Kehijauan alam semula jadi, kejernihan sungai yang mengalir serta kedinginan air terjun pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk menikmati suasana percutian yang damai dan jauh dari kesibukan kota.
Keindahan berlatarkan hutan menghijau sekali gus menyingkap realiti khazanah yang masih terpelihara di negeri Terengganu. Keadaan ini semestinya memberikan inspirasi buat pemuja alam semula jadi.
Lata Tembakah merupakan tempat berlibur yang tidak asing lagi bagi penduduk di Terengganu malah daripada penduduk Kelantan juga. Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat berdekatan Kampung Jabi iaitu 24km daripada Bandar Jertih dan 130km dari Bandar Kuala Terengganu.
Lata Tembakah mempunyai air terjun setinggi tujuh tingkat dan dikatakan tingkat keempat merupakan lokasi yang paling cantik dan strategik buat jurugambar mengambil gambar. Untuk sampai ke tingkat keempat, pengunjung perlu berjalan kaki selama lebih kurang 45 minit hingga 60 minit untuk sampai.
Ads
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan kepada para pengunjung. Antaranya parkir kenderaan yang luas, gerai makanan, pondok pengawal, rumah penginapan dan asrama, jambatan gantung, trek pejalan kaki, pondok rehat, kerusi rehat, dapur BBQ, bilik persalinan, dan tandas awam.
Air Terjun Lasir merupakan salah satu air terjun komersil yang perlu dikunjungi pengunjung jika berada di Tasik Kenyir. Untuk sampai ke air terjun ini, pengunjung hendaklah memandu ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir yang terletak kira-kira 60km dari Bandar Kuala Terengganu.
Jarak antara Pengkalan Gawi dengan Air Terjun Lasir hanya sekitar 16km. Air terjun Lasir ini mencapai ketinggian 500 meter dan merupakan salah satu destinasi utama yang wajib disinggah. Pelbagai kemudahan disediakan di sini, antaranya jeti, tandas, tapak perkhemahan, jambatan gantung, dan laluan pejalan kaki.
Ads
Air Terjun Chemerong Tawar Suasana Nyaman & Menyegarkan
Foto: Google Image
Air Terjun Chemerong merupakan salah satu tempat yang seharusnya dikunjungi apabila berkunjung ke negeri Terengganu. Lokasinya terletak di Hutan Simpanan Pasir Raja daerah Dungun dan 100km dari Kuala Terengganu.
Di kawasan air terjun Chemerong terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang sememangnya mampu memberi ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung ke sini. Paling menarik, Air Terjun Chemerong setinggi 305 meter yang merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia mempunyai tiga tingkat serta menjadi pintu masuk kepada hutan lipur Chemerong.
Selain daripada itu, pengunjung juga boleh melihat Pokok Chengal yang tertua dan terbesar di dunia yang berketinggian 16.6m dan berdiameter 16.75m. Terdapat banyak kemudahan yang boleh didapati apabila berkunjung ke kawasan Air Terjun Chemerong ini antaranya kemudahan telefon awam, surau, bilik persalinan, tandas dan sebagainya. Selain itu terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk santapan pengunjung dengan harga yang berpatutan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pantai Mek Mas, Kelantan agak terpinggir daripada pembangunan namun pantainya indah dan belum terusik, menjadi tarikan pelancongan.
Walaupun berdepan dengan isu hakisan tanah pantai sebelum ini, namun hari ini Pantai Mek Mas menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung luar untuk merasai pemandangan kawasan ala padang pasir yang luas. Selain itu, pengalaman yang tidak harus dilepaskan sekiranya berpeluang berkunjung ke sini adalah meluncur di atas bukit pasir atau gumuk. Jika teringin ingin mencuba aktiviti seakan di Lancelin Sand Dunes, Australia, anda boleh singgah sahaja ke Pantai Mek Mas.
Ada apa lagi yang menarik di pantai ini? Baca perkongsian daripada saudari Hidayati Saad
Pantai yang sesuai untuk ootd di Kelantan : Pantai Mek Mas!
Selain panorama dan aktiviti di pasirnya, pengunjung juga boleh ambik peluang untuk menjamu selera. Ada banyak gerai menjual makanan disekitar ini.
Jalan ke sini menghala ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) Sebelum sampai ke PCB ada lorong ke Kedai Buloh dan lorong yang sama untuk ke kedai popular warung Pak Mat Pulau Pisang. Berdekatan juga dengan kedai popular Selera Signal. Ada beberapa kedai menjual keropok lekor. Boleh la cuba rasa keropok lekor Kelantan. Tapi, tak sesedap Terangganu ya.
Di Selera Signal boleh cuba makanan
Maggi telur Sotong
Teh Beng
Teh Dangdut
Warung Selera Signal kecil sahaja tapi selalu ramai orang. Sila rancang perjalanan anda jika ingin ke sini ya. Menu yang dicadangkan mungkin tak kena pada tekak orang lain. Bagi saya sedap dan berbaloi untuk cuba. Sila tepuk dada tanya selera.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Video Ban Pecah Tanjung Piandang Perak oleh mohamad erwan
Ban ialah struktur tebatan air/banjir yang biasa dibina di tebing sungai untuk mengelakkan limpahan air sungai ke kawasan tebing sungai yang lebih rendah. Kebiasaannya ban di tebing sungai menggunakan tanah yang dimampatkan dan ketinggian ban dibuat mengikut rekaan paras banjir sungai tersebut. Namun di Tanjung Piandang, Perak, struktur ban dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Ini bagi mengelakkan hakisan oleh ombak laut ketika ombak kuat.
Ban Pecah Tanjung Piandang Perak, dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.
Ban ini menjadi popular dikalangan penduduk tempatan serta pengunjung luar yang biasanya datang untuk menikmati makanan popular disini iaitu kari ikan sembilang dan mi udang Tanjung Piandang. Tidak lupa juga ban ini menjadi lokasi menarik dan cantik untuk mengabadikan gambar kenangan terutamanya pasangan baru berkahwin. Juga lokasi menarik bagi kaki pancing mencuba nasib.
Pada awal tahun 1960an, ban ini asalnya sawah padi yang subur. Penduduk tempatan berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an. Akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak. Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Ada tanah penduduk kampung turut menjadi korban. Dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci sebagai bukti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Shanghai adalah bandaraya terbesar China yang juga merupakan Hub Pusat Kewangan Antarabangsa. Shanghai antara destinasi percutian menarik dan indah gemar dikunjungi sepanjang musim sejuk.
Di sebalik bangunan pencakar langit di Shanghai, China, ada satu kawasan dilabel sebagai antara lokasi paling berharga di dunia. Kawasan setinggan di kejiranan Guangfuli adalah impian setiap pelabur hartanah kerana kedudukannya di pasaran hartanah paling mahal. Namun kawasan itu kelihatan tidak sesuai untuk didiami kerana struktur bangunan yang hampir roboh, dipenuhi habuk dan sampah.
Beratus-ratus penduduk enggan berganjak dari rumah usang mereka, walaupun selepas diarah pihak berkuasa untuk mengosongkan kawasan itu sejak 16 tahun lalu bagi membolehkan projek pembinaan baru dilaksanakan. Kebanyakkannya tidak mahu berganjak dari kawasan itu kerana rumah itu telah diwarisi daripada keluarga mereka hampir 35 tahun lalu atau lebih dari itu. Mereka juga tidak mahu ditindas dan senang-senang ‘ditipu’ oleh mereka yang berharta.
Seorang jurugambar Reuters, Aly Song berkesempatan melawat kawasan disekitar kejiranan ini. Dia berpendapat penduduk di kawasan kejiranan ini merupakan mimpi ngeri kepada pemaju kerana mereka sangat ‘tabah’ sanggup meneruskan kehidupan di sini, meski pun dalam keadaan serba kekurangan.
Syarikat pemaju, Xinhu Zhongbao, yang mahu tanah itu dikosongkan enggan membayar pampasan sebanyak 4.2 juta yuan (RM3.4 juta), yang didakwanya setimpal dengan nilai rumah berkenaan. Namun pemaju dilaporkan menawarkan penduduk Guangfuli apartmen di Jiading, tetapi kawasan itu lebih jauh daripada tempat tinggal mereka ketika ini. Lebih malang lagi, rumah itu bukan diberi percuma.