Dikenali sebagai saudara Nizam, dia kongsikan bersama pembaca LIBUR tip dan pengalaman menarik membawa 25 orang kita untuk menjelajah beberapa bahagia wilayah di China. Kalau anda bercadang untuk lakukan trip dengan kawan-kawan yang ramai atau dalam group yang besar, boleh jadikan percutian backpack mereka ini sebagai panduan.

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

Bukan pengalaman yang menyeronokkan apabila anda sebagai ketua rombongan ‘jatuh sakit’ ketika melancong diluar negara. Kejadian ini berlaku ketika saya membawa 25orang kawan kawan secara backpackers selama 9 hari melancong ke beberapa bandar di China.

Perancangan rapi yang dibuat selama setahun untuk kami bersama-sama terokai beberapa lokasi menarik di negara yang diperintah oleh Parti Komunis China (CPC) ini. Route perjalanan 9 hari kami akan menjejaki dua wilayah Yunnan dan Hunan bersama-sama rakyat China yang ketika itu meraikan sambutan 70tahun negara mereka.

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

Antara lokasi pilihan kami:

LIJIANG
1.First Bend Yantze River
2.Tiger Leaping Gorge
3.Lijiang Oldtown
4.Jade Snow Mountain
5.Blue Moon Valley
6.Shuhe Oldtown

KUNMING
1.Masjid Yongning
2.Luoshiwan International Trade City

ZHANGJIAJIE
1.Wulingyuan
2.Zhangjiajie National Park
3.Zhangjiajie Glass Bridge
4.Bailong Elevator

CHANGSHA
1.Eye of Changsha – Changsha Ferris Wheel

Ads

Trip bermula dari bandar Kunming, dimana kami beramai-ramai menaiki keretapi malam untuk ke bandar Lijiang yang mengambil masa 9 jam perjalanan. Pengalaman tak berapa nak sedap aku ini bermula selepas kami sampai ke stesen keretapi Lijiang ketika itu sehinggala hari terakhir di bandar Changsha!

Demam, batuk dan hilangnya suara sememangnya pengalaman sukar buat saya khususnya untuk merangka perjalanan yang sudah diaturkan untuk kawan-kawan saya ketika itu.Mujur mereka semua faham akan situasi saya ketika itu. Kawan-kawan yang sporting ini juga sebenarnya sedikit sebanyak meringankan segala kesulitan dan beban yang anda alami.

Pastikan segala senarai ubat-ubatan yang perlu dibawa diperiksa di Malaysia dahulu sebelum anda melancong keluar negara.Bercerita mengenai lokasi yang kami sampai, sememangnya dengan pemandangan cantik dan juga keterujaan kami disemua lokasi ini membuatkan perjalanan 9 hari ini tidak cukup!

FIRST BEND YANTZE RIVER

Sekirannya anda dalam perjalanan ke Tiger Leaping Gorge, lokasi wajib ini harus anda singgah. Ianya terletak berdekatan bandar Shiwu Lijiang.Dikatakan panjang keseluruhan sungai Yangtze ini bermula dari pergunungan Tibet sehinggala ke bandar Shanghai. Sesuai dilawati pada bulan April sehingga Julai, kerana cuaca dan panorama yang disajikan tersangat ohsem.

TIGER LEAPING GORGE (TLG)
Ini lawatan aku kali kedua secara backpack kesini selepas pertama kali datang pada tahun 2016. Kalau dulu aku daypack kesini mengunakan trail dari Lower ke Middle Gorge dan x overnite.Untuk trip 2019 ini plan asal aku, aku akan start dari UpperMiddleLower kalau diizinkan.

Bagaimana nak ke TIGER LEAPING GORGE (TLG)

  • Boleh naik sleeper train dari bandar Kunming (9jam)
  • Boleh naik bullet train dari bandar Kunming (tapi kami x mampu, budget traveler la katakan)
  • Sebaik-baiknya dan kalau x nak pening kepala korang, carila local guide
  • Perjalanan kesini 1-2jam dari bandar Lijiang
  • Berapa hari dan perlu ke bermalam di TIGER LEAPING GORGE (TLG)
  • Sebaiknya kalau anda pendaki tegar, 2h1m cukup untuk menghabiskan trek yang ada disana.
  • Nak lagi puas lagi, 4h3m untuk anda cover the whole trek
  • Antara guest house pilihan kami, Tea Horse Guest House, Halfway Guest House, Tina Guest House, Sean Guest House, Luke Youth Guest House
  • Apa diperlukan ketika pendakian di TIGER LEAPING GORGE (TLG)
  • Ofkos la air secukupnya dan juga jajan
  • Ada mini ‘7e’ nanti kat puncak kejayaan 28 bends tu
  • Buka mata dan sambil mulut mengucapkan SubhanaALLAH ketika korang menghayati keindahan ciptaan bumi Allah

Bole sesat x kat sini?
– Korang akan sesat kalau korang leka ambil gambar x abis abis. Jangan risau…trek disini jelas dan ada signboard arah mana korang nak pergi.

Ads

JADE SNOW MOUNTAIN
Dengan ketinggian 5600meter gunung ini adalah gunung tertinggi di Lijiang. Ianya terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari bandar Lijiang. Anda perlu atau wajib mendapatkan botol oksigen bagi mengelakkan serangan AMS (Altitude Mountain Sickness)
Disini juga anda akan disajikan pemandangan glacier ketika berada dipuncak gunung! Jangan lupa claim medal kejayaan diatas nanti.

BLUE MOON VALLEY
Terletak dikaki gunung Jade Snow Mountain lokasi ini amat mudah sampai kerana semua bas yang turun dari gunung akan terus menuju kesini. View disini sememangnya terbaik. Lembah yang menyaksikan landskap gunung JDSM. Secara peribadi, lokasi ini merupakan antara tempat yang paling cantik pernah saya lawati walaupun kali terakhir datang pada tahun 2016.
Kaki-kaki selfie tegar pasti sukakan tempat ini.

SHUHE OLDTOWN
Bandar tertua kedua selepas di Lijiang ini sememangnya cantik dengan dihiasi bangunan bangunan lama berusia ratusan tahun! Juga terdapat didalamnya tali air yang jernih yg disalur terus dari kolam berhampiran. Kaki kaki shopping harus bersedia dengan wang saku yang banyak kerana banyak kedai-kedai untuk anda melontar disitu.

BANDAR KUNMING
Setelah mengharungi 9jam perjalanan dari Lijiang, saya membawa group untuk berehat seterusnya membersihkan diri mereka di salah satu, Masjid Yongning yang terletak dikawasan Jinbi Road. Kemudian membawa mereka ke wholesale kedua terbesar didunia, Luoshiwan International Trade City. Pelbagai barangan menarik dan keluasan bangunan ini boleh mengakibatkan anda sesat pada bila-bila masa. Sehari pun tak cukup untuk ’round’ semua. Maka bershoppinglah anda sampai ke kepingan wang CNY terakhir!

ZHANGJIAJIE NATIONAL FOREST PARK @AVATAR MOUNTAIN
“PLANET MOST UNUSUAL GEOGRAPHY BILOGICAL ECOLOGY WONDERS” Memang dah lama simpan impian untuk datang kesini selepas terpaku melihat imej fantasi CGI yang difilemkan dalam animasi Filem Avatar. Selepas kajian demi kajian dan juga menGoogle jikalau wujud ke tempat2 sebegini, dan sememangnya wujud! Terletak di kawasan tengah China, Taman Negara Zhangjiajie yg super luas ni memang popular untuk kaki2 travel selepas filem Avatar (2009) keluar. Selain pemandangan yang TERBAIK, terletak juga lift outdoor paling tinggi di dunia, jambatan gantung kaca paling panjang & tinggi di dunia dan juga kereta kabel paling panjang di dunia.!! kira semua menDunia jela kat sini. Tiket masuk yang agak mahal dan boleh digunakan 4 hari bagi anda untuk ‘cover’ the whole area. Taman negara ini mendapat pengiftirafan dan bertaraf 5 bintang negara China dan salah satu dari UNESCO World Heritage site dan juga diiktiraf “World Geological Park” pada tahun 2004. Juga lebih dikenali sebagai ‘Hallelujah Mountain di dalam movie Avatar.Tapi korang jangan harap akan jumpa naga naga atau burung burung terbang sana sini. Tapi korang akan hadap orang orang seperti dalam citer Avatar itu kat sana.

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

Ads

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

CHANGSHA FERRIS WHEEL
Kami hanya singgah bergambar ketika melalui kawasan ini ketika mencari masjid Changsha. Kami menamatkan perjalanan 9 hari di China ini melalui airport Changsha.
Dan aku sambung demam dan batuk seterusnya di Malaysia selama 3 minggu berikutnya.

Ini beberapa tips untuk melawat ke Taman Negara yg super besar bagi aku.

Penginapan/pengangkutan di Zhangjiajie?

  • Ada banyak hostel dan juga hotel. Ada yang berdekatan dengan kaunter masuk dan tiket. Ada juga pintu masuk berdekatan bandar Zhangjiajie. Saya nasihatkan bagi memudahkan perjalanan ke taman negara ini andan dapatkan hostel/hotel yang berdekatan dipintu masuk utama. Hari tu aku stay dengan group berdekatan pintu masuk Wulingyuan. Agak tersorok dan jauh dari bandar, tapi pagi pagi buta tu, penuh rakyat China beratur depan pintu masuk tu.
  • Sebaiknya untuk dapatkan local guide bagi memudahkan anda untuk mendapatkan tiket masuk dan penerangan berkenaan taman negara ini.
  • Dipintu masuk ini juga akan ada ‘shuttle2’ bus yang akan bawa anda ke kereta kabel dan bas lompat lompat naik ke atas gunung.
  • X FAHAM N X NAK PENING2, HUBUNGI JER SAYA
  • Mode pengangkutan di National park (atas gunung) ada 2 jenis pengangkutan
  • Kereta kabel atau bas lompat-lompat
  • Tapi kalau nak menjimatkan masa, kami pilih kedua dua mode (sebab kalau nak guna mode yg sama akan bazir masa sebab kena patah balik), naik ke gunung guna kereta kabel, turun dari gunung guna bas, atau jalan kaki. Jenuh berjalan.
  • Dan ada ketikanya harus guna Bailong elevator (lift tertinggi didunia) untuk naik ke puncak gunung.
  • Once dah sampai ke puncak, trek pejalan kaki disediakan. Tak perlu susah susah nak baca map bagai.

Lain lain perkara?
Bawa bekalan makanan HALAL or jajan untuk bekalan anda disitu. Since takde makanan halal kat atas gunung tu. unless korang berpuasa atau nak berlapar je. KALAU XNAK PENING KEPALA, PM JER SAYA

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

25 Backpackers Malaysia ‘Serang’ China Untuk Trip 9 Hari. Best Geng!
.

Sumber: FB: MOHD NIZAM ZAMBARI / IG: nijaamz

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI