Selalu je dengar keindahan Kashmir Malaysia yang terletak di Jeli, Kelantan. Jadi kesempatan jejakkan kaki sendiri ke tempat tersebut membuatkan niat yang mulanya hanya untuk berhenti sekejap berehat dan mandi-manda akhirnya jadi tapak perkhemahan untuk satu malam.
Tidak membawa alat perkhemahan lengkap hanya flysheet dan juga lampu untuk hiasan, nasib baik ada khemah dalam kereta bapa mentua maka pacaklah khemah untuk semalaman di tempat yang terkenal dengan julukan Kashmir Malaysia itu untuk Mohamad Zamri Zakaria dan keluarga.
Ternyata keputusan yang diambil cukup berbaloi, bukan sahaja tempatnya cantik malah selesa untuk bermalam walaupun tanpa alatan yang cukup lengkap. Siap bbq dan menikmati keindahan alam yang sungguh indah, memang terasa berat nak tinggalkan tempat secantik itu.
Nampaknya perkhemahan yang tidak dirancang tidak terhenti setakat itu sahaja. Dalam perjalanan pulang ke ibu kota sekali lagi Mohamad Zamri membuat unplanned camping bila terpaksa pacak khemah di tepi pantai di Kuala Terengganu oleh kerana ketiadaan bilik untuk menginap.
Tapi itu semua tidak sedikitpun ‘mencacatkan’ trip mereka sekeluarga, malah keluarga ini enjoy dengan apa yang berlaku.
Nak tahu apa lagi yang menarik sepanjang trip mereka, jom ikuti perkongsian Mohamad Zamri Zakaria yang dikongsikan di group Facebook Family Camping Malaysia.
Pacak Khemah Di Kashmir Malaysia
Alhamdullilah, akhirnya sampai jugak di ” kashmir malaysia” Lata Kashmir jeli, kelantan. Manfaatkan cuti balik kampung datang sini, memang sangat cantik.
Plan asal cuma nak mandi, makan lepas tu balik, so khemah & kelengkapan apa pun tak bawak, cuma flysheet , lampu raya saja yang ada. Sekali sampai, Mak Mertua cakap nak tido situ. Nasib la pajero Pak Mertua ada terselit khemah “giant 6P”.. koboi je la.
Malam memang sejuk, tak payah kipas lansung, khemah tutup semua pun still sejuk, geng lelaki tido bawa flysheet ja, carpet dijadikan selimut.
Ads
Aktiviti malam bakar ayam je, nak mengopi, kopi pun tak bawak, cerek pun tak bawak, “unplaning”.
Bangun pagi ingt nak kemas awal-awal, tapi rasa berat nak tingalkan pemandangan yang indah ni.
Kawasan ni malam-malam tak la gelap sangat disebabkan ada spotlight dari empangan pergau & homestay berdekatan.. Toilet boleh tumpang homestay punya tapi bayar Rm1 tiap kali penggunaan.
Sesiapa yang nak pacak dalam kawasan homestay pun boleh, lagi terjaga, 1 khemah Rm5 jew.
Siapa-siapa yang pergi kawasan ni tolong jaga kebersihan, semalam agak kecewa juga sebab sampai-sampai je nampak sampah banyak, kebanyakan pampers, plastik & polistrin. Sebelum balik kami kutip juga seberapa yang boleh.
By the way, tempat ni memang cantik dan selesa, nyamuk tak ada, kupu-kupu malam je banyak. Tido bertemankan deruan air, fuh nyaman..
Ads
Akan repeat lagi lepas ni dengan completed gear..
Pacak Khemah Depan Pantai Batu Burok
Selepas kami balik dari Lata Kashmir, singah jap dekat rumah (Pasir Mas), keluarkan barang apa yg patut, terus gerak ke Kuala Terengganu mencari keropok habuan bawak balik ke KL.
Apakan daya, kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Dalam perjalan ke terengganu, tayar kereta terlangar besi di tengah jalan, terkopek tayar dibuatnya. Jadi sampai lah lewat di kuala terengganu.
Ads
Sampai di resort, bilik yang available hanya satu, so kami decide, geng perempuan (wife & anak-anak, mak mertua,adik ipar) tido ja dalam bilik, geng lelaki (saya,adik ipar, bapa mertua) tido luar.
Alangkah indahnya perangcangan Allah, depan resort ada “Pantai Batu Buruk” namanya. Kami pun pacak la khemah sekadar merehatkan badan di malam hari.
Alhamdullilah, pantai cantik, tiada ganguan yang pelik-pelik, tak bising mungkin disebabkan pantai depan resort, bukan tempat tumpuan ramai tu.
Bangun pagi tunggu sunrise
So far so good, pagi tu semua dalam bilik turun mengopi dalam khemah.
3 Hari Perjalanan , 2 Destinasi Pacak Khemah… semuanya tanpa di rancang.
Buat anda yang nak bercuti di Bali, dua lokasi ini menjadi tumpuan bagi mereka yang suka berbelanja untuk healing.
Sekiranya membeli-belah bukanlah terapi anda, apa kata anda cuba menerokai pengalaman yang berbeza di Sanur dan Ubud.
Ini antara yang menarik bila berkunjung ke dua lokasi berkenaan:
1) 1o1 Bali Oasis, Sanur
Sekiranya merancang untuk ke Sanur, 1o1 Bali Oasis Sanur boleh dijadikan penginapan healing anda.
Bilik dekorasi minimal ala Bali dengan dua buah kolam renang untuk anda pilih untuk bersantai.
Dekorasi di lobi pula dihias dengan pelbagai replika menarik seperti kereta antik untuk sesi foto.
2) Villa Cella Bella, Ubud
Suasana villa yang romantik, sesuai bergambar di setiap sudut untuk media sosial anda.
Tiga buah kolam renang untuk dipilih. Ada kolam renang kaca, kolam renang inifniti dan kolam renang utama, yang mana ketiga-tiga kolam renang ini berhadapan dengan kehijauan rimba Ubud.
Villa pula dihias mewah dan setiap villa ditugaskan kakitangan khas untuk memastikan penginapan anda berjalan dengan lancar.
Lokasi Untuk Makan
1) Sanur
Sekiranya anda menginap di 1o1 Bali Oasis Sanur, anda tidak perlu pergi ke kafe atau restoran di luar kerana di hotel sudah terdapat pelbagai menu tempatan dan juga antarabangsa.
Sambil menikmati pilihan juadah yang enak, penginap juga dihiburkan dengan irama gamelan oleh pemain gamelan Bali.
Tapi sekiranya anda ingin meneroka makanan di Sanur, terdapat kedai makanan sihat di sepanjang jalan berdekatan dengan hotel tersebut.
2) Ubud
Terdapat dua restoran yang perlu anda kunjungi jika anda berada di sini.
Bagi mereka yang ingin mencuba makanan vegan, jangan lupa ke Wild Vegan yang terletak di pusat Ubud.
Pasta vegan dan sup labu adalah antara menu wajib cuba.
Jika anda penggemar daging itik, jangan lupa ke Bebek Bengil yang juga terletak di tengah pusat pelancongan Ubud.
Masakan yang berasaskan itik dicampur dengan ramuan rempah ratus asli Bali bagi memastikan keenakan cita rasa Bali kekal terpelihara kelazatannya.
Healing Layani Persembahan Kebudayaan
Sekiranya anda penggemar lagu-lagu moden, di sepanjang Pantai Sanur terdapat restoran-restoran yang menyediakan live band mengikut cita rasa anda.
Muzik yang disediakan terdiri daripada jazz hinggalah ke rock.
Bagi yang ingin menikmati persembahan tradisional Bali, Ubud adalah tempat yang sesuai untuk anda.
Sekiranya anda ingin mencari kelainan selain tarian kecak di Uluwatu, anda boleh melihat persembahan tradisional legenda Ramayana dan Sinuman di sebuah kuil berhadapan dengan Art Market Ubud.
Pastinya di Bali terdapat pelbagai aktiviti untuk agenda jalan-jalan dan healing anda.
Pastikan aktiviti ini tersenarai dalam agenda anda ke Bali nanti. Apa yang ditunggu lagi, jom healing di Bali!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lain orang lain citarasa percutian mereka. Ada yang gemar ala backpacker, tak kurang yang bercuti gaya mewah dan ada pula yang tidak kisah tanpa talian telefon asalkan dapat bercuti dengan aman.
Seperti perkongsian wanita ini, Faizah yang memberitahu pengalamannya bercuti bersama teman-teman dan keluarga di Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak.
Menurutnya tempat ini merupakan perkampungan asal orang asli yang sentiasa terjaga dan terpelihara keindahan alam semulajdinya.
Mengambil kesempatan bercuti 2 hari satu malam, dia bersama suami dan anak-anak berkonvo dengan 20 buah geng motor berkuasa tinggi.
Oleh kerana membawa famili, dia membawa kenderaan 4×4 dan turut membawa barangan peralatan sepanjang percutian berkenaan.
Perjalanan mengambil masa lebih 3 jam dari bandar Ipoh, tidak terasa kerana apabila sampai melihat keindahan perkampungan ini yang sangat mendamaikan.
Pos Kuala Mu, Sungai Siput ini terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika malar hijau.
Perjalanan ke tempat ini perlu menaiki kendereaan seperti disarakan dengan ketinggian 600-700 meter dari aras laut mengambil masa leih 1 jam dari pekan Sungai Siput Utara.
Bayangkan jika kita pergi ke mana-mana hotel atau chalet pasti ada katil, tetapi di sini tidak disediakan kemudahan itu.
Sebaiknya chalet disediakan hanya ada tilam (tiada katil), tiada air-cond mahupun kipas angin dan bilik air di dalamnya. Malah tiada juga plug electrik pada dinding chalet.
Namun, pengunjung boleh menggunakan kemudahan elektrik di dewan yang terletak bersebelahan kaunter pertanyaan dan pejabat pengurusan chalet.
Apatah lagi, perkhidmatan talian internet juga tidak ada di sini. Jadi abaikan seketika dunia luar, fokus sahaja pada percutian yang sangat menyenangkan ini.
Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah seperti pili besar terletak di setiap luar chalet, dewan besar untuk sembahyang atau untuk mengadakan sebarang bengkel atau aktiviti lain.
Turut disediakan juga tandas awam yang berada di luar chalet dan juga beberapa pondok wakaf untuk beriadah.
Untuk makan pula, perlu membawa bekalan makanan atau bahan mentah sendiri dari rumah kerana di sini tiada kemudahan kedai runcit.
Manakala aktiviti boleh dilakukan selain mandi sungai (depan chalet) BBQ serta beberapa aktviti lain.
Walau bagaimanpun dia turut mengingatkan, jika pergi dengan anak-anak kecil, ibu bapa perlu sentiasa alert bila melihat anak-anak mandi, bimbang perkara buruk tidak diingini berlaku nanti.
Hampir dua hari berada di sini, memang dapat melupakan seketika urusan dunia. Bayangkan tanpa kemudahan internet, kita bagaikan terputus dengan hubungan luar seketika.
Apa yang paling menyeronokkan, dapat luangkan masa betrsama keluarga dan sahabat-sahabat dan bercerita kisah masing-masing.
Sambil melapangkan fikiran dan berehat dari kesibukan dunia kerja dengan menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Dengan struktur batuan, kesegaran serta kejernihan air terjun di Pos Kuala Mu Sungai Siput memang sangat mempesonakan!
Deruan bunyian air terjun seolah-olah memanggil-manggil pengunjung untuk berendam lama dan menikmati kesejukan air yang turun laju dari pergunungan.
Tak rugi terputus hubungan kerana momen bersama mereka lebih bernilai kerana masing-masing selepas itu pasti jarang berjumpa dek sibuk dengan pelbagai urusan.
Oh ye, Faizah turut mengingatkan agar sebelum pergi servis dahulu kereta kerana jika rosak di pedalaman tiada mekanik boleh datang betulkan kenderaan anda.
Bagi yan berminat untuk menikmati percutian lain daripada yang lain, bolehlah berkunjung ke sini.
Hanya ada 20 chalet sahaja dengan berbentuk binaan rumah orang asli dan harga chalet kecil RM60 utnuk satu malam dan chalet besar RM80.
Binaan rumah sangat ringkas tetapi unik dan menarik bagi mereka yang mahu merasai kehidupan kaum ini di sini.
Bagi yang berminat untuk menempah Chalet Kampung Bersah boleh hubungi En Saidin Ismail 0194117281 atau Facebook Kuala Mu
Danau Toba merupakan salah satu destinasi di Indonesia yang memiliki keindahan alam menakjubkan. Dari hamparan tasik biru yang mempesonakan sehinggalah kehijauan panorama yang indah memukau, daya tarikan di Danau Toba tidak pernah menjemukan.
Danau Toba merupakan tasik gunung berapi yang besar meliputi kawasan seluas 1,707 kilometer persegi. Sejarah pembentukannya adalah daripada kesan letupan gunung berapi gergasi dan terdahsyat yang dipercayai berlaku sekitar 70,000 tahun yang lalu. Beberapa kajian menyatakan letupan terbesar itu juga menyebabkan berlaku perubahan iklim dunia. Di tengah-tengah tasik itu terdapat sebuah pulau yang didiami oleh masyarakat Batak iaitu Pulau Samosir.
Menarik kan kalau dapat teroka Danau Toba? Jom baca perkongsian percutian 3 gadis ini ke Danau Toba.
31 July 2019 – 4 Aug 2019
AA tix (KL-Silangit-KL): RM342 (3 orang)
Pakej tour (Milala Wisata) (supir & tour): RM540 (4D3N)
Day 1: ? Sampai di Silangit Airport
? Ke Sipoholon Hotspring. Tapi tak mandi la sebab panas terik masa tu ?. Jangan terkejut kalau sampai sampai tu nampak macam betul ke idok tempatnya. Percayalah, Sipoholon ni memang belakang rumah orang.
Sipoholon Hotspring, North Sumatera
? Lepas Sipoholong Hotspring, kami terus ke Parapat. Perjalanan lebih kurang 3 jam.
? Check in Sapadia Hotel and Cottage, Parapat
Day 2: ? Lepas sarapan, gerak ke Jeti Pekan Tomok untuk ke Pulau Samosir, Danau Toba. Lebih kurang 30minit perjalanan.
? Bersama kereta, kami menuju ke Sigale gale/Musem Batak. Kat sini ada la kisah kaum Batak dulu dulu pasal sigale gale ni. Ada juga makam Raja Sidabutar, dipercayai antara orang pertama di Pulau Samosir dan juga pemerintah disitu. Lepas dah lawat makamnya, adalah tabung yang disediakan untuk sumbangan. Tak wajib pun letak. Tapi kalau nak letak, tak boleh letak duit syiling. Diorang pun tak nak dah duit syiling negara sendiri. Dalam kawasan museum ni juga ada tempat jual souvenir. Ada yang terima ringgit juga. Bila nak beli barang tu sebutlah ‘Horas’ tiga kali. Kata lain ‘Horas’ ni kaum disini guna untuk ‘Selamat datang’ & ‘Selamat Jalan’. Sini jugak kalau korang nak cari kain tenun memang banyak. Pastu ada satu kain yang kalau gesel gesel bau tu. Aku tak sure la kalau ada kat tempat lain juga ?
Sigale-gale, Samosir, North Sumatera
? Dah selesai bergambor bagai, gerak pula ke Air Terjun Efrata. Comel je air terjunnya. Tapi percayalah, airnya jatuh sangat la kuat dengan angin sekali. Walaupun bergambor je kat situ, basah jugak la baju seluar.
? Gerak la kami ke Bukit Holbung. Nama lainnya Bukit Cinta @ Teletubbies Hill. Ada beberapa level. Tapi kami ke level 2 ke 3 tah. Sebab hujan tiba tiba. Angin memang kuat sangat masa kami sampai. Tapi nyaman la. Sini boleh camping juga. Naik bukit ni bertangga sikit, lepas tu jalan la macam biasa. Dapat la tengok view Danau Toba dan kampung kampung kat bawah tu.
? Bergeraklah kami ke Berastagi. Perjalanan lebih kurang 3-4jam juga. Jalannya mashaAllah. Kena bertabah dengan lambungan dan jalan jalan sempit hahaha. Tapi sepanjang perjalanan tu dapat la tengok kebun kebun diorang. Kobis, jagung, ada yang tanam carrot. Sejuk je.
Air Terjun Efrata, Samosir, North Sumater
Bukit Holbung, Samosir, North Sumatera
Air Terjun Sipiso Piso, Karo, North Sumatera
Day 3:
⛰ Bangun jam 3 pagi untuk siap siap ke Gunung Sibayak. Ada beberapa entrance jugak. Tapi yang kami pergi ni start dari Desa semangat gunung. Macam dah halfway boleh naik kereta. Sampai pos register, dah start berjalan dulu dalam 30 minit. Nak ke puncak mengikut kekuatan mental aku yang lemah naik gunung ni rasa adalah la 1-1.5jam juga. Kalau nak naik, pakai lah baju yang besesuaian. Sejuknya boleh tahan. Angin kuat juga. Head lamp jangan dilupa. Siapa tak tahan bau sulfur, bawak la mask yg monoxide ke dioxide tu. Kalau ada rezeki, dapat la tengok sunrise. Kami tak de rezeki haritu nak tengok sunrise sebab kabus tebal sangat. Huhuhu. Sampai semula dikaki gunung dalam jam 8.30 pagi gitu. Balik lah ke hotel
Gunung Sibayak, Berastagi, North SumateraGunung Sibayak, Berastagi, North Sumatera
Bukit Gundaling, Berastagi, North Sumatera
? Siap siap kemas barang, kami ke flea market kat Berastagi tu. Flea market sihat. Buah semua. Avocado dia ya Allah ?. Nasib baik tak boleh bawak balik. Kecik je marketnya. Tapi kat tepi tepi market tu adalah orang offer kalau nak jalan jalan naik kuda. Keliling bandar. 10k rupiah kalau tak silap. Ada juga jual jagung bakar kat situ. Besar besar jagungnya. Manis pulak tu. Fuh.
? Gerak lah kami ke Simarjarunjung Hill. Sepanjang jalan ke tempat ni, akan nampak banyak tempat spot ambil gambar. Nampak lah Danau Toba kat bawah tu. MashaAllah. Cantik sangat. Sampai kat destinasi, kami order Teh Halia kat cafe situ. Fuh. Memang kentut kentut dan sendawa la pastu ?. Semua tempat nak ambil gambar yang naik basikal la, bird nest tu la kena bayar kalau nak ambil gambar.
? Selesai, gerak la kami ke Parapat semula. Berehat.
Day 4:
? Bergerak ke Balige. Kami ada book stay kat Tiara Bunga Hotel di Balige. Tapi kalau korang nak pergi sini, mintak supir hantar ke Ompu Herti Hotel kat Balige dulu. Jangan di waze ke google maps ke Tiara Bunga tu. Tak sampai la citenya. Sebab kami g google maps ??. Sampai kat kebun mana tah. Kesian pak supir hahahahaha. Adoi. Pengalaman yang kurang bijak. Jadi, kalau nak ke Tiara Bunga Hotel tu, kena ambil bot dari Ompu Herti hotel tu. Siap bayar untuk bilik, dia akan mintak tunggu kat cafe dia. Tunggu bot. Naik bot dia bagi welcome drink sekali.
Kira hari keempat ni melepak je la. Bilik yang aku booked tu pulak memang mengadap lake view. Fuh fuh. Bila malam bunyi bunyi air tu. Lena sungguh tidur. Kalau korang nak jumat, bawak terus jajan jajan untuk makan malam. Kalau tak, order je la makan kat restaurant hotel ni. Free karoke lagi hahaha ?
Day 5: ? Bangun pagi, terus g sarapan. Kat sini baru la aku nampak ada satu lagi kumpulan gadis gadis dari Malaysia. Tapi kecewa. Senyuman kami dibalas dengan muka yang acah acah hotss. Hahaha. Lantak kau la dik. Balik balik pada sarapan kat hotel ni, makanannya simple je. Ada satu food ni, namanya mie gomak. Aku tak makan mie nya, aku ambil kuahnya. Siapa suka rasa rasa kunyit halia tu mesti suka makan mie ni. Sedap juga. Sebab flight balik jam 11.25am, kami ambil bot ke jeti jam 9am. Mulalah perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Hotel Tiara Bunga, Balige, North Sumatera
Kami ambil supir ke Silangit Airport. Harga dalam 250k rupiah. Tapi kat situ ada je grab. Tapi kami rasa macam risky sikit masa tu sebab tak sure berapa lama perjalanan walaupun orang hotel kata dalam 30min. Sampailah di airport Silangit.
The rest kami simpan sebagai memori. Itulah hiburan terakhir perjalanan kami.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...