Selain Cameron Highland, Bukit Fraser dan Bukit Bendera yang biasa kita dengar, terdapat beberapa lagi lokasi tanah tinggi yang mesti dilawati kerana ia bukan saja sejuk tetapi mempunyai pemandangan yang indah memukau.
**media[24231]**
BARIO & BA'KELALAN
Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak. Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ba'Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda.
Ads
**media[24229]**
KUNDASANG
Kundasang merupakan pusat tanaman sayur-sayuran segar yang terkenal di Sabah. Terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu, cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi faktor utama pelancong datang ke sini. Menariknya Kundasang, ia lokasi yang 'bersih' dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong. Di sini, anda dapat memperolehi bunga-bunga dan sayur-sayuran segar dengan harga yang berpatutan kerana faktor cuaca yang sejuk.
**media[24228]**
Ads
BUKIT LARUT
Turut dikenali sebagai Maxwell Hill ini merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi yang terletak di Taiping, Perak. Suhu pada hari siang adalah di antara 15 hingga 25 darjah celsius dan boleh mencecah 10 darjah celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Memandangkan Bukit Larut merupakan kawasan lembap di Malaysia, anda akan meredah hujan hampir setiap hari pada sebelah petang. Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan kuda padi dan kerusi pengusung untuk ke puncak bukit. Kebanyakan pelancong Eropah yang sampai ke sini akan menyamakan tempat ini sebagi Switzerland pada musim bunga!
**media[24230]**
Ads
GUNUNG LEDANG
Dengan ketinggian 1,276m, gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung. Jika anda berada di atas gunung ini pada hari cerah, anda boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Lagenda dan mitos berjaya menarik pelancong yang gemarkan alam semulajadi. Anda tidak keseorangan jika mahu bermalam di hutan ini kerana ia pilihan anda jika mahu sampai ke sini. Air terjun dan resort pula melengkapkan pakej untuk pelawat memilih Gunung Ledang sebagai lokasi percutian.
Bosan juga jika kerap ke tanah tinggi yang sama. Empat lokasi tanah tinggi di atas merupakan beberapa lokasi pilihan yang membolehkan anda menikmati buah epal bukit seperti yang terdapat di tanah tinggi Ba'Kelalan.
Jika anda berkunjung ke sini, tidak ada salahnya anda feeling membawa jaket tebal seperti bercuti ke luar negara!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Memiliki masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, membuatkan negara kita kaya dengan adat resam dan budaya yang berbeza. Jika orang Melayu ada makanan tradisional mereka begitu juga bagi kaum India dan masyarakat Cina. Bukan itu sahaja, Malaysia juga sebenarnya mempunyai masyarakat Peranakan Baba dan Nyonya yang tinggal di negeri Melaka.
Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian daripada kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu. Peredaran zaman menyebabkan generasi muda yang sepatutnya menjadi pewaris kini dilihat semakin meninggalkan adat resam dan budaya tinggalan nenek moyang mereka. Bagi terus mengekalkan keunikan masyarakat tersebut, Restoran Nyonya Makko, Melaka mengambil inisiatif mempromosi makanan Peranakan atau Nyonya yang merupakan restoran turun temurun keluarga peranakan sejak tahun 1984.
Masakan Nyonya ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu selain mempunyai banyak persamaan khususnya dari segi penggunaan rempah ratus dalam masakan Melayu, Nyonya dan Portugis. Gabungan ketiga-tiga elemen ini juga sebenarnya mengayakan lagi makanan tradisional Melaka. Dalam masakan Nyonya selain menggunakan serai dan ketumbar, ia turut disertakan ramuan asli lain yang dapat menambahkan keenakan serta rasanya berbanding masakan lain.
Aroma berlainan di samping rasanya yang sedikit manis dan masam juga merupakan salah satu keunikkan tersendiri yang terdapat di dalam masakan Nyonya.
Antara menu menarik berkonsepkan masakan Nyonya yang akan disediakan ialah Ayam Buah Keluak, Ikan Chuan-Chuan, Nyonya Chap Chai, Udang Masak Lemak, Itik Tim dan Ikan Goreng Cili Garam. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga dapat menikmati pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-kuih tradisional Nyonya seperti kuih Achah, kuih Bangkit, Tat Nenas dan jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut seperti Cendol.
Jadi apa kata anda datang dahulu untuk merasai masakan Nyonya di sini untuk menikmati keaslian citarasanya. Untuk makan tengah hari restoran ini dibuka dari pukul 11.30 tengah hari hingga 2.45 petang dan makan malam dari pukul 6 petang hingga 9.30 malam setiap hari kecuali ditutup pada Selasa.
Maklumat Lanjut: Restoran Nyonya Makko |123, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir 75000 Melaka, Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Masjid kecil cantik ini terletak di tengah bandar Kırşehir, Turki. Masjid ini menarik perhatian dengan rekaan dalaman menarik. Siling dilukis langit dan awan yang cantik, ruang utama imam dilukis air terjun yang indah, pokok-pokok di antara tingkap dan permaidani seakan rumput.
Pandangan 360 dalam masjid. Guna handphone, gerak kiri/ kanan. PC,klik untuk interaksi
Sejarah Dibina pada 1910 semasa pemerintahan Kalifah Uthmaniah di kejiranan Yenis dari Kırşehir dan diberi nama sempena Kalifah Islam, Amir al-Mu’minin Sultan Abdülhamid II Khan. Selepas beberapa dekad, masjid ini terbiar usang dan rosak. Kemudian diroboh dan dibina baru Hamidiye Camii di tapak sama.
Pemuliharaan Motif artistik dilukis oleh arkitek Azerbaijan, dan menarik perhatian dunia bagi melihat sendiri keindahan dalaman masjid serta bersolat. Imam masjid; Sefa Ekinci berkata ” Semasa saya ditugas di masjid ini, saya mengkaji sejarahnya dan mengikuti pembinaan baru masjid. Pembina masjid mendapat ilham dari ayat 22 surah al-Baqarah yang bermaksud
“(Allah) yang telah menjadikan untuk kamu akan bumi sebagai hamparan dan langit sebagai kanopi, dan diturunkanNya air dari langit (hujan), maka keluarlah dengan sebabnya buah-buahan, rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu adakan bagi Allah sekutu-sekutu, padahal kamu mengetahui.”
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Tioman memiliki pasir pantainya yang memutih dan halus, air laut berwarna hijau kebiruan, hidupan marin serta hutan paya bakau menjadi tarikan utama pelancong untuk bersantai dan menenangkan fikiran serta membebaskan diri daripada tekanan.
Di Pulau Tioman terdapat lima kampung utamanya iaitu Kampung Tekek, Kampung Salang, Kampung Air Batang, Kampung Genting dan Kampung Juara, satu-satunya kampung yang menghadap laut lepas. Anda boleh memilih destinasi pilihan sepanjang bercuti di pulau itu.
Bercirikan panorama semula jadinya, banyak aktiviti berkumpulan boleh dilakukan di pulau itu terutama aktiviti air seperti snorkeling dan selam skuba selain pendakian ke Gunung terdekat atau merentas hutan ke kawasan air terjun.
Tiada kenalan untuk bercuti bersama ke Pulau Tioman? Tidak perlu risau, siapkan sahaja diri anda dan terus mencipta memori secara solo di Pulau Tioman yang pernah dinobatkan antara 10 pulau tercantik dunia.
Ini perkongsian Mohd Azuan Ariffin solo traveller cuti-cuti Malaysia Ke Pulau Tioman!
Kebanyakkan pelancong yang dah ke Tioman biasanya akan memilih utk menginap di sekitar Tekek, Paya atau Salang. As for me yg sukakan kelainan & adventure, saya memilih utk menginap di Kampung Juara yang terletak di bahagian timur Pulau Tioman.
Sangat berbaloi & menarik. Sesuai sangat utk yg nak restkan minda & me time session. Cuma agak mencabar sedikit sblum sampai resort sbb kena naik 4wd (RM30 sehala/per person).
Sedikit Info:
Penginapan : 1511 Coconut Grove & The Barat Tioman Beach Resort (kedua-duanya terletak bersebelahan) hnya 30 meter jalan kaki ke pantai.
Rate room mngikut type & bajet sendiri (saya booking direct drpd website resort memandangkan ada promo slpas compare price dgn booking.com & agoda)
Sewa Motor (RM30/per hour) Pusing² Kg Juara + Minum Abc + Photography session
Sun Tanning session
layan live band @ 1511 Coconut Hroove
Free n easy
.
.
Aktiviti Lain Yg Boleh Dibuat:
Snorkeling 4 checkpoint
Scuba Diving
Best lepak kat Kampung Juara ni sebab tak sibuk. Tenang je. Bukak pintu & tgkap bilik terus nampak pantai. Dah macam private beach. Pantai di Kg Juara ni adalah sepanjang 2KM (terpanjang di Pulau Tioman) & org-org di Kg ni semuanya friendly & murah dgn senyuman.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!