Kalau anda nak merasa bercuti di Narathiwat-Pattani-Yala, boleh DIY dengan ikut cara ini. Sempoi layan pemandangan siap boleh makan-makan.
Nak tahu tempat best dan itinerary perjalanan di sini, jemput baca perkongsian saudara Walid Ismail, tiga hari dua malam di sana dengan cara lebih jimat.
Okay, sesiapa yang ingin bercuti ke Selatan Thailand, lari dari kesibukan kota dan juga lebih menjimatkan, ikut sahaja langkah ini. Semua satu hala, tak perlu patah balik.
Bercuti di Narathiwat Kena ‘Disiplin’ dan ‘Morning Person’
Seminggu sebelum masuk Thailand, kami beli Thailand Tourist Sim di Shoppe, Data dia Unlimited dan boleh guna untuk seminggu, tak perlu nak register apa, masuk kad sim di dan check ini Thailand terus boleh guna dan semua laluan 3H2M dapat coverage 4G walaupun dalam kawasan hulu. Beli 1 sim, boleh buka hotspot satu kereta, semua boleh guna.
Untuk urusan Documentation perjalanan dan Insurance Thailand, hanya berusan melalui Whatapps sahaja, nanti kita pergi pickup di kedai, sebab lokasi kedai berdekatan sahaja dengan border Rantau Panjang.
Hari 1
5 petang
1) Masuk Border Rantau Panjang-Golok.
2) Money Changer
Saya tukar duit di sini, Adam Money Services, waktu ni kami dapat rate Rm1= 7.72Baht, satu-satunya kedai yang saya jumpa buka pada waktu malam di sini.
3) Pasar Malam Sungai Kolok, Golok Thailand
Sini banyak makanan murah dan sedap.
Buka setiap HARI JUMAAT dari jam 4pm-9pm waktu Thailand.
4) Pasar malam Sungai Kolok atau orang Kelantan sebut ‘Pasar Malam Kale Jambu’
Kalau hari SABTU DAN AHAD , boleh ke pergi ke pasar ini, pun seronok layan makan-makan.
5) Check In INTER TOWER HOTEL
Kami walkin sahaja ke hotel, dapat semalam RM60
Sebab pilih hotel ini adalah dekat dengan lokasi kedai nak pergi sarapan esok pagi. Jalan kaki sahaja.
-Besar dan selesa.
-Free Wifi.
-Kena bawa sendiri universal plug.
-Ada arah kiblat, tapi tak ada sediakan sejadah.
-Parking kereta disediakan.
-Ada sediakan sarapan pagi.
Hari 2
9.00pagi
1) NASI KHAOMOK JEERAPHAN 2
Sarapan pagi di Kedai viral yang pernah Khairul Aming datang. Sedap gila nasi Khaomok kat sini, harga pun sangat murah nak dibandingkan di Hatyai. Jalan kaki sahaja dari Hotel. Tip untuk jimat beli makanan 1 untuk 2 orang makan sebab trip kali ini adalah trip jalan-jalan cari makan. Banyak lagi tempat nak pergi makan.
10.00pagi
2) Check out
-Gerak dari Golok ke Narathiwat.
-Jalan raya depa sangat elok, kereta pun tak banyak di atas jalan, sangat selesa drive.
-Sepanjang perjalan boleh nampak perkampungan dan aktiviti masyarat melayu di sana. Seolah-olah kita berada di Kelantan dan Terengganu.
-Boleh juga singgah tengok pekan Tak Bai sebab satu jalan, bagi memperingati Tragedi Tak Bai.
Ads
11.00 pagi
3) Wajib singgah ke CAFE AMAZON KHOK KHIAN Tempat yang paling cantik di Narathiwat.
12.00-12.30petang
4) PAYNA NARA
Bagi yang kaki OOTD, boleh singgah. Lebih kurang macam Kampung Agong Penang, tapi yang ini versi mini. Cuma waktu saya datang sini ibarat indah khabar dari rupa sebab kawasan untuk bergambar tu tak dijaga elok. Permandangan tak cantik. Mungkin sekarang depa dah buat cantik balik. Macam mana pun boleh datang dan tengok sendiri.
1.00-3.00pm
5) Daerah BAN THON
Hangpa akan rasa vibe seperti ada di kawasan pantai Penarik Terenganu.
View pantai, pokok kelapa dan juga jalan tepi pantai cantik sangat. Datang OOTD dulu di kawasan Ban Thon Beach. Kemudian menyusuri jalan tepi pantai makan tengah hari di sini.
6) TALAY SEA CAFE
-Makanan sedap.
-️Harga OK.
-Tempat cantik dan bersih.
Kedudukan kedai ini juga berdekatan dengan Narathiwat Airport, kalau ada kapal terbang nak landing, boleh nampak sangat dekat.
7) SUMMER THON
Lokasi berdekatan dengan kedai Talay Sea Cafe. Sini kedai makan juga, design bangunannya unik, boleh datang OOTD kat sini, tempat ini lagi dekat dengan kapal terbang akan lalu atas kepala kita sahaja semasa nak landing.
Ads
NARATHIWAT – PATTANI
Perjalanan dalam 1jam
4.00 petang
-MASJID KERISIK
-Masjid ini antara masjid tertua di Pattani dan ada sejarah tersendiri.
-Singgah solat Jamak di sini.
5.00 petang
9) BAAN KO NOM SOD
-Wajib singgah cuba makan roti bakar sekaya di sini, sedap.
Kedai ini start buka jam 4.00pm.
6 Petang
10) Check in BM PATTANI APPARTMENT HOTEL
-Hotel ini hanya RM70 semalam, walkin sahaja, sangat luas dan selesa.
-Parking
-️Wifi
-Ada arah kiblat ,tiada sedia sejadah.
-Kena bawa universal plug.
8.00-10.00malam
11) PATTANI GREEN MARKET
-Makanan kat sini murah dan sedap.
-Parking kereta tepi jalan sahaja.
-Boleh bungkus dan ada tempat makan disediakan.
Hari Ketiga
9.00pagi
1) check out Hotel
2) Sarapan di NOM RUEDEE PATTANI
-Sambil makan menghadap sungai Pattani.
-Bubur nasi dia MasyaAllah sedap sangat.
Ads
10.00pagi
3) Pusing-pusing Bandar Pattani
-MASJID JAMEK PATTANI
-Masjid ini ada keunikkan dia tersendiri, Raja Thailand pun suka datang sini.
-Simbolik kepada penyatuan Orang Melayu Pattani.
11.00pagi
4) DURIAN CHAMIL SAYANG
-Datang Thailand tak lengkap kalau tak makan dan rasa durian. Boleh makan, sebab isi dia besar, agak pricy sebab timbang dulu.
5) BARAHOM BARZAAR
-Paling unik dan wajib cuba, makan di atas perahu, diaorang akan bawa kita naik sampan selama 2jam 30min pusing ke muara teluk Sungai Pattani, melalui hutan paya bakau. Sambil itu depa hidangkan makanan tradisi Pattani, sedap! Kami siap tambah nasi dan lauk lagi.
6) SUAN BAI JAI
-Wajib datang sini masuk murah, ada mini zoo boleh bagi makan rusa dan burung unta, yang bestnya kita boleh naik ramai-ramai kereta api mini pusing keliling.
3.30petang
7) Pattani-Yala
-Perjalanan agak panjang.
-Boleh singgah isi minyak untuk backup.
Saya hanya isi 10liter sahaja sudah cukup sampai rumah.
-Bandar Yala ( bandar paling tenang dan masih mengekalkan landskap hijau yang cantik )
-Jalan dari Yala-Betong 100km/100corner, layan je sebab jalannya cantik dan tak ada lubang. Boleh tengok view hutan cantik dan ladang durian.
7.00 malam, Betong
-Pusing-pusing bandar Betong.
-Saya cadangkan nak shopping makanan di 7E, baik beli di bandar Yala, kalau di Betong kebanyakan 7E banyak makanan dah kehabisan stock.
-Border Betong-Malaysia tutup jam 11malam. Tak perlu rushing, santai-santai saja.
Semoga info ini dapat bagi manfaat kepada orang ramai yang mana pertama kali nak masuk jalan-jalan Selatan Thai.
Haa… jangan risau di sana selamat untuk kita datang jalan-jalan bantu ekonomi Masyarakat Melayu Pattani.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perkongsian oleh Zanariah Salam, Joseph Cheung, Shamsul dan, Maizurah Ariff
Perjalanan udara yang memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit dengan menaiki pesawat AirAsia sebelum tiba ke Surabaya. Setibanya di sini,perjalanan diteruskan dengan menaiki van selama lebih kurang 4 jam ke pergunungan Bromo, Surabaya yang merupakan gunung berapi yang masih lagi aktif di Indonesia dan mempunyai ketinggian 2392 meter dari paras laut.
Bromo sememangnya terkenal dengan landskapnya yang menarik terutama sekali ketika matahari terbit, namun yang uniknya bagi kami ketika kembara kali ini ialah adanya festival yang sedang berlangsung disini iaitu Festival Kasada.
Festival penuh keunikan
Festival yang dijalankan setiap tahun pada malam bulan penuh hari ke-14 dalam bulan Kasada (bulan ke Sembilan) dalam pengiraan kalendar Jawa Tengger merupakan upacara adat bagi suku kaum Tengger yang beragama Hindu di sini.
Upacara ini dijalankan sebagai simbolik bagi memperingati pengorbanan anak bongsu nenek moyang mereka iaitu pasangan penguasa wilayah, Roro Anteng dan Joko Seger yang dikorbankan kekawah Gunung Bromo setelah mereka dikurniakan 25 orang anak. Kerelaan anak bongsu pasangan ini untuk dikorbankan bagi memenuhi permintaan sang dewa diabadikan dengan upacara penyembahan sesaji ke kawah Gunung Bromo yang dijalankan hingga ke hari ini. Ketika upacara ini dilakukan, kaum Tengger akan melemparkan sesaji ke kawah Gunung Bromo sebagai upacara sembah ke atas Tuhan mereka (Sang Dewa Api, Brahma) dan juga sebagai penghargaan mereka atas hasil tani dan kehidupan yang diberikan. Sesaji yang dimaksudkan di sini merupakan hasil pertanian mereka seperti sayuran, buah-buahan, malahan ada juga haiwan ternakan seperti ayam atau kambing. Malah, Ada juga yang melemparkan wang ke kawah gunung tersebut.
Bukan sekadar gunung berapi
Selain penyembahan sesaji di Kawah Gunung Bromo, masyarakat Tengger juga akan melakukan sesaji dan upacara keliling tugu pemujaan di kuil di kaki Gunung Bromo. Dukun merupakan pengantara kepada Sang Hyang Widi yang mana masyarakat Tengger akan memohon doa untuk kehidupan yang lebih baik. Masyarakat Tengger akan makan bersama keluarga di sekitar Lautan Pasir sebagai simbolik kepada perayaan Kasada. Pelbagai ragam menarik boleh dirakam sepanjang festival ini berlangsung. Penduduk di sini tidak kira tua, muda malahan kanak-kanak mengambil peluang ini mengunjungi kawah Gunung Bromo yang boleh didaki menerusi lebih kurang 250 anak tangga untuk menyaksikan festival ini.
Manakala di sepanjang kaki lima di sekitar hadapan hotel tempat kami menginap, terdapat khemah jualan yang seakan pasar malam atau “fun fair” di Malaysia. Ianya dibuka sebagai salah satu cara mereka meraikan festival kasada.Pelbagai barang keperluan harian seperti baju, topi, perkakasan dapur malahan permainan kanak-kanak dijual.
Masyarakat Tengger sememangnya mengambil kesempatan ini untuk bersuka ria tanpa risau memikirkan permasalahan mereka yang mana pada ketika ini sudah hampir dua bulan kemarau melanda di sini. Seharian mengambil gambar berkonsep human interest diupacara Festival Kasada tidak menghalang kami untuk terus mengambil landskap pemandangan di sekitar Bromo. Sememangnya Bromo memang tidak pernah mengecewakan setiap pengunjungnya.
Pasir berbisik vs padang savana
Jika hari sebelumnya di awal pagi lensa kami merakam matahari terbit, antara pukul 9:00 pagi hingga ke lewat 2:00 petang pula, lensa kami pula merakam akan keindahan Lautan Pasir Bromo yang menjadi kemestian perjalanan di Gunung Bromo.
“Whispering Sands” atau lebih dikenali sebagai Pasir Berbisik di sini disebabkan oleh tekstur pasirnya yang sentiasa berubah tekstur setiap kali angin bertiup kencang seolah-olah bisikan yang menyeru akan keindahan alam Bromo. Pasirnya sungguh halus, dan AWAS, jangan sesekali menukar lensa disini kerana keberangkalian debudebu kecil memasuki sensor amatlah tinggi.
Tidak dilupakan deretan bukit yang menyerupai Bukit Teletubbies dalam rancangan kanak-kanak di TV suatu masa dahulu, disamping hamparan padang rumput yang dipenuhi pelbagai jenis bunga indah di Padang Savana Bromo menjanjikan lanskap seperti berada di New Zealand.
Uniknya, rumput di sini akan berubah warna mengikut musim, iaitu berwarna hijau tika musim hujan manakala warna kekuningan ketika musim kemarau.Tika ini, adalah musim kemarau, maka rumputnya sudah kekuningan. Fotografi lanskap beserta penduduk kampung dan kudanya amat menarik disini.
Bromo sememangnya bukan sekadar merakam gambar matahari terbit, tetapi ia menjanjikan lanskap fotogenik dan kebudayaan yang terbaik di dunia. Hanya letakkan kamera anda pada tripod dan pusinglah pada 360 darjah, dan anda mampu merakam gambar-gambar yang indah. Ia sememangnya syurga fotografi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Buat anda yang nak jimat bercuti ke Taiwan, boleh DIY ke Juifen dan Shifen. Ini lebih jimat dan merasa menikmati perjalanan sepanjang perjalanan.
Dikongsikan oleh saudari Nazatul Liyana, dengan hanya naik shuttle bus 965 depan hotel (Merryday hotel banqiao). Berhenti terus di Juifen old street. 90 ntd.
Bercuti ke Taiwan
Kemudian boleh naik bas ke Ruifang train station untuk ke Shifen.
Ami tea house. Kalau nak minum tea dalam ni, 300 ntd paling murah.Jiufen
Seterusnya nak ke Shifen, naik train ke Shifen station. Sehala juga dengan huotong cat village shifen tetapi tak pergi sebab hujan lebat.
Balik naik semula bas 965 kat Ruifang train station. Tak ambil pakej klook sebab takut rushing dan nak avoid orang ramai.
Shifen street
Sebenarnya semasa di Taipei kitaorang banyak naik bas sebab mudah. Kalau bas A lambat lagi, buka balik google maps, cek bas lain yang kita boleh naik.
Shifen station
Tips: Kalau naik bas, turun bas stop A. Tapi kalau nak balik semula, tak akan guna bas stop A. Kena pergi ke bus stop yang ikut arus bas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Daging panggang yang sempurna bukan hanya terletak pada olahan resipi yang terbaik. Malah ia merangkumi suhu, ketebalan daging, peralatan memanggang juga kesabaran memberi kesan yang memuaskan pada daging yang dipanggang. Tony Roma’s yang terkenal dengan stik, tulang rusuk dan menu-menu semasa ini menyelitkan menu Grilled to Perfection sebagai item utama dalam kempen terbarunya bermula 18 September hingga 5 November 2017.
Buat peminat stik, menu baru pasti tidak mengecewakan. Semuanya menyelerakan terutama menu yang mempunyai ribs dan gabungan mashed potatoes. Untuk menu Original Beef Back Ribs & Steakhouse Combo, dihidangkan dua ketul beef ribs dan 200gm sirloin (daging panggang) dengan pilihan sos chive butter, worcertershire butter atau bleu cheese butter berharga RM93.90. Tambah menarik dihidangkan bersama mashed potatoes dan campuran sayuran. Keseluruhan gabungan menu ni memang enak dan memenuhi citarasa.
Anda juga boleh mencuba variasi lain dalam menu Grilled to Perfection ini . Grilled Veggie Crostinis terdiri daripada ciabatta panggang dilapisi taburan keju feta, sayuran panggang dan basil segar dengan harga RM 19.90. Ia sesuai sebagai menu diet anda. Buat penggemar udang, jangan ketinggalan untuk menikmati Grilled Shrimp Primavera terdiri daripada pasta angel hair digandingkan dengan udang panggang, baby spinach, sundried tomatoes , cendawan dan keju feta disaluti sos chive butter berkrim dengan harga RM44.90.
Melengkapi hidangan istimewa ini tentunya dengan pilihan minuman yang menyegarkan. Anda boleh mencuba Wild Berry Romarita dengan gandingan rasa yang istimewa iaitu berry, jus oren, fresh lime jus dan lime sour mix. Jika mahu rasa yang lebih mencabar nikmati Mango Romarita iaitu campuran blended mango, jus oren, fresh lime jus dan lime sour mix. Masing-masing dengan harga RM19.90. Tidak lengkap hidangan tanpa pencuci mulut. Rasai keenakan TR’s Chocolate Avalanche, kek coklat bersama ais krim vanila, hot fudge dan Oreo Crumbles hanya RM17.90. Peminat Tony Roma’s ternyata boleh berpuas hati dengan rasa masakan panggang yang sempurna dari kaedah memanggang dan bahan-bahan terpilih yang memberi aroma pada setiap hidangan yang ditawarkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...