malam.
Air Zam Zam boleh dapat percuma dari Depature Jeddah Airport sebelah kiri cuma kena bayar Riyal 7.50 untuk packaging sahaja dan satu orang boleh bawak balik 1 botol 5 liter sahaja dan tidak dikira sebagai check in luggage.
Kalau masuk Mekah dulu dan nak ke Madinah boleh ambil bus saptco atau kereta sapu banyak ada disekitar Mekah. Harap information dapat membantu Jemaah DIY.
Barang keperluan tak pelu banyak boleh basuh baju di dobi di mekah atau Madinah. (Ubatan yang perlu ada):
1. Ubat Selsema Clarinese
2. Ubat Cirit birit
3. Ubat cirit birit Charcoal
4. Ubat tahan sakit Arxocia (120mg)
5. Ubat Antibiotik ini kena mintak dari doctor untuk sakit tekak dan selsema
6. Losyen kalau pergi masa musim sejuk (December – March)
7. Panadol Actifast
8. Difflam warna merah untuk sakit tekak ada antibiotik
Senarai Kos untuk seorang minimum 4 pax
Tiket penerbangan RM 2400.00
Teksi Jeddah Airport ke Madinah RM 130.00
Hotel Madinah RM 165.00
Bus Madinah-Mekah RM 130.00
Mekah Hotel RM 140.00
Mekah ke Jeddah MPV Teksi RM 55.00
Makan minum RM 300.00
Visa RM 570.00
Jumlah RM 3,890.00 *Kalau bulan Ramadan maaflah tak dapat harga macam kat atas
Semoga Perkongsian ini bermanfaat untuk semua apa yang kurang mungkin dari kekhilafan saya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada sebuah destinasi alam semula jadi yang sedang tular di Sarawak sedang hangat diperkatakan dalam kalangan kaki nature.
Air Terjun Bengoh yang terletak di daerah Padawan di Kuching, Sarawak dikatakan mirip suasana filem haiwan purba ‘Jurassic World’. Air Terjun Bengoh kini menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan. Kawasan ini terletak berdekatan empangan Bengoh dan perlu menggunakan bot untuk sampai ke destinasi.
Anda teruja untuk ke sini? Ini ada tip berguna buat kalian perkongsian daripada saudara Yamin Ismail
Tips bagi mereka yang kali pertama ke Banjaran Bengoh, hidden gem umpama Jurassic World di Sarawak
1) Untuk menikmati keindahan kawasan ini, anda perlu menempah bot dan juru pandu kerana kawasan ini terletak di dalam kawasan empangan Bengoh. Untuk sampai ke sini, pemanduan memakan masa satu jam dari bandar Kuching.
2) Di banjaran Bengoh ini terdapat kampung Bidayuh tertua di Sarawak. Ia juga menempatkan sebuah empangan air yang dinamakan Empangan Bengoh yang mula dibina pada tahun 2007 dan siap pada 2010.
3) Setelah mendaftar dan mengambil bacaan suhu badan di pondok pengawal empangan, anda perlu menaiki bot mengharungi tasik empangan selama 20 minit sebelum tiba di tapak/jeti permulaan banjaran.
4) Setelah itu anda akan mula hiking dan akan dipertemukan dengan 3 air terjun pertama yang memukau iaitu Curtain, Koring dan Puba’an (Pe’an) mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam dari tapak permulaan.
5) Untuk sampai ke air terjun keempat iaitu Shushung (Susung) pula, anda perlu mendaki lagi sejauh 30 minit. Inilah air terjun paling cantik pernah saya temui. Indeed kawasan ini macam Jurassic World. Sungguh memukau.
6) Pendakian ulang alik secara keseluruhan ke 4 air terjun berkenaan mengambil masa sekitar 4 jam. Jadi, anda dinasihatkan untuk membina stamina sebelum mendaki banjaran yang mencabar ini.
7) Semasa hiking ke air terjun, anda akan melalui titi buluh yang kecil dan sempit. Unik, antik sekaligus mencabar. Kena berhati-hati kerana ia boleh dilalui oleh satu orang pada satu masa.
8) Setelah menikmati air terjun yang memukau, anda boleh bergerak ke kampung Sting yang dikenali dengan julukan kampung atas awan. Untuk sampai ke kampung ini, anda perlu naik boat semula dan bila sampai ke tapak/jeti, perlu hike lagi bukit lebih kurang 30 minit.
9) Dari kampung ini anda boleh melihat pemandangan luas kawasan empangan Bengoh yang sungguh mengkagumkan.
10) Kampung ini merupakan kampung Bidayuh tertua di Sarawak dan dipercayai telah wujud sejak 300 tahun yang lalu.
11) Penduduk kampung ini meneruskan tradisi masyarakat Bidayuh seperti menanam padi dan lada hitam sekaligus menjadikan ia sebagai sumber pendapatan dan juga keperluan sendiri.
12) Di kampung ini ada homestay stail dorm yang boleh memuat 20 orang. Anda perlu buat tempahan dua minggu awal jika ingin bermalam di sini.
13) Sambil menikmati kecantikan pemandangan dan kesejukan udara di kampung ini, anda boleh membeli minuman sejuk dan makanan segera yang dijual oleh penduduk kampung.
14) Total kos untuk trip ini RM50 meliputi bayaran boat dan jurupandu. Bawa makanan dan air secukupnya. Standby juga baju hujan.
15) Trip ini sungguh mengujakan dan kenangan yang tidak dilupakan. Cuma anda kena ada lebih stamina sebab perlu banyak hiking untuk sampai ke setiap lokasi.
16) Untuk keterangan detail trip, sila baca caption gambar.
Jom cuti-cuti Sarawak~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
‘Bosan la ambil foto kenangan dengan kawan-kawan asyik berdiri tegak sahaja!’
Sudah menjadi lumrah setiap kali bercuti, pasti anda akan mencari masa untuk merakam setiap memori ketika bercuti dan siapa lagi yang lebih baik untuk merakam aksi terbaik anda melainkan rakan anda sendiri.
Ini ada beberapa gaya dan idea gambar best untuk anda berdua hasilkan foto yang cun ketika percutian.
Cuba la cadangkan idea-idea ini kepada rakan-rakan anda yang nak pergi melancong tu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!