Senso Ji .

Tokyo merupakan ibu negara Jepun menjadi salah satu kuasa ekonomi teratas dunia hasil arus pemodenan yang begitu maju. Walaupun nilai matawang di Jepun agak tinggi, namun negeri-negeri di Jepun seperti Tokyo tetap menjadi pilihan lokasi impian untuk pelancong dari Malaysia.

Jika sampai ke Tokyo, jangan lupa untuk sewa pakaian tradisional mereka sambil berjalan-jalan sekitar bangunan tradisi mereka yang masih gak dan kukuh. Antara tempat menarik untuk ambil gambar background bangunan tradisi Jepun di sekitar Tokyo seperti:

  • Senso Ji adalah sebuah tokong Buddha tertua dibina pada tahun 645 terletak di Asakusa. Tokong ini merupakan antara tempat penyembahan yang paling berwarna-warni dan terkenal di Tokyo.

4 Lokasi Cantik Ambil Gambar Di Tokyo ‘Background’ Bangunan Tradisi Jepun
.

4 Lokasi Cantik Ambil Gambar Di Tokyo ‘Background’ Bangunan Tradisi Jepun
.

Ads
  • The Meiji Shrine adalah sebuah tokong yang didekasikan untuk Maharaja Meiji dan Maharani Shoken. Lokasinya adalah bersebelahan sahaja dengan Stesen Harajuku.The Meiji Shrine yang siap dibina pada tahun 1920 ini sebenarnya pernah musnah ketika Perang Dunia Kedua, namun telah dibina semula.

4 Lokasi Cantik Ambil Gambar Di Tokyo ‘Background’ Bangunan Tradisi Jepun

4 Lokasi Cantik Ambil Gambar Di Tokyo ‘Background’ Bangunan Tradisi Jepun

Ads
  • Tokyo National Museum telah dibina di Yushima Seido Shrine pada tahun 1972, namun dipindahkan ke lokasi sekarang beberapa tahun kemudian. Muzium ini menempatkan antara koleksi arkeologi dan seni yang terbaik di Jepun. Bangunan utamanya, Honkan, mempamerkan pelbagai hasil seni Jepun sejak zaman kuno hinggalah ke abad ke-19.

4 Lokasi Cantik Ambil Gambar Di Tokyo ‘Background’ Bangunan Tradisi Jepun

Ads

4 Lokasi Cantik Ambil Gambar Di Tokyo ‘Background’ Bangunan Tradisi Jepun

  • Imperial Palace & East Garden adalah sebahagian daripada ruang dalam istana yang dibuka kepada orang awam. Pada awalnya, lokasi Imperial Palace & East Garden ini adalah tapak asal untuk bulatan pertahanan utama istana Edo iaitu ‘honmaru’ dan ‘ninomaru’.

4 Lokasi Cantik Ambil Gambar Di Tokyo ‘Background’ Bangunan Tradisi Jepun

4 Lokasi Cantik Ambil Gambar Di Tokyo ‘Background’ Bangunan Tradisi Jepun

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI