Kita tahu mana-mana kenderaan pun ada risikonya yang tersendiri dan itu bukan lampu hijau untuk anda buat endah tak endah tentang risiko tersebut. Anda perlu peka dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika memilih kenderaan yang akan menjadi pengangkutan tatkala bercuti.
Kapal terbang
?? Anda perlu tahu keadaan fizikal dan tahap kesihatan sama ada ia membenarkan anda melakukan penerbangan atau tidak.
?? Jika boleh, minta tempat duduk di bahagian AISLE bagi memudahkan untuk anda pergi ke toilet.
?? Banyak minum air kosong bagi mengelakkan anda dehidrasi.
?? Bawa ubat-ubatan yang diperlukan sepanjang perjalanan.
?? Berjalan kaki di lorong pesawat setiap dua jam sekali bagi melancarkan aliran darah di kaki dan mengurangkan rasa sakit pinggang dan punggung.
?? Gerakkan kaki anda setiap 30 minit sekali untuk menghindarkan masalah kekejangan kaki.
Kereta atau bas
?? Tidak digalakkan untuk menaiki kenderaan darat lebih daripada enam jam sehari.
?? Pasang tali pinggang keselamatan dengan betul. Pastikan posisi tali berkenaan berada di bawah perut anda. Jangan pasangkan ia di bahagian tengah atau di atas perut. Salah posisi tali pinggang boleh membahayakan kandungan sekiranya terjadi kemalangan.
?? Anda digalakkan untuk berhenti berehat setiap 90 minit pemanduan untuk meregangkan badan supaya tidak berasa sengal atau lenguh.
?? Sediakan bantal leher untuk menghindar daripada ketegangan di bahagian berkenaan.
?? Jangan lupa bawa ubat-ubatan yang anda perlukan sepanjang perjalanan.
Risiko menggunakan pesawat sewaktu hamil
Ibu yang hamil memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalami gangguan daripada risiko ringan hingga risiko tinggi iaitu keguguran. Gangguan yang paling biasa dialami ibu hamil adalah kekejangan dan bengkak kaki akibat penerbangan yang memakan masa tiga jam ke atas.
Gangguan yang lebih serius adalah thrombosis (pembekuan darah). Gejala thrombosis adalah bahagian lutut mengalami bengkak, nyeri dan berwarna kemerah-merahan. Perkara ini disebabkan oleh ketidaklancaran peredaran darah ke seluruh badan.
Ada dua cara yang boleh dilakukan untuk mencegah kekejangan hingga boleh menyebabkan thrombosis. Yang pertama, gunakan compression pack yang boleh membantu merangsang aliran darah di kaki dengan lancar.
Yang kedua, setiap satu jam, lakukan regangan ringan sekadar yang mampu selama 5 minit. Mulakan dengan gerakan leher, bahu dan sehingga hujung kaki.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya tempat menarik di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan port selfie terutama bagi yang gemar merakam gambar kenangan.
Salah satunya di Nasi Ambeng D’Rebung yang bukan saja boleh menikmati hidangan menyelerakan di sini, tetapi juga boleh bergambar kenangan selepas itu.
Siapa saja yang tidak akan lepaskan peluang untuk bergambar di kebun buluh sambil menikmati makanan tradisi orang jawa ini.
Nasi Ambeng D’Rebung ini adalah antara tempat makan menarik yang boleh kita lawati di Sepang, Selangor.
Tempat ini dikatakan menarik kerana anda boleh menimati menu original dari masyarakat Jawa dan juga selepas itu tidak lepaskan peluang untuk OOTD.
Dengan berlandskapkan keliling pokok buluh yang menghijau, pastinya gambar diambil memberikan impak tersendiri. Memang sangat cantik untuk bergambar, lebih-lebih lagi jika datang bersama teman atau keluarga.
Manakala untuk menikmati nasi ambeng ini, anda boleh juga makan dalam dulang. Kalau dalam dulang menu disediakan untuk 4 orang dan akan rasa seperti dulu-dulu makan dalam dulang.
Makanan dihidangkan sangat sedap dan kena dengan selera. Rebung masak lemak kuning memang sangat sedap.
Jangan risau untuk minum air kerana disediakan air sirap dan air kosong secara percuma. Kalau nak order air lain pun boleh terpulang pada cita rasa masing-masing.
Dan selepas selesai makan, bolehlah ambil gambar di kawasan menarik ini. Tapi cuma diingatkan datang lebih awal kerana orang akan mula ramai mula jam 12 lebih.
Antara menu di Nasi Ambeng D’Rebung
– Nasi Ambeng Auam Ungkep
– Nasi Bancaan
– Rebus Masak Lemak Kuning
– Belulang Sambal Tahun (Kulit Lembu)
– Sambal Mentaram Tempe
– Pecal
Waktu Operasi
– Sabtu & Ahad sahaja
– 11 am – 5 pm
Nampaknya selepas Pulau Langkawi berjaya dalam fasa gelembung pelancongan, kerajaan akan membuka tiga destinasi pelancongan lain bermula 1 Oktober ini.
Ketiga-tiga destinasi berkenaan ialah Pulau Tioman, Genting Highlands dan Melaka.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, perkara tersebut antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Parlimen.
Kerajaan mensasarkan tempoh pembukaan destinasi baharu itu pada 1 Oktober depan, namun tempoh dua minggu akan diberikan kepada operator pelancongan untuk membuat persiapan rapi terutamanya membabitkan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Tambah Nancy, ini berikutan prestas baik yang dipamerkan pada fasa pembukaan Pulau Langkawi yang telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong sejak 16 September lalu.
Selain daripada aspek pematuhan SOP, jumlah pelancong ke pulau lagenda itu turut menunjukan prestasi memberangsangkan.
“Ketibaan penerbangan di Langkawi sejak 16 hingga 19 September merekodkan sejumlah 6,622 pelancong dan jumlah pelancong (yang tiba) melalui feri adalah 3,483 orang. Ini adalah angka yang kita perolehi secara tepat,” tambahnya.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata destinasi pelancongan yang akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.
Sektor pelancongan negara sebelum ini antara yang terkesan selepas pandemik COVID-19 melanda negara.
Industri pelancongan dan kebudayaan negara dilaporkan telah mengalami kerugian sekitar RM45 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini akibat penularan pandemik COVID-19.