Kehabisan bateri smartphone sewaktu travel sememangnya menjadi satu masalah negara lebih-lebih lagi kepada mereka yang tak boleh lekang daripada dunia mayanya.
Tapi tahukah anda? Ada berapa jenis pengecas gadget yang ada? Untuk pengetahuan anda, ada banyak lambakkan charger daripada pelbagai bentuk dan jenama di pasaran.
Yang mana bagus untuk kegunaan melancong? Kerap kali kita lihat ada rakan-rakan kita yang bawa bukan setakat satu gadget
, tapi banyak! Kadang-kadang tu bukan setakat rakan-rakan, malah diri kita sendiri pun sama bawa dua tiga gadget sewaktu melancong.Multiple USB Port
Jadi demi menjimatkan ruang dan mudah untuk kita organize barang-barang, dicadangkan kepada anda untuk bawa charger yang boleh mengecas lebih daripada satu device serentak.
Kebanyakkan charger yang terkini menggunakan port USB. Hanya perlu bawa kepala charger dan extra cable USB untuk mengecas gadget anda.
Itu lebih menjimatkan ruang, masa dan menjamin kesemua gadget yang kita bawa mempunyai bateri yang cukup untuk pengembaraan pada esok hari.
Fast charging
Sekarang teknologi dah semakin berkembang pesat maka keluarlah pelbagai jenis produk terbaik yang ada di pasaran. Anda hanya perlu memperuntukkan beberapa minit dalam sehari untuk mencari dan menggodek semua ecommerce yang ada dalam internet untuk cari pengecas fast charging ni.
Kalau boleh dapatkan pengecas fast charging yang boleh mengecas beberapa peranti sekaligus sebab ia lebih menjimatkan ruang dan masa menunggu untuk peranti anda siap dicas.
Fast charging ni bagi Libur sangat membantu. Anda tak perlu melangok menunggu lama untuk peranti anda 100% fully charge. Teknologi fast charging ni boleh mengecas peranti anda dalam masa singkat sahaja, lebih kurang sejam berbanding semalaman berbanding pengecas biasa.