Kalau anda nak merasa bercuti di Narathiwat-Pattani-Yala, boleh DIY dengan ikut cara ini. Sempoi layan pemandangan siap boleh makan-makan.
Nak tahu tempat best dan itinerary perjalanan di sini, jemput baca perkongsian saudara Walid Ismail, tiga hari dua malam di sana dengan cara lebih jimat.
Okay, sesiapa yang ingin bercuti ke Selatan Thailand, lari dari kesibukan kota dan juga lebih menjimatkan, ikut sahaja langkah ini. Semua satu hala, tak perlu patah balik.
Seminggu sebelum masuk Thailand, kami beli Thailand Tourist Sim di Shoppe, Data dia Unlimited dan boleh guna untuk seminggu, tak perlu nak register apa, masuk kad sim di dan check ini Thailand terus boleh guna dan semua laluan 3H2M dapat coverage 4G walaupun dalam kawasan hulu. Beli 1 sim, boleh buka hotspot satu kereta, semua boleh guna.
Untuk urusan Documentation perjalanan dan Insurance Thailand, hanya berusan melalui Whatapps sahaja, nanti kita pergi pickup di kedai, sebab lokasi kedai berdekatan sahaja dengan border Rantau Panjang.
1) Masuk Border Rantau Panjang-Golok.
2) Money Changer
Saya tukar duit di sini, Adam Money Services, waktu ni kami dapat rate Rm1= 7.72Baht, satu-satunya kedai yang saya jumpa buka pada waktu malam di sini.
3) Pasar Malam Sungai Kolok, Golok Thailand
Sini banyak makanan murah dan sedap.
Buka setiap HARI JUMAAT dari jam 4pm-9pm waktu Thailand.
4) Pasar malam Sungai Kolok atau orang Kelantan sebut ‘Pasar Malam Kale Jambu’
Kalau hari SABTU DAN AHAD , boleh ke pergi ke pasar ini, pun seronok layan makan-makan.
5) Check In INTER TOWER HOTEL
Kami walkin sahaja ke hotel, dapat semalam RM60
Sebab pilih hotel ini adalah dekat dengan lokasi kedai nak pergi sarapan esok pagi. Jalan kaki sahaja.
-Besar dan selesa.
-Free Wifi.
-Kena bawa sendiri universal plug.
-Ada arah kiblat, tapi tak ada sediakan sejadah.
-Parking kereta disediakan.
-Ada sediakan sarapan pagi.
1) NASI KHAOMOK JEERAPHAN 2
Sarapan pagi di Kedai viral yang pernah Khairul Aming datang. Sedap gila nasi Khaomok kat sini, harga pun sangat murah nak dibandingkan di Hatyai. Jalan kaki sahaja dari Hotel. Tip untuk jimat beli makanan 1 untuk 2 orang makan sebab trip kali ini adalah trip jalan-jalan cari makan. Banyak lagi tempat nak pergi makan.
2) Check out
-Gerak dari Golok ke Narathiwat.
-Jalan raya depa sangat elok, kereta pun tak banyak di atas jalan, sangat selesa drive.
-Sepanjang perjalan boleh nampak perkampungan dan aktiviti masyarat melayu di sana. Seolah-olah kita berada di Kelantan dan Terengganu.
-Boleh juga singgah tengok pekan Tak Bai sebab satu jalan, bagi memperingati Tragedi Tak Bai.
3) Wajib singgah ke CAFE AMAZON KHOK KHIAN
Tempat yang paling cantik di Narathiwat.
4) PAYNA NARA
Bagi yang kaki OOTD, boleh singgah. Lebih kurang macam Kampung Agong Penang, tapi yang ini versi mini. Cuma waktu saya datang sini ibarat indah khabar dari rupa sebab kawasan untuk bergambar tu tak dijaga elok. Permandangan tak cantik. Mungkin sekarang depa dah buat cantik balik. Macam mana pun boleh datang dan tengok sendiri.
5) Daerah BAN THON
Hangpa akan rasa vibe seperti ada di kawasan pantai Penarik Terenganu.
View pantai, pokok kelapa dan juga jalan tepi pantai cantik sangat. Datang OOTD dulu di kawasan Ban Thon Beach. Kemudian menyusuri jalan tepi pantai makan tengah hari di sini.
6) TALAY SEA CAFE
-Makanan sedap.
-️Harga OK.
-Tempat cantik dan bersih.
Kedudukan kedai ini juga berdekatan dengan Narathiwat Airport, kalau ada kapal terbang nak landing, boleh nampak sangat dekat.
7) SUMMER THON
Lokasi berdekatan dengan kedai Talay Sea Cafe. Sini kedai makan juga, design bangunannya unik, boleh datang OOTD kat sini, tempat ini lagi dekat dengan kapal terbang akan lalu atas kepala kita sahaja semasa nak landing.
4.00 petang
-MASJID KERISIK
-Masjid ini antara masjid tertua di Pattani dan ada sejarah tersendiri.
-Singgah solat Jamak di sini.
9) BAAN KO NOM SOD
-Wajib singgah cuba makan roti bakar sekaya di sini, sedap.
Kedai ini start buka jam 4.00pm.
10) Check in BM PATTANI APPARTMENT HOTEL
-Hotel ini hanya RM70 semalam, walkin sahaja, sangat luas dan selesa.
-Parking
-️Wifi
-Ada arah kiblat ,tiada sedia sejadah.
-Kena bawa universal plug.
11) PATTANI GREEN MARKET
-Makanan kat sini murah dan sedap.
-Parking kereta tepi jalan sahaja.
-Boleh bungkus dan ada tempat makan disediakan.
1) check out Hotel
2) Sarapan di NOM RUEDEE PATTANI
-Sambil makan menghadap sungai Pattani.
-Bubur nasi dia MasyaAllah sedap sangat.
3) Pusing-pusing Bandar Pattani
-MASJID JAMEK PATTANI
-Masjid ini ada keunikkan dia tersendiri, Raja Thailand pun suka datang sini.
-Simbolik kepada penyatuan Orang Melayu Pattani.
4) DURIAN CHAMIL SAYANG
-Datang Thailand tak lengkap kalau tak makan dan rasa durian. Boleh makan, sebab isi dia besar, agak pricy sebab timbang dulu.
5) BARAHOM BARZAAR
-Paling unik dan wajib cuba, makan di atas perahu, diaorang akan bawa kita naik sampan selama 2jam 30min pusing ke muara teluk Sungai Pattani, melalui hutan paya bakau. Sambil itu depa hidangkan makanan tradisi Pattani, sedap! Kami siap tambah nasi dan lauk lagi.
6) SUAN BAI JAI
-Wajib datang sini masuk murah, ada mini zoo boleh bagi makan rusa dan burung unta, yang bestnya kita boleh naik ramai-ramai kereta api mini pusing keliling.
7) Pattani-Yala
-Perjalanan agak panjang.
-Boleh singgah isi minyak untuk backup.
Saya hanya isi 10liter sahaja sudah cukup sampai rumah.
-Bandar Yala ( bandar paling tenang dan masih mengekalkan landskap hijau yang cantik )
-Jalan dari Yala-Betong 100km/100corner, layan je sebab jalannya cantik dan tak ada lubang. Boleh tengok view hutan cantik dan ladang durian.
7.00 malam, Betong
-Pusing-pusing bandar Betong.
-Saya cadangkan nak shopping makanan di 7E, baik beli di bandar Yala, kalau di Betong kebanyakan 7E banyak makanan dah kehabisan stock.
-Border Betong-Malaysia tutup jam 11malam. Tak perlu rushing, santai-santai saja.
Semoga info ini dapat bagi manfaat kepada orang ramai yang mana pertama kali nak masuk jalan-jalan Selatan Thai.
Haa… jangan risau di sana selamat untuk kita datang jalan-jalan bantu ekonomi Masyarakat Melayu Pattani.