26 Taman Tema Berbeza Penuh Kejutan, Bakal Menanti Pengunjung Di Genting SkyWorld Tahun Ini

Share

Setelah lama menanti, akhirnya Taman Tema Indoor Genting SkyWorld akan dibuka pada suku kedua tahun 2021 ini.

Biarpun sepatutnya sudah boleh menerima kehadiran pengunjung setelah lama ditutup, namun disebabkan pandemik Covid-19 pembinaannya tergendala seketika.

Namun dikhabarkan fasa pembinaan telahpun hampir siap sepenuhnya. Apa yang lebih membuatkan ramai teruja apabila Genting SkyWorld akan memiliki 26 tema yang berbaza.

Selain permainan ride seperti roller coaster, akan ada banyak permainan indoor baru yang tentunya lebih menyeronokkan.

Baru-baru ini Ketua Taman Tema dan Pengalaman (Head of Theme Parks & Experience), Resort World Genting, Greg Pearn berkongsi foto-foto sekitar taman tema itu menerusi hantaran di InstaStory Instagram.

Antara permainan baru yang bakal menjadi tumpuan ramai ialah Mad Ramp Peak-Full Throttle Racing di Dynamics Attractions, Dark Ride di Nigat at Museum: Midnight Mayhem, lebih ride Invasion of The Planet of The Apes dan zon Ice Age: Expedition Thin Ice.

Selain itu, terdapat juga zon lain yang sama menariknya seperti Eagle Mountain, Central Park, Robots Rivet Town Studio Place, Epic, Rio dan Liberty Lane.

Menariknya, selain daripada ride di kawasan yang kering, korang juga boleh mendapatkan pengalaman water rides. Tidak hanya permainan, restoran bertema turut disediakan kepada pengunjung.

Jadi, sama-samalah kita tunggu pelancaran besar-besaran Taman Tema Genting SkyWorld yang akan memberi kepuasan dan keriangan berganda buat pengunjung.

Kredit Foto: FB Jalan-Jalan Cuti Santai & Instagram Greg Pearn

Artikel Berkaitan:

Mulai September Ini, Pengunjung Lengkap 2 Dose Vasin Covid-19 Boleh Bercuti Di Langkawi

‘Sesi Rindu Malaysia- The Uniqueness of Selangor’ Bukti Fokus Tourism Selangor Dalam Pasaran Pelancongan Antarabangsa

Lepas Ditutup Sebab Pandemik Covid-19, Phuket Dibuka Secara Secara Rasmi Hari Ini Kepada Pelancong Luar

Oleh
Siti Zurina Mat Saman