Selalu je dengar keindahan Kashmir Malaysia yang terletak di Jeli, Kelantan. Jadi kesempatan jejakkan kaki sendiri ke tempat tersebut membuatkan niat yang mulanya hanya untuk berhenti sekejap berehat dan mandi-manda akhirnya jadi tapak perkhemahan untuk satu malam.
Tidak membawa alat perkhemahan lengkap hanya flysheet dan juga lampu untuk hiasan, nasib baik ada khemah dalam kereta bapa mentua maka pacaklah khemah untuk semalaman di tempat yang terkenal dengan julukan Kashmir Malaysia itu untuk Mohamad Zamri Zakaria dan keluarga.
Ternyata keputusan yang diambil cukup berbaloi, bukan sahaja tempatnya cantik malah selesa untuk bermalam walaupun tanpa alatan yang cukup lengkap. Siap bbq dan menikmati keindahan alam yang sungguh indah, memang terasa berat nak tinggalkan tempat secantik itu.
Nampaknya perkhemahan yang tidak dirancang tidak terhenti setakat itu sahaja. Dalam perjalanan pulang ke ibu kota sekali lagi Mohamad Zamri membuat unplanned camping bila terpaksa pacak khemah di tepi pantai di Kuala Terengganu oleh kerana ketiadaan bilik untuk menginap.
Tapi itu semua tidak sedikitpun ‘mencacatkan’ trip mereka sekeluarga, malah keluarga ini enjoy dengan apa yang berlaku.
Nak tahu apa lagi yang menarik sepanjang trip mereka, jom ikuti perkongsian Mohamad Zamri Zakaria yang dikongsikan di group Facebook Family Camping Malaysia.
Pacak Khemah Di Kashmir Malaysia
Alhamdullilah, akhirnya sampai jugak di ” kashmir malaysia” Lata Kashmir jeli, kelantan. Manfaatkan cuti balik kampung datang sini, memang sangat cantik.
Plan asal cuma nak mandi, makan lepas tu balik, so khemah & kelengkapan apa pun tak bawak, cuma flysheet , lampu raya saja yang ada. Sekali sampai, Mak Mertua cakap nak tido situ. Nasib la pajero Pak Mertua ada terselit khemah “giant 6P”.. koboi je la.
Malam memang sejuk, tak payah kipas lansung, khemah tutup semua pun still sejuk, geng lelaki tido bawa flysheet ja, carpet dijadikan selimut.
Aktiviti malam bakar ayam je, nak mengopi, kopi pun tak bawak, cerek pun tak bawak, “unplaning”.
Bangun pagi ingt nak kemas awal-awal, tapi rasa berat nak tingalkan pemandangan yang indah ni.
Kawasan ni malam-malam tak la gelap sangat disebabkan ada spotlight dari empangan pergau & homestay berdekatan.. Toilet boleh tumpang homestay punya tapi bayar Rm1 tiap kali penggunaan.
Sesiapa yang nak pacak dalam kawasan homestay pun boleh, lagi terjaga, 1 khemah Rm5 jew.
Siapa-siapa yang pergi kawasan ni tolong jaga kebersihan, semalam agak kecewa juga sebab sampai-sampai je nampak sampah banyak, kebanyakan pampers, plastik & polistrin. Sebelum balik kami kutip juga seberapa yang boleh.
By the way, tempat ni memang cantik dan selesa, nyamuk tak ada, kupu-kupu malam je banyak. Tido bertemankan deruan air, fuh nyaman..
Akan repeat lagi lepas ni dengan completed gear..
Pacak Khemah Depan Pantai Batu Burok
Selepas kami balik dari Lata Kashmir, singah jap dekat rumah (Pasir Mas), keluarkan barang apa yg patut, terus gerak ke Kuala Terengganu mencari keropok habuan bawak balik ke KL.
Apakan daya, kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Dalam perjalan ke terengganu, tayar kereta terlangar besi di tengah jalan, terkopek tayar dibuatnya. Jadi sampai lah lewat di kuala terengganu.
Sampai di resort, bilik yang available hanya satu, so kami decide, geng perempuan (wife & anak-anak, mak mertua,adik ipar) tido ja dalam bilik, geng lelaki (saya,adik ipar, bapa mertua) tido luar.
Alangkah indahnya perangcangan Allah, depan resort ada “Pantai Batu Buruk” namanya. Kami pun pacak la khemah sekadar merehatkan badan di malam hari.
Alhamdullilah, pantai cantik, tiada ganguan yang pelik-pelik, tak bising mungkin disebabkan pantai depan resort, bukan tempat tumpuan ramai tu.
So far so good, pagi tu semua dalam bilik turun mengopi dalam khemah.
3 Hari Perjalanan , 2 Destinasi Pacak Khemah… semuanya tanpa di rancang.
Sumber: Mohamad Zamri Zakaria