3 Jam Dari Kota Kinabalu, View Macam Kat Oversea Di Pitas, Sabah. Ini Itinerari Lengkap 2H1M Nak Cover Semua Tempat!

Share

Pitas yang terletak di Sabah mempunyai 1000 kecantikan alam semulajadi yang mungkin ramai tidak mengetahui. Hanya mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu, perjalanan ke Pitas pasti berbaloi dengan keindahan pemandangan yang persis berada di Jepun.

Perkongsian daripada Shazni Aqso di FB BBM pasti membuat korang terpikat dengan kecantikan alam yang ada di Pitas, Sabah. Daerah kecil yang jauh di pedalaman tentu menjanjikan pengalaman manis untuk pengembara macam korang.

Kalau ada kesempatan ke sini, boleh rujuk itinerari yang dicadangkan untuk cover semua tempat menarik di Pitas.

1000 Kecantikan Alam di Pitas, Sabah

Assalamualaikum…

PITAS, SABAH… Mesti ada antara kamu yang tidak mengenali nama tempat ini. Percayalah Walaupun ia hanya sebuah daerah kecil dan pendalaman di SABAH… namun ia memiliki 1000 kecantikan Alam yang tidak ternilai…

Saya bekerja di KOTA MARUDU.. dan bersebelahan dengan daerah PITAS.. di sini saya mahu berkongsi sedikit sebanyak tentang kecantikan Alam yang Ada di PITAS, melalui post yang Kawan saya kongsikan..

Pitas: Permata Sabah yang kian berkilau

Anda mungkin tahu tentang kisah yang hangat diperkatakan mengenai seorang pelajar yang tular apabila menyiarkan kisah beliau menjawab peperiksaan atas talian di atas pokok dek kerana masalah jaringan internet. Tidak perlu saya sebutkan nama beliau, pasti ia masih segar di fikiran anda. Seiring dengan itu, nama Pitas juga sering menjadi buah mulut, namun tahukah anda di mana terletaknya tempat tersebut dan apa yang terdapat di sana?

Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai tentang keunikan dan keindahan bumi tuhan yang dinamakan daerah Pitas. Terletak di bahagian utara kepulauan Borneo atau lebih simbolik dengan gelaran tanduk Borneo, daerah ini terletak 195KM dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Perjalanan ke sini dari Kota Kinabalu akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Daerah Pitas mempunyai keluasan 141,935 hektar dan topografinya berbukit-bukau dan tanah landai (Sumber: Pejabat Daerah Pitas)

Tahukah anda daerah ini mempunyai keindahan alam yang amat menakjubkan? Dari pantai yang cantik dan amat mempersonakan dengan keindahan mahatahari terbenam hinggalah ke bukit-bukit yang menghijau menjadi igauan para penggemar sukan pendakian dan pencinta alam sekitar.

Semestinya daerah Pitas perlu menjadi salah satu destinasi yang anda perlu kunjungi jika anda ke negeri Sabah.

Berikut disenaraikan tarikan yang terdapat di Daerah Pitas:

Pantai/ Sunset

  1. Dataran Bengkoka
  2. Pantai Torungguh
  3. Pantai Keramat
  4. Kampung Rosob
  5. Kampung Pinggan-Pinggan
  6. Pitas Bayview
  7. Kampung Kasagaan
  8. Tanjung Senimpul
  9. Pulau Supirak
  10. Floating Coral Bay

Bukit

  1. Bukit Piniapat
  2. Bukit Morovidu
  3. Bukit Bagang View
  4. Bukit Tudturan

Tarikan Lain

  1. Pitas Mangrove @ Rosob
  2. Tamu Bengkoka (Rabu sahaja)
  3. Bagang (Tempat menangkap Ikan bilis)

Selain dari tempat-tempat menarik di atas. Anda juga mesti membeli hasil-hasil laut yang segar dan berkualiti tinggi yang banyak di jual di gerai-gerai jualan di sekitar daerah Pitas. Antara yang wajib dicuba ialah Ikan Bilis yang sememangnya popular sebagai Ikan Bilis kualiti terbaik!

Cadangan perjalanan:

1 hari (day trip)

Bertolak dari KK Jam 6 pagi

Tiba di Pitas: +- 9 pagi

  1. Bukit Piniapat (RM2)
  2. Bukit Morovidu (Percuma)
  3. Pitas Mangrove @ Rosob (Percuma)
  4. Pantai Keramat (Percuma)
  5. Membeli buah tangan di gerai-gerai tepi jalan di Kampung Mempakad Laut
  6. Pitas Baywview (Percuma)
  7. Sunset @ Dataran Bengkoka (Percuma)
  8. Dinner @ Dataran Bengkoka

Bertolak pulang ke Ke Kota Kinabalu

2 hari

Hari Pertama

Bertolak dari KK Jam 6 pagi

Tiba di Pitas: +- 9 pagi

  1. Bukit Piniapat (RM2)
  2. Bukit Morovidu (Percuma)
  3. Pitas Mangrove @ Rosob (Percuma)
  4. Pantai Keramat (Percuma)
  5. Membeli buah tangan di gerai-gerai tepi jalan di Kampung Mempakad Laut
  6. Pitas Baywview (Percuma)
  7. Sunset @ Dataran Bengkoka (Percuma)
  8. Dinner @ Dataran Bengkoka
  9. Bermalam di Indah Chalet @Dataran Bengkoka

Hari Kedua

  1. Bertolak ke Kampung Malubang
  2. Dari Jeti menaiki bot ke Pulau Supirak dan Pulau-Pulau sekitar/ Pitas Coral Bay

Tenghari/ Petang bertolak ke Kota Kinabalu.

Disertakan bersama gambar-gambar keindahan daerah Pitas. Semua gambar adalah koleksi peribadi saya.

Jika anda pencita keindahan alam sekitar, jom kongsikan keindahan Pitas ini. Semoga daerah Pitas akan terus maju dan indah!

Jom sebarkan!

Instagram: theirfantastic_

Sumber: Shazni Aqso via BBM

 

 

Oleh
SAHR