Perasan atau tidak, rata-rata sosial media kita semalam dibanjiri dengan gambar-gambar fenomena gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin.
Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari, tetapi disebabkan pada ketika itu, bulan berada agak jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.
Hebatnya kuasa Tuhan! Selepas kali terakhir akhir fenomena gerhana matahari Anulus (cincin) berlaku di Malaysia pada 21 tahun lepas, semalam kita berpeluang menyaksikan keajaiban alam yang unik dengan jelas, khususnya di dua tempat iaitu di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.
Ads
Menurut sumber Bernama, kejadian gerhana matahari Anulus itu, yang jarang-jarang berlaku di Malaysia dan kali terakhir dilihat pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor, menarik perhatian orang ramai yang mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena alam itu. Fenomena gerhana matahari itu, dijangka berulang lagi di Malaysia pada 2042 nanti.
Ads
Tempoh gerhana berlaku bermula pukul 1.21 hingga 1.23 tengah hari di Tanjung Piai, manakala di Serian, fenomena astronomi itu berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 hingga 1.50 tengah hari. Seluruh negara dipercayai mengalami fenomena gerhana matahari separa yang bermula kira-kira pukul 11 pagi sehingga 4 petang.
Ads
Ini foto-foto yang dikongsikan wargamaya di seluruh dunia mengenai fenomena gerhana matahari cincin ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah ini adalah satu-satunya pusat konservasi gajah yang ada di Malaysia. Tempat perlindungan ini membantu mengesan, memindahkan dan menjaga gajah-gajah yang dipindahkan atau terperangkap dari seluruh Asia Tenggara.
Mengapa anda perlu pergi ke sini?
Gajah-gajah hutan di Asia adalah haiwan yang jarang ditemui serta sukar difahami dan Kuala Gandah adalah tempat terbaik untuk mendekati ‘abang long’ hutan ni.
Gajah-gajah itu boleh diberi makan menggunakan tangan oleh pelawat yang berani bahkan mereka boleh memandikan anak gajah di sungai sambil berhibur bersama anak-anak gajah yang comel.
Terdapat juga pusat pelawat yang menayangkan video pendidikan dan maklumat terperinci mengenai kerja pemuliharaan gajah yang dilakukan di situ. Pengenalan akan diberikan mengenai perilaku gajah, konservasi dan sejarah gajah di PKGK. Pelawat boleh memberi makan, menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
Tip
Sesiapa yang ingin bermain atau bermandi di sungai dengan gajah perlu ingat bahawa air bukan hanya coklat dengan lumpur – gajah juga menggunakan sungai sebagai tempat membuang najis mereka! Walau bagaimanapun, terdapat air pancut disediakan untuk membersihkan sebarang kotoran selepas keseronokan anda bersama anak gajah tadi berakhir.
Macam mana nak ke sana?
PKGK Kuala Gandah ini terletak di negeri Pahang berhampiran Lanchang, kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Alamat lengkap ke sini adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, Malaysia. Jadual aktiviti pelawat adalah bermula seawal pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang dari hari Isnin hingga Ahad.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada hidden gems di Beranang, mungkin ramai lagi tak tahu tempat yang dikelilingi pokok ini. Teduh itu memang sudah tentu lah, ya!
Hidden Gems Di Beranang
Lokasi ini sangat sesuai untuk mereka yang cintakan kehijauan alam dan mendambakan ketenangan jiwa.
Tempat yang dinamakan sebagai Naurah Homestay ini menawarkan tempat penginapan dengan konsep ala-ala Bali dan tradisional Jepun.
Secara keseluruhan, Homestay ini mempunyai 5 bilik penginapan, sebuah bilik di sebelah ruang tamu, 4 bilik air, sebuah dapur dan satu kolam renang.
Pengalaman tidur malam di sini begitu tenang, aman dan damai sambil ditemani bunyi air pancut yang mengelilingi bilik penginapan. ‘Deep sleep’ yang begitu berkualiti.
Homestay ini mampu menempatkan seramai 10-15 orang pada satu masa. Sangat sesuai untuk aktiviti keluarga besar.
Oh, ada juga aktiviti membakar pizza pada waktu petang dimana Tuan Rumah akan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menghasilkan pizza menggunakan ketuhar bata. Menarik, bukan?
Haaa… kalu nak tetang-tenang dengan ahli keluarga tersayang, boleh lah booking sini. Enjoy dengan kawan-kawan pun best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kepelbagaian budaya dan warisan Turki menjadikan negara itu sebagai salah sebuah destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ramai orang Malaysia yang memilih untuk bercuti di Turki, lebih-lebih lagi selepas ‘terpengaruh’ dengan melihat beberapa lokasi penggambaran filem tempatan yang berlatar belakangkan destinasi di negara yang terletak di sempadan benua Asia dan Eropah.
Tidak dinafikan, seperti apa yang anda lihat di dalam kaca televisyen, Turki sememangnya negara yang cantik dan menarik untuk diterokai. Pelancong boleh memilih untuk datang ke Turki sepanjang tahun, meliputi empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim bunga berlangsung pada bulan Mac hingga pertengahan Jun, musim panas (pertengahan Jun hingga Ogos), musim luruh (pertengahan September hingga November) dan musim sejuk (Disember hingga Februari).
Antara lokasi menarik di Turki:
ISTANBUL
Istanbul merupakan pusat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Antara tempat-tempat lawatan ialah seperti Leather Outlet Centre, Blue Mosque, Topkapi Palace, Muzium Hagia Sophia, Masjid Sultan Sulaiman dan Spice Bazaar.
Aktiviti di Istanbul tidak lengkap jika tidak menaiki cruise menyusuri Selat Bosphorus yang menjadi sempadan Asia dan Eropah.
Jangan lepaskan peluang membeli-belah di Grand Bazaar yang merupakan sebuah pasar paling besar dan tertua di dunia yang menempatkan lebih 3,000 buah kedai pelbagai jenis kraf dan perhiasan serta tekstil menarik.
BURSA
Bursa merupakan antara destinasi pelancongan yang banyak menyimpan peninggalan sejarah Islam. Antara lokasi tumpuan pelancong termasuklah masjid tertua iaitu Ulu Cami (Great Mosque).
Great Mosque merupakan Tapak Warisan Dunia diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Uniknya masjid terbesar di Bursa ini mempunyai 20 kubah yang dibina pada 1396 oleh Sultan Beyazit 1 selepas kejayaannya menakluki Macedonia.
Bersebelahan bangunan masjid adalah Green Mausoleum iaitu makam Mehmet 1 yang memaparkan keunikan seni berwarna warni.
Silk Market pula terkenal sebagai pusat perdagangan kain sutera turut menjadi persinggahan pelancong untuk membeli-belah.
CAPPADOCIA
Cappadocia, antara tempat wajib dilawati di Turki. Pelancong bukan sahaja dapat merasai pengalaman menaiki belon udara panas, malah turut dapat menyaksikan keindahan dan keunikan batuan yang cantik dilihat dari atas. Kelebihan memiliki ruang kawasan yang luas menjadikan Cappadocia antara destinasi belon udara popular di dunia.
ANKARA
Antara tempat yang akan dilawati di Ankara ialah Ataturk Mausoleum yang merupakan muzium dan tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk iaitu pemerintah yang menukarkan Turki daripada sebuah negara Islam kepada sekular. Bangunan ini menempatkan barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk di galeri pameran. Selain kenderaan beliau, pengunjung boleh menyaksikan sendiri senjata, surat, pakaian, dan jam tangan.
Tuz Golu yang terkenal sebagai tasik kedua terbesar di Turki dan merupakan tasik garam terbesar di dunia. Menariknya di sini, anda berpeluang melihat dan memijak permukaan pantai yang dipenuhi garam.
KUSADASI
Di Kusadasi terdapat kota kuno Ephesus yang menyimpan sejarah Yunani dan Rom purba. Pelancong boleh mengambil peluang untuk menyaksikan kesan runtuhan bandar purba tersebut. Ephesus turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang berprestij.
PAMUKKALE
Bandar ini merupakan tempat popular yang turut tercatat sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia dibawah UNESCO. Antara tempat menarik untuk dilawati ialah Hierapolis Ancient City Ruins yang merupakan kota suci dalam kesusasteraan Arkeologi kerana terdapat banyak kuil dan bangunan keagamaan.
Cotton Castle turut menjadi tumpuan kerana bentuknya yang seakan-akan kapas dan terdapat kolam air panas yang kelihatan seperti sungai yang dilitupi salji.
KONYA
Konya begitu sinonim sebagai pusat Islam tertua yang menjadi pusat pembelajaran dan pengajaran sufi. Antara tempat menarik yang wajib dikunjungi adalah Melvana Museum yang merupakan tempat bersemayamnya sang pujangga Turki yang juga pencipta Tarian Sufi iaitu Jalaludin Rumi.
BOLU
Di Bolu, terdapat sebuah masjid tertua di Turki iaitu Masjid Sultan Eyub. Masjid ini juga merupakan masjid pertama yang dibangun setelah kerajaan Islam di bawah pimpinan Muhammad al-Fatih menawan kota Konstantinopel (Istanbul) pada 1453.
Trivia
Bawa mata wang USD atau Lira Turki (tukar di Malaysia). Tanya harga barang sama ada dalam USD, Euro atau Lira Turki.
Bawa sos cili atau sambal kering/ikan bilis untuk menambah selera makanan.
Tandas awam berbayar termasuk di luar masjid TL1.
Merokok adalah perkara biasa bagi wanita termasuk bertudung.