Untuk rakyat yang berada di Negeri Pahang, ada perubahan cuti umum untuk makluman anda. Kerajaan negeri mengumumkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Menteri Besar.
Ads
“Sukacita saya umumkan bermula tahun ini, Kerajaan Negeri menetapkan 30 Julai sebagai Hari Kelepasan Am Negeri bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah.
Ads
“Kerajaan Negeri membuat ketetapan ini berdasarkan kuasa diberikan mengikut Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), Subseksyen 9 (1)dan Pekeliling mengenainya sedang diedarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.
Ads
Beliau meminta semua ketua jabatan dan agensi berkaitan mengambil maklum mengenai pengumuman berkenaan serta mematuhi arahan itu bagi memudahkan urusan rasmi yang akan ditetapkan pada tarikh terbabit.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia supaya berada di rumah masing-masing selama tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Tegas beliau, dengan cara itu rakyat akan terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularannya dapat dibendung.
“Saya ingin merayu kepada saudara saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja,” katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan.
Foto: Bernama
Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya tempoh dua minggu ini gagal mengekang penularan wabak COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini. Perdana Menteri berharap Malaysia bebas dari COVID-19 selepas habis tempoh dua minggu perintah itu berkuat kuasa bermula hari ini.
“Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19. Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan,” kata Muhyiddin.
Sehubungan itu, beliau menekankan betapa pentingnya rakyat mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah. Beliau menerangkan mengapa tempoh perintah itu dibuat selama dua minggu kerana COVID-19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu.
“Kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 ini dapat dikurangkan,” katanya.
Dalam perutusan itu, perdana menteri berulang kali merayu kepada rakyat supaya duduk di rumah dengan tidak menggunakan tempoh dua minggu itu untuk balik kampung, pergi bercuti dan melepak dengan kawan-kawan.
Beliau turut menambah tidak mungkin dapat melaksanakan tugas itu bersendirian dan memerlukan sokongan semua termasuk sokongan para doktor, jururawat, polis, semua penjawat awam, pekerja swasta, pelajar universiti dan semua rakyat untuk membendung wabak COVID-19 daripada menular di negara ini.
Setelah dua tahun menutup pintu sempadan akibat pandemik Covid-19, Jepun akhirnya membuka pintu sempadan negara untuk pelancong asing bermula 1 Jun yang lalu. Namun kemasukan ke negara Matahari Terbit itu adalah secara bersyarat menerusi rombongan pelancongan.
Menurut Presiden Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) Kuala Lumpur, Satoshi Seino, buat pertama kali dalam tempoh lebih dua tahun, industri pelancongan ke Jepun akan diteruskan semula.
Katanya, mulai 1 Jun pelawat dari negara dalam kategori biru termasuk Malaysia tidak perlu lagi menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerasa Chain Reaction (RT-PCR) dan kuarantin selepas tiba di negara itu.
“Secara umumnya, had jumlah ketibaan antarabangsa ke Jepun juga akan ditambah daripada 10,000 kepada 20,000 mulai 1 Jun ini.
“Bagi tujuan pelancongan pula, kemasukan bersyarat akan dibenarkan mulai 10 Jun dan seterusnya bagi pelawat asing dalam rombongan pelancongan terkawal yang dikendalikan oleh agensi pelancongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Satoshi berkata, JNTO Kuala Lumpur menyambut baik pengumuman oleh Jepun berhubung pembukaan industri pelancongan dan akan berusaha untuk mempromosikan pelancongan ke negara itu.
“Kita juga bersedia dengan kemasukan bersyarat yang ditetapkan kerajaan Jepun untuk tujuan pelancongan itu, namun bagi saya ini adalah langkah pertama ke arah pemulihan pelancongan masuk ke Jepun.
“Terdapat beberapa acara antarabangsa yang akan diadakan di Jepun, termasuk World Tourism Organisation (UNWTO) World Forum mengenai Pelancongan Gastronomi pada Disember ini, Adventure Travel World Summit (ATWS) dan Expo 2025 Osaka, Kansai,” katanya lagi.
Beliau berkata, pihaknya akan terus mempromosikan dengan mengambil kira dasar Jepun terkini dalam menerima kemasukan pelancong.
Satu per satu negeri di Malaysia telah mula ada kesedaran untuk bersama-sama dalam menangani isu alam sekitar. Kini giliran negeri Pahang pula mengeluarkan arahan melarang penggunaan beg plastik, bekas polistirena dan straw minuman di semua premis perniagaan seluruh negeri ini pada setiap Sabtu dan Ahad mulai 1 Julai ini.
Malah arahan tersebut bukan sekadar melarang sahaja tetapi terus mengharamkan penggunaan produk plastik pada setiap Sabtu dan Ahad. Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah tersebut sebagai merealisasikan hasrat menjadikan Pahang bebas pencemaran plastik dan ke arah mewujudkan peniaga serta pengguna yang lebih bertanggungjawab.
“Tiada beg plastik dan penyedut minuman akan disediakan peruncit tanpa mengira saiz perniagaan kepada pengguna bagi pembelian Sabtu dan Ahad. Pengguna boleh membawa beg dan penyedut minuman sendiri sebaik sahaja keluar rumah. Caj 20 sen terhadap beg plastik dikenakan kepada pengguna pada hari Sabtu sebelum ini tidak memberi kesan positif,” katanya.
Buat masa sekarang tiada tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peniaga mahupun pengguna sekiranya ingkar terhadap ketetapan tersebut. Tujuan ini lebih kepada untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Tetapi jika tidak berkesan, tindakan kompaun mungkin akan dikenakan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...