4 Panduan Jadi Backpacker

Share

Sejak beberapa tahun yang lepas, berlibur secara backpacker menjadi pilihan kebanyakan orang. Ia lebih mudah dan tidak membuang masa terutamanya jika percutian sendiri atau bersama teman-teman. Keluarga pun ada yang berlibur cara begini. Entri kali ini memberi empat tip menjadi backpacker buat yang baru bermula.

*Tinggal di hostel atau dorm

Ramai yang berpendapat untuk bermalam di hostel atau dorm hanya sesuai untuk golongan muda. Mungkin ada rasakan yang hostel atau hotel bajet di luar negara sama seperti yang ada di Malaysia. Sebenarnya tidak kerana banyak pilihan hostel atau dorm yang berkualiti baik di luar negara. Anda hanya perlu lebih rajin untuk mencari maklumat tentang tempat penginapan begini. Sesetengah daripanya pula menyediakan perkhidmatan dobi, dapur, wifi, dan banyak lagi. Taklah teruk sangat kan?

*Tak perlu bawa banyak barang

Anda pasti pernah melihat backpacker yang membawa beg besar mereka berjalan-jalan kan? Sebenarnya beg saja yang besar, barang di dalamnya tidaklah banyak mana. Itulah tip untuk menjadi backpacker. Bawa barang yang perlu saja. Lebih banyak anda dapat kurangkan barang untuk dibawa, ia lebih baik. Tidaklah sakit belakang terpaksa bawa beg berat-berat.

*‘Sediakan payung sebelum hujan’

Sebelum mengembara ke luar negara, anda harus banyak membuat  research tentang destinasi itu. Jangan pergi tanpa ada pengetahuan tentang tempat yang mahu dikunjungi. Jika pergi tanpa persediaan, anda akan mudah sesat dan ada potensi ditipu orang tempatan. Sentiasa sediakan beberapa pelan untuk back up sekiranya ada masalah yang timbul.

*‘Malu bertanya, sesat jalan’

Sesuai dengan perumpamaan ini, jangan malu untuk bertanya jika anda tidak tahu jalan. Banyakkan bertanya untuk mengelakkan masa terbuang kerana sibuk mencari jalan. Buat rugi saja! Selain peta atau maklumat yang anda dapat melalui internet, anda boleh berkongsi pengalaman dengan backpackers

lain jika bermalam di hostel atau dorm. Secara tidak langsung, anda dapat mempelajari perkara baru.

Sebenarnya sama ada anda bercuti secara mewah atau backpacker, persediaan awal harus dibuat. Jangan main redah saja untuk mengelakkan anda kehabisan wang, masa, dan tenaga untuk perkara-perkara yang tidak diperlukan. Paling penting, utamakan soal keselamatan ya! Selamat berlibur!

Oleh
putri.adila