2Hari 1Malam Layan Camping Di PD Wellness. Port Terbaik Berdua Dengan Pasangan Sambil Hilangkan Stress!

Share

Kebiasaannya kalau pergi bercuti atau melakukan aktiviti camping pasti akan dilakukan bersama anak-anak atau ahli keluarga lain.

Tetapi bagaimana pengalaman jika hanya kita berdua bersama pasangan sambil melayan keindahan suasana alam semulajadi.

Perkongsian Siti Mariam Zulkifli Ramond yang menghabiskan masa dua hari satu malam melakukan aktiviti camping di PD Wellness Port Dickson bersama suami tersayang.

Ternyata tanpa kehadiran anak-anak, memberi kelebihan  pasangan ini menghabiskan masa bersama tanpa gangguan luar.

2 Hari 1 Malam Layan Camping Dengan Suami

First time nak share experience camping kat FCM..
– PD Wellness Zone, Teluk Kemang Port Dickson


– 19 – 20 Mac 2022
– Mr Lim 017-414 8311( terbaik service dia)

Last minit planning. Jumaat malam tetiba en husband cakap dia stress kerja & nak tenangkan fikiran. Terus dia suruh call Mr Lim untuk tanya ada tapak kosong tak esok pagi.

Syukur Alhamdulillah ade tapak untuk walk in. Khemah kecil je. Memang senang la nak selit tapak di celah-celah banglo-banglo kayangan

Kali ni nak try camping berdua je. Tak bawak anak-anak sebab nak relax-relax je. Bawak setakat stove kecik dengn basic cooking set.

Pinggan pun tak bawak sebab memang plan nak tapau je makanan kat area situ. Standby jugak lak meggi + telur dengan harapan dapat tangkap ketam malam itu.

Tak lupa juga nes n Cadbury chocolate 3 in 1 untuk minum malam-malam.

Air laut kat sini memang bersih. Kebetulan tak ramai orang pulak kali ni. Toilet pun tak crowded langsung. Maybe sebab Isnin dah start sekolah kan.


– Fasiliti kat sini bagi saya dah cukup lengkap kalau nak datang dengan family. Kawasan pun bersih dan happening dengan lampu.
– Plug Point ( RM10 )
– Tandas & Bilik Mandi agak bersih. Kalau orang ramai  tak boleh nak kata la. ( 8.00 malam ke atas free. Siang berbayar )
– Sinki
– Sewaan Pondok
– Gerai jualan makanan ada di sekitar campsite. Kalau rajin jalan depan sikit dah sampai Dataran Teluk Kemang
– Surau
– Parking RM3.00 sehari (Dekat dengan tapak campsite. Ikut kekosongan yang ada)

Tapau nasi lemak sesiap kat Petronas.

View laut memang nice. Tiada gangguan si khemah biru. Aktiviti yang boleh buat kat sini macam biasa la kalau datang Pd.

Confirm akan repeat lagi dengan anak-anak sebelum Ramadhan. Merajuk anak-anak sebab mak bapak pergi camping tanpa dorang..kantoi bila dorang buat video call nak tanya kenapa mak bapak tak balik-balik rumah lagi..

Artikel Berkaitan:

Lelaki Ini Kongsi Itinerary Lengkap Travel Solo Ke Semporna Sabah. Puas Hati Layan Pulau Cantik Di Sana!

Tidur Di Rumah Panjang & Layan Nenas Manis. Antara Keunikan Bario Sarawak, Destinasi ‘Rare’ Patut Diterokai!

Boleh Muat 20 Orang & Kemudahan Lengkap. Homestay Teratak Biru Masjid Tanah Melaka, Sesuai Untuk Family Day!

Oleh
Siti Zurina Mat Saman