Bagi sesetengah individu, minuman berkafein seperti kopi dianggap sebagai pelengkap rutin seharian.
Amalan pengambilan minuman sebegini sebenarnya bertujuan menghilangkan rasa mengantuk ketika perjalanan jauh, atau ketika ingin mengulang kaji pelajaran. Begitu juga apabila membabitkan kerja syif malam mahupun berjaga lewat malam, minum kopi membantu menyegarkan hari-hari anda.
Jika anda peminat kopi dan mencari lokasi istimewa untuk bersantai bersama teman-teman atau hanya ingin menghabiskan masa seorang diri, ini port minum kopi yang dicadangkan.
Di Malaysia walaupun masih baru namun menampakkan pertumbuhan positif apabila banyak kafe hipster tumbuh bagai cendawan selepas hujan antaranya kafe Drinka, merupakan port penggemar kopi untuk ‘lepak’.
.
Selain menawarkan pengalaman minum kopi yang enak di bandaraya Ipoh, disini juga menyediakan hidangan sampingan seperti pelbagai variasi kek dan donut yang enak berasaskan cita rasa pelanggan. Berkonsep kafe yang lebih santai dan sesuai untuk seisi keluarga, Drinka juga mengetengahkan konsep gaya cafe classic moden art yang menarik. Jika ke sini jangan lupa untuk merakam gambar kenangan disetiap sudut kafe ini.
.
.
Antara kopi yang terkenal sejak tahun 1957 dicadangkan untuk singgah adalah di Kopi Manshor Kuala Pilah pasti kena dengan citarasa anda! Ada hampir 25 pilihan minuman kopi ditawarkan, namun kopi yang paling istimewa di sini adalah ‘Kopi Power’ sudah berjaya menawan hati ramai. Rupa kopi ini kelihatan sangat pekat, namun tidak pula pahit. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan. Pendek kata, kopi yang melimpah luah hingga ke piring ini memang cukup sempurna.
Nasi lemak, roti bakar dan secawan kopi di Kluang Rail Coffee atau dikenali Kedai Kopi Keretapi yang wujud dekat sini sejak lebih 80 tahun lalu terletak betul-betul di tepi landasan kereta api masih mengekalkan suasana sama seperti awal dahulu.
Buat peminum kopi tegar, anda boleh berkunjung ke kedai lama yang bercirikan tradisional tanpa dekorasi indah, di samping menawarkan keaslian menu zaman dahulu. Ketika zaman 50-an dan 60-an, kedai ini pernah menghidangkan kopi kole atau teh kole yang dibungkus dalam tin susu sebagai kemudahan kepada orang ramai yang ingin membawa pulang ketika dalam perjalanan di dalam kereta api. Zaman sudah berubah. Tempat yang sama namun situasinya sudah berbeza. Di sini ada 35 meja. Satu meja hanya muat empat orang tetapi waktu kemuncak seperti hujung minggu, boleh muat sehingga 10 orang. Nak merasa duduk bersama orang tidak dikenali, di sini tempatnya.
Tidak lengkap percutian ke Pulau Pinang tidak ke Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit. Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Terbaru, tular di media sosial sebuah kafe unik buat penggemar kopi di Bukit Bendera iaitu Kopi Hutan. Untuk ke sini, pelanggan boleh menaiki buggy atau kereta yang berada di Dataran Bukit Bendera secara percuma untuk ke kafe ini. Kewujudan Kopi Hutan sangat menarik kerana terletak di atas bukit yang tinggi dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang. Kiranya lokasi yang ‘perfect’ untuk bersantai sambil minum kopi Arabica atau teh.