1) Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula.* Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan
2) Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah.* Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang
3) RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu.* Harga di Sabah, Sarawak, Labuan Kekal. *Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal*
4) Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan*. Tiada saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS)
5) Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso*. Majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
6) Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama*. Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama
7) Sistem cukai petak di Kuala Lumpur*. Pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Jan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal
Ads
8) Cukai perkhidmatan digital 6% dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital asing*. Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital
9) Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan (Tingkatan 4)*. Pelajar Tingkatan Empat tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka
10) Rakyat Sarawak nikmati air percuma*. Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma, menurut Kementerian Utiliti
11) RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka*. Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1
Ads
12) Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir.* Kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua bayi yang lahir
13) Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha kedai makan*. Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan
14) Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis*. Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang dikuatkuasakan
15) Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai*. Pulau Pangkor dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai kecuali minuman keras
Ads
16) Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan*. Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00
17) Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA*. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta
18) Program Subisidi Petrol (PSP) bersasar*. Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap 4 bulan sekali. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal
19) Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso*. Golongan karyawan merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya berpeluang menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi insurans mereka
20) Levi pelbagai peringkat untuk pekerja asing meliputi semua sektor*. Pelaksanaan itu mengambil kira aspek integrasi data serta kesediaan pihak kerajaan dan majikan di bawah sektor formal, khususnya pertanian dan pembuatan
21) Hanya isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor*. Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020.
Baru rasa berbaloi travel negara orang selama 30 hari. Kerja dan kumpul duit dengan tekun selama 11 bulan, dan sebulan lagi pergi travel dengan gembiranya. Walau bagaimanapun perancangan yang baik dan pengurusan bajet yang betul sangat diperlukan dalam percutiaan sebegini.
Perkongsiaan ini adalah sumber daripada Facebook saudara Annuar Din
Alhamdulillah saya berpeluang ke Europe sendirian pada 12 November hingga 12 December 2019 yang lalu. Emirates tiket KL – Dubai – Paris (return) RM2200. Dan segala perancangan hanya bermula dua bulan sebelum tarikh berangkat.
Itinerary yang saya buat lebih kepada mengikut tambang pesawat yang mana murah ke arah sesuatu destinasi di sana. Contoh jika murah ke Barcelona maka saya kesana, dari Barcelona jika murah ke Marrakesh maka saya akan ke Marrakesh. Niat di hati hendak ke Norway dan Poland tetapi harga pesawat ketika itu agak mahal. Mungkin lain kali lah.
Pengangkutan lain yang saya guna selain train ialah bas terutama dari syarikat Flixbus. Semua tiket pesawat, train dan bas saya telah beli sebelum berangkat. Jadi saya kena "on time", jika gagal maka jadual perjalanan akan tergendala dan akan berubah.
Dibawah ini saya kongsikan harga pesawat tambang murah di Europe yang saya bayar:
1 – EASYJET (8507) RM256
20 Nov 15:30-18:50
London Gatwick North Terminal (LGW) to Reykjavik (Keflavik) (KEF)
2 – EASYJET (8504) RM274
24 Nov 11:10-14:25
Reykjavík (Keflavik) (KEF) to London Gatwick (LGW)
3 – NORWAYGIAN (D82432) RM160
24 Nov 18:50-21:55
London Gatwick (LGW) to Barcelona
4 – RYANAIR (FR2243) RM175
25 Nov 16:30-18:55
Barcelona (BCN) to Marrakesh (RAK)
5 – EASYJET (3334) RM139
27 Nov 11:55-15:25 (3 jam 10 minit)
Marrakesh (RAK) to Venice Marco Polo (VCE)
6 – RYANAIR (FR2122) RM144
6 Dec 19:25-20:55
Prague (PRG) to Charleroi, Brussels (CRL)
*jika bernasib baik anda boleh dapat harga yang lebih rendah daripada yang saya bayar, contoh ada penerbangan dari London ke Iceland saya jumpa hanya berharga RM99 saja, tetapi ketika itu saya sudah beli pun tiket ke destinasi tersebut.
Saya sengaja memilih transit 14 jam di Dubai supaya saya boleh jejalan di bandar tersebut.
Dibawah ini negara dan bandar yang sempat saya terokai:
Dalam sebulan tu hanya 5 kali sahaja saya menjamah nasi iaitu di Marrakesh, Florence, Interlaken, Lucerne dan Amsterdam, dan harga sepinggang nasi yang paling mahal ialah di Interlaken Switzerland RM105. Disini saya share photo yang diambil sepanjang trip, saya hanya menggunakan kamera handphone SONY XZ PREMIUM sahaja dan menggunakan tripod serta timer untuk mengambil photo, dan terpaksa edit kasi terang sebab selama sebulan di bumi europe asyik mendung 24 jam, ambil photo pun selalunya gelap.
Cuma di sekitar Paris saya guna kamera Samsung Note 9, tetapi pada hari pertama di London saja phone saya kena cilok.. Dalam berjaga-jaga pun dan mungkin hanya terlalai sedikit phone kena pickpocket..Ok itu secara ringkas, jika anda rajin dan hendak tahu lebih detail perbelanjaan boleh terus baca dibawah ini;
Pesawat EMIRATES KL – PARIS returns RM2206
Bus Ipoh – Klia returns RM77
Hostel St Christopher Canal di Paris 3 mlm RM304
Bus Flixbus Paris – London (€14.99) RM70.58
Hotel The White Ferry Victoria di London 3 mlm RM160
Bus National Express London – Manchester (return) RM62.28
Pesawat EasyJet London Gatwick – Reykjavik, Iceland RM256
Hotel Hlemmur Reykjavík Iceland 4 mlm RM242
Pesawat EasyJet Reykjavík-London Gatwich RM274
Pesawat Norwegian London – Barcelona RM160
Hotel St Christopher's Inn Barcelona 1 mlm €12 (RM55)
Pesawat RyanAir Barcelona – Marrakesh RM175
Hotel Zaitoune di Marrakesh 2 mlm (€20) RM92
Pesawat EasyJet Marrakesh – Venice RM139
Hotel Venezia Mestre di Venice 1 mlm (€12) RM56
Bus Flixbus Venice – Rome (€15.99) RM74
Train Trenitalia Rome – Pisa (€12.60) RM58
Hotel Safestay di Pisa 2 mlm (€12.56) RM58
Bus FlixBus Pisa – Interlaken (€31.98) RM147
Hotel Meininger di Interlaken 2 malam (CHF50) RM213
Hotel Barabas di Luzerne 1 malam (CHF36) RM152
Bus FlixBus Zurich – Munich (€17.99) RM82
Hotel di Munich Germany 1 malam (€14) RM64
Bus Flixbus Munich – Prague (€17.90) RM82
Pesawat RyanAir Prague – Charleroi Brussels RM114
Hotel Auberge de Jeunesse di Charleroi 1 mlm (€21.00) RM96.50
Bus FlixBus Charleroi ke Brussels (€5) RM23
Hotel Sleep Well Youth di Brussels City 1 mlm (€26) RM117
Bus FlixBus Brussels ke Amsterdam (€9.99) RM46
Hotel WOW Amsterdam 1 mlm (€14) RM63
Bus FlixBus Amsterdam ke Paris (€18.99) RM87
Hostel Enjoy di Paris 1 mlm (€24) RM106
Total = RM5911.36
—
1. Swiss Travel Pass 3 day (beli di Klook) – RM987
2. Etiqa Insurance 1 bulan – RM169 (platinum)
3. Cucuk Influenza – RM60
4. Ubatan anti selesema kat klinik keluarga – dalam RM50
5. Europe Sim Card sebulan beli di Lazada – RM152
Total = RM1418
—
PERBELANJAAN KETIKA KEMBARA
KLIA
– Balut beg dengan plastik RM25
– Air Oren dan makan kedai mamak RM15
TOTAL RM40
DUBAI
– RTA DUBAI metro card unlimited sehari AED22 (RM25)
– Minuman botol dan � AED 26 (RM30)
– Wendy's budger, � dan pepsi AED25 (RM29)
– Botol air RM10
TOTAL RM95
PARIS
– RER Train tiket dari CDG airport ke Crimée melalui Charles de Nord €11.50 (RM47)
– Beli biskut, air botol RM25
Tiket metro pi balik ke tower €3.80 RM17
Beli pisang €5 RM11
Beli biskut €2.50 RM5.50
Tiket Metro 3 keping RM26
Extentions Charger RM31
Pisang, biskut dan air botol RM30
TOTAL RM200
LONDON
Expresoo, 2 pisang £2.70 RM14. 50
Hot chocolate +pisang +evian £3.60 RM19
Booking bas dr Victoria Station ke Gatwich Airport N £6.00 RM32
Coke £1 RM5.30
Toilet £1 RM5.30
Mineral water £1 RM5.30
TOTAL RM78
MANCHESTER
Breakfast £5.00 (pisang 2, cappuccino, 1 mineral) RM26.88
Bas ke Old Trafford £2.50 RM13.44
Beli barangan di Tesco £3.50 RM18.85
Bas Old Trafford ke city £2.50 RM13.44
Kebab £4.50 RM 24
Geleto £4.25 RM20.85
TOTAL RM115
LONDON
Burger £5.50 RM29
Pisang £1 RM5.30
Biskut £2 RM10.70
Mineral £1 RM5.30
Mineral dan Tic tac di Gatwick – RM18.17
TOTAL RM69
ICELAND
Bus dari Keflavik Airport ke Reykjavik City RM136
Pisang 4 biji, roti sebuku, 2 botol air buah, jem RM64
Day tour South Coast Winter Adventure RM450
Day tour Golden Circle Tour and…. RM270
2 pisang 1 kotak susu RM19.40
Minuman 2 botol dan Roti RM57
Mineral 320kr RM10
Mineral kat airport RM6.50
TOTAL RM985
Transit LONDON
Minuman, pisang, roti,… RM60
TOTAL RM60
BARCELONA
Return tiket bas dari airport T2 ke Catalunya city centre €10.50 RM 48.70
Simpan bag €3.00 RM13
Minuman dan pisang €2.00 RM9
Fright magnet €5.00 RM23
Frighr magnet RM12.50
Minuman dan pan cake €5.00 RM24
Mineral di airport £1.50 RM6.80
TOTAL RM110
MARRAKESH
Minum pagi 2 roti dan hot chocolate €2.00 RM9
Souvenir cermin dan fright magnet €8.00 RM36
Air botol €1.50 RM7
First time makan nasi di Marrakesh AED80 RM34
Juice delima (4 kali minum) RM32
Lain2 belian sekitar RM150
TOTAL RM268
VINCE
Tiket bas dr Airport to Mestre Train station €8.00 RM32
Minuman dan roti €3.50 RM16
(Hotel dah kira) tapi plus bed sheet €3.00 RM13
Locker silap size €2.00 RM9.50 (burn aje beg tak leh masuk)
Locker medium 24 jam €4.00 RM18
Bas pergi balik ke Venice dari Mestre €3.00 RM13
Pisang mineral kurma €3.00 RM13
Fridge magnet Venice €5.00 RM23
Pisang €1.50 RM6.80
Kencing €1.00 RM5.25
Keperluan makanan minuman €6.60 RM30
Peminta sedekah rupanya €2.00 RM9
TOTAL RM189
SWITZERLAND
Mineral, coca cola, coklat RM15
Jem, roti mineral coklat RM50
Chicken Beriyani tanpa minuman RM105
Ke puncak Mt Titlis RM245 (swiss58) lepas dapat diskaun guna swiss pass
2 botol air RM10
Biskut, coklat, paprika RM23 (card tak boleh detect, seorang perempuan tolong bayarkan)
Jamban €2. 00(sepatutnya €1 tp tak return baki) RM9
TOTAL RM457
MUNICH
Locker 12 jam €5.00 tapi tak return syling jadi €6.00 RM27
Souvenir €15.00 RM69
Biskut Minuman €6.00 RM27
Baju untuk sendiri pakai €7.50 RM35
Minuman makanan RM18
Tiket bas AE ke Airport €3.00 RM14
TOTAL RM190
CHALEROI
Bas dari Airport to Chaleroi Bas Station dekat hotel €6.00 RM27
TOTAL RM27
AMSTERDAM
Makan Nasi €14.00 RM64
Tram, Metro, bus 24 hrs unlimited €8 RM36
Ssss €21 RM96
Dua minuman €5.00 RM23
Pisang minuman €5.00 RM23
Toilet 2x €2.00 RM9
Ubat tahan sakit dan pembalut kaki €16.00 RM73
TOTAL RM324
PARIS LAST DAY
Martabak €2.50 RM11. 50
Mainan Mateen €10.00 RM46
Coklet minuman dll €27.00 RM124
Tongkat (lutut dah sakit) dan ubat €20.00 RM91
Train dari bandar ke Airport €10.50 RM48
TOTAL RM320
Habiskan baki Euro, beli kerepek dan biskut €5.00 RM23
Beg 3 euro beli 5 dg mineral €17.00 RM78
Donuts dan hot chocolate €7.00 RM32
Coklat 2 free satu €11.00 RM56
TOTAL RM189
GRAND TOTAL RM3947
—
KESELURUHAN PERBELANJAAN YANG DIGUNA PAKAI IALAH
RM5911.36 + RM1418 + RM3947 =
RM11,276.36 (saya yakin ianya tidak melebihi daripada RM11,600)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika menerima pelawaan ke Hotel Hype Motorsport di Nilai, Negeri Sembilan, penulis membayangkan konsep apa yang ingin diketengahkan oleh pemilik.
Perjalanan menuju ke hotel dari Shah Alam hanya mengambil masa sekitar 45 minit. Alhamdulillah, tiada kesesakan lalu lintas perlu ditempuhi, walaupun perjalanan ketika itu waktu puncak. Sebaik keluar susur Pajam, Waze membawa penulis bersama rakan ke destinasi yang dituju.
Perkarangan parkir hotel dipenuhi dengan barisan motosikal KTM dan jenama lain. Tanggapan awal penulis, tiada hiburan atau aktiviti dapat dilakukan sekitar kawasan berhampiran hotel berkenaan.
Tetapi lokasi itu dipilih kerana ia berada di berada di kawasan strategik yang mana hanya 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kira-kira 40 minit ke Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan berhampiran dengan Kompleks Membeli Belah Tekstil Nilai, Mitsui Outlet Sepang dan Putrajaya.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Forte Hospitality Management Sdn Bhd, Johari Mohd Yusof, Hype itu mewakili kepada perasaan teruja sinonim dengan sukan perlumbaan yang sentiasa menghadirkan keterujaan kepada penonton.
Begitu memasuki kawasan lobi mulai terasa nuansa sukan perlumbaan. Pemilihan material bangunan sehingga ornamen-ornamen yang digunakan mencerminkan konsep hotel tersebut.
Di hadapan kaunter pendaftaran diletakkan podium dan ruang menunggu dihiasi dengan perabot-perabot yang diperbuat daripada aksesori kenderaan.
Anda dapat melihat tempat duduk yang dihasilkan daripada tayar lori dan rim-rim motosikal menghiasi dinding serta dijadikan sebagai bingkai lampu di siling. Cukup menarik perhatian. Suasana lobi kelihatan klasik menerusi pemilihan warna hitam dan putih. Tidak berlebihan dalam tata rias, lebih ringkas dan santai.
Selesai majlis pelancaran, penulis langsung menuju ke kamar di tingkat satu, dua dan tiga. Setiap tingkat mewakili litar antarabangsa dunia dan setiap bilik tertera perkataan Pit diikuti dengan nombor bilik.
Hotel butik pertama di Asia berkonsepkan dunia pemotoran itu menawarkan 75 bilik menerusi susun atur kerusi, katil dan paparan grafik serta berlatarbelakangkan aksi perlumbaan.
Jelas Johari, ada beberapa bilik bertemakan lagenda pemotoran dunia antaranya Michael Schumacher, Valentino Rossi dan Tony Cairoli.
“Kami menyediakan tiga jenis bilik iaitu Standard, Superior dan Family yang dilengkapi dengan penghawa dingin, kunci pintu dengan kad sentuh, akses Wi-Fi, televisyen lengkap dengan saluran siaran tempatan, saluran pemotoran dan jadual harian penerbangan,” katanya.
Hotel dengan kos pelaburan sejumlah RM12 juta itu sudah pun beroperasi dengan harga bilik bermula RM150 sehingga RM280 semalam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Andai ditanya kepada penduduk Jepun tentang akses mudah untuk ‘lari’ daripada suasana metropolitan Tokyo, tentunya Chiba bakal menjadi sebutan dek kerana lokasinya yang terletak hanya bersebelahan dengan bandar Tokyo. Sungguh, bandar empat musim ini punyai banyak tarikan menarik yang tidak mampu dilepaskan!
Bercerita mengenai Chiba, kebanyakan aktiviti pelancongan tentu hanya tertumpu pada Tokyo Disneyland. Sebenarnya, lebih banyak perkara yang pembaca perlu tahu mengenai Chiba. Destinasi ini merupakan sebuah bandar yang kaya dengan alam semula jadi, makanan laut segar, taman-taman tema, destinasi bersejarah, budaya tradisional serta tempat membeli-belah.
Chiba sarat dengan keseronokan yang tidak diketahui di mana ia akan membuat lawatan anda ke Jepun lebih mengujakan. Berada di Gunung Nokogiriyama dengan menaiki kereta kabel misalnya bakal memperlihatkan anda gambaran penuh keindahan bandar Chiba yang berwarna-warni. Apa yang menarik, anda boleh mengintai dari jauh beberapa ikon negara Jepun iaitu Gunung Fuji, Tokyo Skytree dan keseluruhan Tokyo Bay dari atas puncak Chiba ini.
Chiba
Bagi mereka yang gemar menikmati alam semula jadi di kawasan pergunungan, Yoro-keikoku Valley adalah destinasi yang harus anda pergi. Anda bukan sahaja boleh melakukan aktiviti outdoor seperti memancing atau mendaki, bahkan melihat lukisan alam yang mempunyai ungkapan yang berbeza pada setiap musim. Paling mencuri tumpuan, warna-warna dedaunan pada musim luruh adalah sangat menakjubkan.
Chiba turut terkenal dengan sistem transitnya. Salah satunya ialah Chiba Urban Monorail yang menerima pengiktirafan Guinness Book of World Records sebagai sistem monorail bersepadu terpanjang di dunia. Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pula memberi akses segera kepada tarikan pelancongan sekitar bandar Narita seperti Shisui Premium Outlets, Naratisan Omotesando Road dan Naratisan Shinshoji Temple.
Hadabijin No Yu
Tiada sebab buat anda untuk tidak menjengah ke kolam-kolam air panas sekitar Chiba. Buat mereka yang mahu menikmati suasana mendamaikan sambil melakukan terapi “Hadabijin no yu” (mandi untuk kecantikan kulit),” Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman ini di Katsuura Hot Springs, Tateyama Hot Springs, Kamogawa Hot Springs dan Shirahama Hot Springs. Apa yang menariknya, kesemua hot springs ini mengadap laut!
Tokyo Disney Resort
Tokyo Disney Resort terletak di Bay Area, rumah kepada bandar dalam taman yang terindah dihiasi sungai dan tasik. Dibuka seawal jam lapan pagi sehingga 10 malam, teman tema ini beroperasi tujuh hari seminggu. Bagaikan mimpi menjadi nyata, pengunjung boleh bersuka ria, menginap, makan, membeli-belah dan melakukan banyak perkara lagi di sini. Air merupakan elemen utama yang menjadi tarikan aktiviti dan keindahan di Bay Area.
Chiba Zoological Park
Dengan tema ‘Persaudaraan Bersama Haiwan Dan Tumbuh- Tumbuhan’, zoo ini menjadi tempat perlindungan kepada ratusan spesies haiwan tidak kira kecil dan besar. Lesser panda yang juga dikenali dengan nama red panda merupakan haiwan paling popular di zoo ini. Zoo ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin . Akses mudah untuk ke sini adalah dengan menaiki Urban Chiba Monorail dan turun di Stesen DobutsuKoen.
Funabashi Andersen Park
Taman indah ini pasti menjadi tumpuan ibu bapa dan anak-anak dengan Kincir Angin Denmark sebagai ikon utama yang ada di sini. Menampilkan permainan outdoor yang menguji keberanian dan kelincahan kanak-kanak, mereka boleh mencuba beberapa permainan menarik seperti zip lines dan tarzan ropes. Kanak-kanak yang lebih kecil juga boleh mengalami keseronokan bermain di kodomo bijutsukan (muzium kanak-kanak) yang menawarkan banyak permainan berunsur kinestetik. Ditutup pada hari Isnin.
Ohara Hadaka Matsuri
Matsuri dalam bahasa Jepun bermaksud ‘festival’. Justeru itu, Ohara Hadaka Matsuri merupakan festival terbesar yang diadakan selama dua hari menjelang berakhirnya bulan September, yakni pada musim luruh. Pada hari pertama, 18 ‘mikoshi’ (tempat suci mudah alih) yang mewakili tiga kawasan iaitu Ohara, Tokai dan Namihana akan dibawa berarak hingga ke pantai untuk dibersihkan. Pada hari kedua, acara ini diteruskan dengan ritual ‘O-Wakare Shiki’ di mana mereka akan berkumpul. beramai-ramai sebelum berakhirnya festival ini.
Inubosaki Lighthouse
Rumah Api Inubosaki terletak sebuah bandar perikanan terbesar di Jepun iaitu Choshi City. Seni reka rumah api ini diilhamkan dan dibina oleh seorang arkitek British pada tahun 1874. Dek kerana usianya, rumah api ini telah dipilih sebagai salah satu daripada 100 rumah api bersejarah yang terbaik di dunia dan 50 rumah api terbaik di Jepun. Harga tiket untuk memasuki rumah api ini adalah sebanyak 200 Yen. Untuk ke sini, hanya tujuh minit perjalanan diperlukan dengan hanya berjalan kaki dari Inubo Station of Choshi Line.
MESTI TAHU
Selain Ohara Hadaka Matsuri yang dijalankan pada musim luruh, Chiba mempunyai lebih daripada 12 festival besar yang diraikan pada sepanjang tahun di bandar empat musim ini. Bermula dari musim bunga, pengunjung boleh menyaksikan Sakura Tulip Fiesta pada bulan April. Musim panas – Narita Gion Festival, Grand Festival of Sawara, Makuhari Beach Fireworks Fiesta, musim luruh – Grand Festival of Sawara dan musim sejuk – Katsuura Big Hinamatsuri (Girl’s Day Festival).
INFO MENARIK
Jika ditanya mengenai cenderamata apakah yang wajar dibawa pulang dari Chiba, tentunya Boshu-Uchiwa (kipas tangan) menjadi item wajib. Boshu-Uchiwa Chiba dikatakan sabagai salah satu kipas buatan tangan yang paling terkenal selepas Kyo-Uchiwa Kyoto dan Marugame-Uchiwa Kagawa. Teknik kraf pembuatan kipas menggunakan buluh ini perlu menjalani 21 proses halus yang hanya menggunakan tangan sebelum siap sepenuhnya. Anda pasti dapat melihat karya seni tersendiri pada setiap kipas yang dihasilkan.
TIP
Jika anda melancong ke Chiba pada musim bunga, jangan lepaskan peluang untuk memetik bunga di Shiramazu Flower Fields. Dalam iklim musim bunga yang hangat di sini, bunga-bunga seperti field mustards, cherry blossoms dan ros mula mekar dari Mac sehingga bulan Mei sedia untuk dipetik.