Bila sebut tentang Port Dickson, pasti ramai rindukan pantainya yang menjadi tarikan utama pelancongan negeri. Sentiasa padat dengan pengunjung terutama di hujung minggu menjadikan Port Dickson destinasi pilihan pelancong khususnya datang dari Selangor dan Kuala Lumpur yang agak berdekatan selain warga negeri asal.
Tapi selain Port Dickson ada banyak lagi pelancongan menarik ditawarkan di negeri ini khususnya di sembilan daerah yang membentuk nama Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah, Bahau, Jelebu, Sg Ujong dan banyak lagi. Memiliki Bandar Diraja iaitu Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilih, negeri ini satu-satunya yang mengamalkan adat pepatih yang melindungi kaum wanitanya berbanding negeri lain yang mengamalkan adat Temenggung.
Dikongsi dari fb Negeri Sembilan Kini, disenaraikan gambar 25 lokasi pelancongan boleh cuba termasuk mendaki gunung khususnya Gunung Angsi, Gunung Datuk, meneroka Taman Negeri Kenaboi di Jelebu, melawat sejarah Muzium Tentera di Lukut, Istana Seri Menanti, meneroka Ostrich Farm dan banyak lagi. Dan kalau sebut makanan, jangan lupakan masak berapinya, masak lomak cili padi yang cukup enak termasuk daging salai, itik salai yang yang terjual di Kuala Pilah yang turut terkenal kerana harganya emasnya yang cukup murah dari tempat lain di Malaysia.
Ads
Bolehlah la travel ke sini bagi yang sudah lengkap dua dos selain Negeri Sembilan yang kini sudah memasuki Fasa 2.
Ads
Lihat 25 destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan.
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Harimau mati meninggalkan belang, manusia yang pergi meninggalkan nama. Satu nama agung dalam industri hiburan, siapa lagi kalau bukan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau namanya Teuku Nyak Putih Teuku Karim merupakan kehilangan besar dalam dunia seni negara dirasai pemergiannya.
Seniman ini telah meninggalkan satu budaya unggul dan tidak mungkin mana-mana penggiat seni dapat menandingi beliau yang telah menghasilkan produk bak lima bintang! Malah sehingga hari ini masih belum ada insan yang mampu mengambil tempat atau menggantikan bakat P.Ramlee ini. Dilahirkan di Pulau Pinang, rumah kelahirannya yang terletak di No 4A, Jalan P.Ramlee telah diwartakan sebagai lokasi tumpuan pelancong yang datang ke Pulau Mutiara ini.
Di buka setiap hari Selasa hingga Ahad kepada pengunjung, rumah kelahiraan beliau ini telah diperbaiki semula tapi masih dalam kedudukan rumah bentuk asal. Di sini juga ada mempamirkan koleksi asal barangan beliau seperti pakaian, beg, gambar, bilik tidur, dapur, koleksi filem dan lagu serta banyak lagi. Satu kerugian buat anak-anak muda jika mereka masih belum berpeluang mengenali atau jatuh cinta dengan karya agung seniman tersohor ini. Mana tidaknya, nukilannya telah meninggalkan impak budaya perfileman hebat sehingga hari ini.
P.Ramlee, Lagenda Negara
Anak kepada pasangan Teuku Nyak Putih Teuku Karim dan Che Mah Hussein.
Dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Francis Light School.
Mula mengenal muzik dengan ukulele dan seterusnya belajar gitar dan biola. Kemudiannya menyertai Orkes Teruna Sekampung dan Sinaran Bintang Sore.
Mendirikan rumah tangga pertama dengan Junaidah Daeng Haris pada 1953 dan berpisah setahun kemudian.
Berkahwin dengan pelakon Norizan pada 6 Februari 1955 dan berpisah pada 1961.
Bertemu dengan Salmah Ismail atau Saloma selepas berpisah dengan Norizan dan mendirikan rumah tangga pada tahun yang sama.
Berlakon lebih 66 buah filem.
Filem pertamanya berjudul Chinta dan terakhir Laksamana Do Re Me.
Dalam bidang nyanyian beliau pernah mendendangkan 359 buah lagu.
Meninggal dunia pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun kerana diserang sakit jantung. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.
Dikurniakan bintang kebesaran darjah Panglima Setia Mahkota oleh Yang Di-pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila sebut Langkawi, kita pasti teruja menyebut beberapa buah hotel mewah terkenal dan sering menjadi destinasi pilihan bagi yang berkemampuan. Kebanyakan hotel dan resort ini mengadap laut dan viewnya dijamin ohsem.
Tapi bagi yang mencari kelainan dan inginkan percutian santai, damai dan tidak membingitkan serta agak privasi, Rumah Bendang boleh menjadi lokasi pilihan.
Terletak di lokasi strategik cuma 3.8KM dari Langkawi International Airport, 2 KM dari Beras Terbakar serta 10KM dari Pantai Cenang yang popular, Rumah Bendang Langkawi ini boleh menjadi port family day yang menarik kalau ke pulau pelancongan ini.
.
.
.
.
Terletak di tepi bendang, jika kena pada masanya, kita akan dapat saksikan pagi menguning disimbah mentari pagi yang sangat cantik pemandangannya.
Suasana malam di Rumah Bendang ini memang tenang, sunyi dan santai. Bunyi unggas malam diselang seli denga bunyi cengkerik dan katak akan menemani tidur malam korang. Waktu malam tak memerlukan penghawa dingin kerana atapnya diperbuat dari atap Singgora yang dibawa dari Bachok, Kelantan dan terkenal sebagai atap tanah liat, penebat haba yang baik. Waktu malam juga, kawasan kolam renangnya juga sangat cantik. Kesan pencahayaan dari lampu menjadikan kolam renangnya sangat menarik.
Jom baca review dari Azira Mustaza yang menginap di rumah ini baru-baru ini yang dikongsinya di page fb Hotel Review Malaysia.
Throwback percutian saya baru baru ini dengan rakan rakan.
Check in : 17/10/21 Check out : 20/10/21
Percutian kali ini kami plan untuk cari homestay/villa yang ada private pool. Untuk lebih selesa, lagi-lagi dengan keadaan sekarang, malah selepas agak lama tidak ‘berinteraksi’ secara fizikal di publik buat ada rasa sedikit janggal. Dan kami tanpa sengaja jumpa villa ini di Facebook. Kami book 3 minggu sebelum tarikh check in.
Urusan booking dengan En Azmir (owner) sangat mudah. Dia terangkan villa ini ada 2 rumah iaitu Rumah Opah & Rumah Wan, masing masing mempunyai kapasiti pax yang berbeza.
.
.
.
Rumah Opah – 3-5 orang (1 queen bed, 1 single) RM600 Rumah Wan – 12-15 orang (6 queen bed) RM1,200
Trip kali ini saya berlima. Jadi saya ambil Rumah Opah dan tambah 2 extra bed. Charge sangat murah, cuma RM50/bed untuk sepanjang penginapan.
.
.
Lokasi
Cuma 3.8KM sahaja dari Langkawi International Airport, 2KM dari Beras Terbakar, 10KM dari Pantai Cenang. Kami rasa sangat sesuai untuk yang datang bercuti dengan keluarga, sebab tak bercampur dengan orang. Kita rasa lagi selamat lagi lagi kalau bawa anak anak. Dalam kawasan berpagar, ada guard yang jaga tiap malam.
Bilik & Tandas
Ada dua bilik. Lengkap dengan aircond, macam aircond baru. Sejuk betul. Katil selesa. Bilik selesa. Tandas juga ada dua, siap dengan heater.
.
.
.
.
.
.
.
Ruang Tamu
Turut ada aircond, sejuk. Ada Unifi. TV ada youtube, netflix. Cukup selesa untuk kami berlima. Dari ruang tamu dah boleh nampak view swimming pool, sawah padi & gunung raya – tak berkelip mata tengok ciptaan Allah.
View
NI RASA NAK BAGI 100 BINTANG! Boleh tengok gambar gambar yang saya share. Setiap sudut villa ni ‘Instagramable’, rasa tak cukup cukup lagi gambar dekat phone gallery. Tak perlu filter pun, tu semua original.
Sunrise
Apa yang BEST dekat sini, ada rezeki akan dapat sunrise yang cantik sangat. Owner kata masa tinggal sini, at least sekali mesti dapat sunrise yang lawa (ini juga kena tengok cuaca semasa ya). Saya juga ada attached gambar sunrise, speechless. Selak langsir, depan mata je 2 hari pertama saya dapat view padi menguning, 2 hari terakhir musim membajak padi, masa ni banyak sangat burung & bangau datang ke sawah padi. Pengalaman yang baru untuk saya.
Menjelang sebelum hari kita check in, En Azmir akan bagi list tempat makan yang famous antara local atau tourist yang boleh kita try. Memang panjang listnya, samada sempat atau tidak je. Kalau nak mandi air terjun Temurun dekat saja dari sini dan ia terletak di Datai. Dalam 22 km atau perjalanan 23 minit saja. Berbaloii!!!
Teringin nak layan percutian luar bertemankan bintang di langit dan berlatar belakangkan pemandangan indah yang nyaman umpama di Switzerland?
Korang boleh tunaikan kehendak naluri percutian sebegitu dengan memilih berlibur ke negeri Sabah.
Polumpong Melangkap View Camp Site adalah lokasi yang dicadangkan. Percayalah, berada di sekitar ini umpama sedang bercuti di luar negara. Selain menyajikan suhu serendah 20 darjah Celsius, pengunjung di Polumpong Melangkap View Camp Site juga boleh menghirup udara segar sambil bersiar-siar di kawasan perkampungan sekitar.
Polumpong Melangkap View Camp Site menyediakan pakej tertentu khususnya pengunjung yang memilih untuk menginap dengan menyediakan kira-kira 100 buah khemah, termasuk kemudahan barbeku , dapur arang dan moden. Pakej perkhidmatan sewa khemah serendah RM10 sahaja. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mandi manda di Sungai Melangkap sambil berlatar belakangkan panorama puncak Gunung Kinabalu. Keindahan puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat secara jelas antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi atau 3 petang hingga 4 petang.
Kawasan yang pada asalnya merupakan tanah kebun tanaman milik seorang penduduk di Sungai Melangkap, Kota Belud, Sabah musnah sekelip mata akibat bencana banjir yang berpunca daripada gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Ritcher di Gunung Kinabalu pada tahun 2015. Meskipun sukar untuk dilupakan, perubahan tersebut seperti memberi 1,001 hikmah kepada penduduk yang menganggapnya sebagai pembawa rezeki baharu menerusi produk pelancongan desa. Beberapa tahun kemudian tular di sosial media kawasan pelancongan baru yang mempunyai pemandangan sangat indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!