
Tanah air kita Malaysia, dari pembukaan kampung orang Melayu, India dan perlombongan oleh orang Cina, serta penjajahan Inggeris dan pencerobohan Jepun meninggalkan kesan sejarah hebat.
Setelah 63 tahun negara merdeka, berbagai perubahan dan pembangunan telah dilalui oleh tanah air kita hingga merubah pesekitaran serta aktiviti. Melihat Malaysia saban tahun mengecap kejayaan demi kejayaan, ia juga berkat keringat pemimpin dan rakyat terdahulu.
Jom imbas suasana tanah air kita tercinta pada masa lalu.
image via FB Smart Truck
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tempat Makanan Halal Di Hatyai, Semua Ini Patut Singgah!

Isi Kandungan
ToggleSampai sahaja ke Thailand, rugi kalau tak singgah 9 tempat makanan halal di Hatyai yang popular.
Seperti perkongsian Khairul Aming di laman media sosialnya, dia menyatakan kesemua tempat makan tersebut memang sedap dan puas hati.
Makanan Halal Di Hatyai
Nak tahu apa? Jom baca sampai habis.
1. Kaitod MEENA
Buka setiap hari jam 10 pagi hingga 6 petang. Tarikan di sini adalah ayam goreng Thai dipadankan dengan nasi kuning dan sos homemade.
Pedas berempah nasi digandingkan bersama ayam goreng rangup memang sedap dan confirm tak puas kalau order sepinggan sahaja.
Bukan hanya nasi kuning, di sini ada juga menjual pulut ayam, green tea Thai dan teh ais kaw. Wow!
2. Khlong Hae Floating Market
Kalau nak pergi sini pastikan anda rancang perjalanan terlebih dahulu kerana hanya beroperasi pada Jumaat, Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum.
Waktu operasi Khlong Hae Floating Market bermula jam 2 petang sehingga 9 malam. Lebih menarik lagi, pelbagai jenis makanan dan minuman halal ada jual di sini menggunakan sampan.
Selain itu, terdapat beberapa gerai turut menjual cenderahati dan barangan tradisional Thailand dengan harga yang berpatutan.
3. Lee Garden Night Market
Untuk waktu malam pula, anda boleh singgah ke Lee Garden Night Market yang terletak di Chotevittayakul. Di sini kedai lebih teratur dan pelbagai pilihan makanan boleh dibeli.
Antara makanan halal di Hatyai yang popular adalah pancake. Walaupun namanya pancake tetapi ia dibuat daripada roti canai dan dipadankan dengan pelbagai pilihan seperti pisang, coklat, susu dan lain-lain. Memang wajib cuba!
Beroperasi setiap hari Rabu hingga Ahad, bermula jam 5 petang hingga 10 malam. Tutup pada hari Isnin dan selasa sahaja.
4. Kai-Tod Decha
Kai-tod Decha merupakan antara tempat popular untuk makanan halal di Hatyai. Rugi kalau tak singgah makan tengah hari di sini kerana pelbagai pilihan menu disediakan seperti tomyam, siakap 3 rasa, ayam goreng Thai dan macam-macam lagi.
5. Nimby coffeehouse
Kalau dah bosan minum teh ais di Hatyai, boleh cuba minum kopi di Nimby Coffeehouse.
6. Central Hatyai
Central Hatyai merupakan pusat membeli belah yang menarik dan patut untuk dikunjungi. Di tingkat paling bawah, ada menjual pelbagai jenis makanan dan minuman halal.
7. Khlong Hae Buffet Seafood Halal
Dibuka setiap hari jam 2 petang hingga 10 malam. Harga sangat berpatutan dengan juadah yang disediakan. Ada ayam, daging, seafood, ikan, dan macam-macam lagi.
8. ASEAN Night Bazaar Hatyai
Asean Night Bazaar merupakan salah satu tempat tarikan pelancong kerana ada menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan barangan menarik. Pulut mangga jangan lupa cuba ya!
Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin jam 4.30 petang hingga 10 malam.
9. Food Villa – Hatyai Village
Akhir sekali adalah Food Villa Hatyai Village. Ini merupakan tarikan terbaharu di sini. Bersih dan seronok!
Jadi, jangan lupa singgah semua 9 makanan halal di Hatyai ini seperti yang dikongsikan.
Kredit foto: Arif E
Sumber: Twitter Khairul Aming
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Port Candat Sotong Di Terengganu, Ini Waktu Terbaik Kalau Nak Pergi

Aktiviti candat sotong, di perairan Terengganu sentiasa popular, bukan sahaja buat kaki pancing tetapi juga bagi orang awam biasa yang ingin merasai sendiri pengalaman 'menangkap' haiwan laut ini.
Musim mencandat di perairan Terengganu, kebiasaannya bermula dari April hingga Julai. Sejak aktiviti berkenaan dijadikan produk pelancongan, jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini sepanjang tempoh musim mencandat sotong dilaporkan meningkat berkali ganda. Sebahagian besar daripada pelancong akan mengambil pakej mencandat sotong biarpun ramai dalam kalangan mereka tidak pernah melakukan aktiviti itu. Mereka tetap berasa teruja meskipun ada di antara mereka tumbang kerana mabuk laut.
Aktiviti candat sotong biasanya bermula, ketika matahari mula terbenam, kira-kira jam 7 malam dan berterusan hingga jam 5 pagi. Aktiviti candat sotong juga sangat ideal dilakukan ketika 'bulan terang'. Suasana di lokasi candat sotong sungguh meriah, kerana terdapat deretan puluhan pelbagai saiz bot pencandat, ada yang bersaiz besar, sederhana dan kecil, masing-masing memasang lampu, seolah-olah satu pesta air sedang berlangsung.
Jika anda bercadang untuk mencuba aktiviti ini, dicadangkan untuk memilih operator yang berlesen dan memiliki kepakaran mengajar anda mencadat sotong. Ini antara port popular mencandat sotong di Terengganu:
- Perairan Pulau Perhentian, Besut
- Pulau Chepu, Setiu
- Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus
- Pulau Gemia, Marang

- Pulau Kapas, Marang
- Kg. Gong Balai, Marang
- Rantau Abang, Dungun
- Kuala Dungun, Dungun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rumah Kelahiran P.Ramlee Di Pulau Pinang Saksi Kehidupan Lagenda Seni

Harimau mati meninggalkan belang, manusia yang pergi meninggalkan nama. Satu nama agung dalam industri hiburan, siapa lagi kalau bukan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau namanya Teuku Nyak Putih Teuku Karim merupakan kehilangan besar dalam dunia seni negara dirasai pemergiannya.
Seniman ini telah meninggalkan satu budaya unggul dan tidak mungkin mana-mana penggiat seni dapat menandingi beliau yang telah menghasilkan produk bak lima bintang! Malah sehingga hari ini masih belum ada insan yang mampu mengambil tempat atau menggantikan bakat P.Ramlee ini. Dilahirkan di Pulau Pinang, rumah kelahirannya yang terletak di No 4A, Jalan P.Ramlee telah diwartakan sebagai lokasi tumpuan pelancong yang datang ke Pulau Mutiara ini.
Di buka setiap hari Selasa hingga Ahad kepada pengunjung, rumah kelahiraan beliau ini telah diperbaiki semula tapi masih dalam kedudukan rumah bentuk asal. Di sini juga ada mempamirkan koleksi asal barangan beliau seperti pakaian, beg, gambar, bilik tidur, dapur, koleksi filem dan lagu serta banyak lagi. Satu kerugian buat anak-anak muda jika mereka masih belum berpeluang mengenali atau jatuh cinta dengan karya agung seniman tersohor ini. Mana tidaknya, nukilannya telah meninggalkan impak budaya perfileman hebat sehingga hari ini.
P.Ramlee, Lagenda Negara
- Anak kepada pasangan Teuku Nyak Putih Teuku Karim dan Che Mah Hussein.
- Dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang.
- Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Francis Light School.
- Mula mengenal muzik dengan ukulele dan seterusnya belajar gitar dan biola. Kemudiannya menyertai Orkes Teruna Sekampung dan Sinaran Bintang Sore.
- Mendirikan rumah tangga pertama dengan Junaidah Daeng Haris pada 1953 dan berpisah setahun kemudian.
- Berkahwin dengan pelakon Norizan pada 6 Februari 1955 dan berpisah pada 1961.
- Bertemu dengan Salmah Ismail atau Saloma selepas berpisah dengan Norizan dan mendirikan rumah tangga pada tahun yang sama.
- Berlakon lebih 66 buah filem.
- Filem pertamanya berjudul Chinta dan terakhir Laksamana Do Re Me.
- Dalam bidang nyanyian beliau pernah mendendangkan 359 buah lagu.
- Meninggal dunia pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun kerana diserang sakit jantung. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.
- Dikurniakan bintang kebesaran darjah Panglima Setia Mahkota oleh Yang Di-pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI