24Juta USD Kos Nak Baik Pulih Menara Jam Loceng Big Ben London

Share

Big Ben, menjadi mercu menara jam dunia, bakal berusia hampir 161 tahun pada Jun 2020 ini. Ketika ini usaha pemuliharaan giat dijalankan bagi memastikan masa depan ikon itu.

Menara jam berkenaan yang menghiasi bangunan Parlimen, menjadi destinasi utama pelancong kota London bagi merakam gambar kenang-kenangan. Jam berkenaan dipasang pada Menara Elizabeth pada 1859 menampilkan ciri hebat dua pengimbang berat berkaki tiga yang mengatur gerakan jam, dengan memastikan ayunan bandul tidak terjejas dengan faktor luar seperti tekanan angin pada jarum yang boleh menjejaskan ketetapan masa.

Image: https://sagitterone.co.uk/london-restaurant-festival-restaurants.

Ketika mula dipasang pada April 1859, jam berkenaan tidak berfungsi kerana jarum yang diperbuat daripada besi tuang, terlalu berat untuk digerakkan motor jam. Selepas ia digantikan dengan jarum yang diperbuat daripada tembaga, rekaan berkenaan mula menjadi penentu masa pada 31 Mei 1959.

Ketika ini, pasukan pakar dan jurutera jam Parlimen, terpaksa melaksanakan usaha baik pulih terbesar dalam sejarah Menara Elizabeth apabila terpaksa membuka satu persatu komponen jam terbabit. Ribuan komponen jam yang beratnya melebihi 11 tan metrik, diturunkan daripada menara itu, sebelum kerja-kerja pemuliharaan menara dapat dijalankan. Sebuah motor elektrik terpaksa digunakan buat sementara bagi menggerakkan jarum jam ketika mekanisma jam diperbaiki.

Kos membaiki menara Big Ben di Britain meningkat sebanyak £18.6 juta (24 juta USD) menurut Bernama. Kerja-kerja baik pulih bermula pada 2017 dengan keluasan 12 meter persegi (130 kaki persegi), terletak di tengah-tengah kawasan yang sibuk, kerja-kerja baik pulih berdepan banyak kesukaran. Selain itu, katanya terdapat banyak isu lain lagi antaranya kaedah penyelenggaraan kurang sesuai yang digunakan pihak sebelum ini dan pencemaran bahan kakis.

Image: https://www.travelbook.de/attraktionen/fakten-ueber-big-ben-london.

Sejarah jam berkenaan sebenarnya bermula pada 1846 sewaktu Ahli Falak Diraja, Sir George Airy mengetuai pertandingan mereka dan membina jam. Airy mahu melihat menara jam yang paling tepat masa di dunia dengan menegaskan ia mesti tepat dengan julat masa satu saat sahaja.

Menara setinggi 96 ​​meter (315 kaki) itu pernah dibom oleh Nazi Jerman pada Mei 1941. Kerja-kerja baik pulih dijadual siap menjelang akhir 2021 dan setakat ini sebanyak £79.7 juta telah dibelanjakan.

Oleh
Husna