Ramai rakyat Malaysia sebenarnya teringin untuk bercuti ke negara kuasa utama dunia iaitu Amerika Syarikat (USA). Namun, impian tersebut sedikit terbantut kerana untuk memohon visa ke negara tersebut dikatakan agak susah.
Duta Amerika Syarikat di Malaysia banyak kali sudah mengeluarkan kenyataan, bahawa untuk rakyat Malaysia memohon visa ke USA tidak begitu sukar. Tidak perlu mendengar kata-kata yang diprovok oleh sesetengah pihak.
Ini ada perkongsian daripada rakyat Malaysia, Ayu Hasman di laman sosialnya tentang 4 langkah mudah untuk memohon visa USA.
1. Masuk ke website http://www.ustraveldocs.com/my. Korang kena tahu jenis visa yang korang nak apply. Kalau untuk bercuti, korang perlu apply " B2-tourist / Non Immigrant". Click option nonimmigrant.
- Harga visa B1/B2 adalah $160. Lebih kurang RM700. Visa sah sehingga 10 tahun.
2. Buat pembayaran untuk visa. Ada 2 cara untuk buat pembayaran visa
a) Cash deposit di Ambank
b) pembayaran melalui jompay
- Untuk pembayaran cara (a), korang kena download US Visa Application Slip Deposit di website. Pilih AmBank Deposit Slip – $160 MRV Fee"
- Deposit slip ni valid untuk 5 hari je. So lepas download, cepat-cepat lah korang pergi buat payment di Ambank.
- Setiap deposit slip, ada receipt number yang berbeza. So masa nak buat pembayaran di ambank, jangan lupa bawa deposit slip ni.
- Lepas bayar, korang akan dapat resit pembayaran. Make sure Bill A/C number di resit pembayaran sama dengan "AmBank Deposit Slip-Receipts Number"
- Untuk cara pembayaran cara (b), korang boleh buat secara online. Nanti hanya perlu masukkan reference number “Ref-1”. Pembayaran yang dilakukan selepas jam 4:30pm atau pun pada hari sabtu, ahad atau public holiday akan diproses pada the next business day.
3. Isi Online Application Form DS 160 – jawab semua soalan dengan jujur. Di bahagian akhir form, korang boleh set date untuk interview. Antara soalan yang korang perlu jawab:
a) personal details , address, phone, passport info
b) Travel info : purposes of the trip to US, date arrival, length of stay in US
c) Family info : Father & Mother’s name & date of birth
d) Work/Education/Training info : Name of your employer, monthly salary, address, occupation, description of your occupation.
f) Security & Background info : mostly asking on your health condition. *Untuk gambar visa, saiz gambar mestilah bersaiz 2” x 2” (background putih). Softcopy gambar passport kena upload di Online Application Form DS 160.
Tips untuk wanita yang bertudung:
- Pakai tudung plain yang berwarna gelap
- Pastikan tudung ditarik kebelakang supaya muka kelihatan jelas, takde shadow.
4. Set date untuk interview. Masa interview kena datang awal 30 minit.
Selepas interview, biasanya masa yang diambil untuk process visa lebih kurang seminggu hari bekerja. Soalan yang biasanya ditanya ketika interview:
- Nak pergi USA buat apa
- Pergi dengan siapa
- Nak pergi area mana
- Dah beli tiket flight dan book hotel ke belum
- Korang ni kerja apa, nama company dan details mengenai pekerjaan
Apa yang paling penting sekali, masa interview kena confident dan sentiasa bermuka manis. Jangan la pulak buat muka macam nak makan orang ataupun blur-blur.
Semoga berjaya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI