
Bagi kaki pancing dan yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, Perak antara port memancing yang menjadi kesukaan ramai. Menurut page Tourism Perak, ada tiga lokasi disenaraikan. Antaranya ialah Perkampungan Nelayan, Lumut, Tasik Temenggor dan Jambatan Raja Bainun, Manjung.
.
.
.
.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelancongan Langkawi Selamat! Pengarah Kesihatan Negeri Maklum Tiada Kes COVID-19

Nampaknya industri pelancongan Langkawi akan kembali melonjak selepas dilaporkan tiada kes COVID-19 berlaku di pulau pelancongan popular ini.
Bahkan pastinya akan semakin ramai yang mengunjungi pantai-pantai di lokasi ini seperti mana yang tular di media sosial sebelum ini berikutan terlalu ramai pengunjung mengunjungi Panta Cenang.
Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan terdapat kes individu positif Covid-19 di Langkawi ketika ini.
Pengarahnya, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, pihaknya juga tidak melakukan ujian saringan secara bersasar kepada pelancong di pulau peranginan itu.
“Tiada kes positif di Langkawi buat masa ini. JKN Kedah tidak membuat ujian saringan bersasar kepada pengunjung Langkawi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Semalam, pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar dilapor positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor.
Harris sebelum itu dikatakan beberapa hari pulang daripada bercuti di Pulau Langkawi.
Mengulas perkara itu, Dr Mohd Fikri berkata, pihaknya melakukan siasatan lanjut dan turut mendapatkan maklumat lanjut ujian yang dijalankan Harris.
“Kita akan membuat tindakan lanjut sekiranya ada bukti kaitan (jangkitan di Langkawi) hasil dari siasatan berkenaan,” katanya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gua Kelamin & Tasik Dayang Bunting Lokasi Ajaib Untuk Pasangan Teringin Miliki Anak?

Memiliki anak dan zuriat sendiri menjadi impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Walau bagaimanapun ada ramai pasangan yang telah berkahwin dalam tempoh yang lama namun belum dikurniakan rezeki anak. Pelbagai cara dan ikhtiar yang dilakukan oleh mereka antaranya mengunjungi beberapa lokasi ‘ajaib’ yang telah diberitahu dari mulut ke mulut kononya mampu membantu mendapatkan anak.
Seperti di negara kita sendiri, Tasik Dayang Bunting dan Gua Kelamin menjadi bualan ramai lokasi yang sering ‘makbulkan’ permintaan pasangan yang belum memiliki zuriat menjadi kenyataan.
Tasik Dayang Bunting
Percutian ke Pulau Langkawi dikatakan tidak lengkap jika tidak menikmati panorama Tasik Dayang Bunting yang indah dan mendamaikan dengan menaiki bot laju hampir 30 minit. Perjalanan menempuh ombak begitu berbaloi apabila disajikan pemandangan semula jadi yang begitu memukau dan cantik. Biarpun hampir dengan laut, air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan pelbagai aktiviti air. Tasik Dayang Bunting mendapat pengiktirafan UNESCO dan dikategorikan sebagai salah satu geopark di Langkawi.
Semasa dalam perjalanan, anda dapat melihat bentuk muka bumi pulau seakan-akan seperti wanita yang sedang hamil sedang berbaring dan dari situlah pulau ini mendapat nama. Terdapat mitos mengatakan wanita yang sukar hamil, jika meminum air tasik di sini akan dikurniakan anak. Tetapi, pengunjung diberi peringatan agar menggunakan jaket keselamatan apabila berada dalam air kerana tasik ini mempunyai kedalaman 10 meter.
Gua Kelamin
Pulau Tioman diiktiraf antara pulau tercantik di Malaysia. Walaupun terletak di daerah Rompin, Pahang, namun Pulau Tioman tetap boleh dianggapkan sebagai naungan Johor kerana terletak tidak jauh dari daerah ini, iaitu hanya mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan bot ekspres dari Jeti Mersing. Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman antaranya Tekek, Paya, Juara, Air Batang, Salang, Mukut, Nipah dan Genting.
Terletak di Kampung Genting, ada sebuah gua yang terbentuk akibat hakisan ombak memiliki bentuk yang unik dikenali sebagai Gua Kelamin. Gua Kelamin turut dikatakan sebagai lokasi yang ‘ajaib’ kerana dapat makbulkan permintaan pasangan untuk memiliki zuriat. Tidak dapat dipastikan bagaimana caranya, namun pasangan yang mengunjungi Gua Kelamin dan belum memiliki zuriat dikatakan bakal menerima ‘rezeki’ itu.
Jika anda adalah individu yang berjaya memiliki anak selepas mengunjungi dua lokasi ini, tahniah diucapkan. Apa pun, ini semua mungkin hanya kebetulan dan mitos sahaja. Jangan terlampau taksub mempercayai sehingga membelakangkan agama. Pasti ada jawapan yang lebih sainstifik dan boleh diterima akal disebalik apa yang terjadi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Warganegara Sweden Di Buli Rakyat Korea Di Tandas Awam. Muka Nyaris Dikoyak

Korea Selatan memang merupakan negara yang kini menjadi idaman rakyat Malaysia untuk berkunjung. Lebih-lebih lagi setelah drama, filem dan artis berkumpulan Korea sangat terkenal dan dekat di hati rakyat Malaysia.
Namun, tidak semuanya indah seperti yang diperkatakan. Ada banyak kisah mengenai penduduk tempatan yang dikatakan sangat bersifat perkauman dan tidak menyukai pelancong atau orang asing datang ke negara mereka.
Baru-baru ini seorang wanita dari Stockholm, Sweden yang menetap di Seoul, Korea ada kongsikan satu insiden tragis yang melanda dirinya melalui laman sosial. Wanita yang dikenali sebagai Sarah berkata dia diserang oleh warga tempatan ketika berada di dalam tandas awam.
Paling menyedihkan, tiada sesiapa yang tampil untuk membantu dan menyokongnya mungkin kerana bukan merupakan warganegara di situ. Malam pencuci toilet dan polis juga seolah-olah seperti menyalahkannya, sedangkan dua orang gadis warga tempatan itu yang memulakan serangan secara tiba-tiba.
Detik menakutkan Sarah itu bermula ketika di dalam sebuah tandas awam di Itaewon. Rakan Sarah yang ketika itu berada dalam tandas meminta bantuan Sarah untuk mencari tisu. Sarah terus bertanya kepada seorang gadis Korea berada berhampirannya samada dia mempunyai sedikit tisu untuk diminta.
Tidak semena-mena kepala Sarah diketuk, dan rambut ditarik. Lebih menyeksakan apabila seorang lagi rakan kepada gadis Korea tersebut turut sama memijak badan dan kepala Sarah sambil menggigit, mencekik dan cuba merosakkan mukanya.
Rakan Sarah yang berada di dalam bilik air keluar dan cuba untuk menyelamatkannya tetapi turut menerima nasib yang sama di belasah tanpa belas kasihan. Ada orang luar yang datang untuk meleraikan pergaduhan tersebut, namun dua orang gadis Korea tersebut terus berlakon, kononnya yang mereka adalah mangsa. Paling menyedihkan mereka yang meleraikan pergaduhan itu mempercayainya.
Sarah dan rakannya dianggap sebagai warga asing yang memulakan pergaduhan sehinggakan pihak berkuasa di sana juga seperti menyalahkan mereka dan tidak melayan mereka dengan baik.
Ketika di Balai Polis, gadis-gadis Korea itu sempat menjerit ke arah mereka dan menyuruh mereka balik ke negara asal!
Sarah kini masih trauma dengan kejadian tu, dia dah mula rasa terancam sebab menurutnya dia tidak pernah seumur hidupnya diserang sebegitu sekali.
I was brutally attacked by two korean girls inside the bathroom Thursday night in Itaewon , my friend was inside the…
Posted by 사라리팍 on Saturday, July 13, 2019
Sumber: FB 사라리팍
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI